Berita

Peniaga Meninggal Dihempap Pokok, “Saya Jerit Panggil Ibu Tapi Hanya Temui Jasadnya Saja

Share

Peniaga meninggal dihempap pokok, “saya jerit panggil ibu tapi hanya temui jasadnya saja. Hujan ribut yang berlaku semalam mengakibatkan seorang peniaga menemui ajal apabila dihempap dua batang pokok tumbang berhampiran tempatnya berniaga.

Mangsa, Saleha Ashaari, 49 ditemui meninggal dunia  selepas dihempap pokok tumbang berhampiran Pantai Penunjuk Kijal, Chukai Terengganu.

Peniaga Meninggal Dihempap Pokok

Menurut anaknya, Hairahtul Kamilah Abdul Faal, 16 semasa kejadian berlaku hujan ribut di tempat mereka berniaga dan ada pokok tumbang.

“Dalam suasana panik itu, saya mencari dan memanggil nama ibu berulang kali sehinggalah saya menemui jasad ibu dihempap dua batang pokok,”katanya dalam keadaan sedih semasa menuntut jasad ibunya di hospital.

Memetik laporan Harian Metro, dalam kejadian jam 6.15 petang semalam Hairatul Kamilah berkata, sebelum kejadian itu, dia bersama ibunya memulakan perniagaan menjual minuman dan sosej bakar di situ pada jam 3 petang.

“Pada mulanya, cuaca sangat panas dan tidak menunjukkan tanda-tanda akan berlaku hujan dan ribut kencang. Namun hujan lebat berlaku mendadak disusuli ribut.

“Akibatnya pokok berhampiran lokasi kami berniaga tumbang dan menghempap khemah. Ketika itu saya berjaya keluar dari bawah khemah dan berlindung ke dalam van milik saudara yang berniaga di sebelah khemah kami,” katanya.

“Saya Jerit Panggil Ibu Tapi Hanya Temui Jasadnya Saja

Menurutnya, dia bagaimanapun terkejut apabila mendapati ibunya tiada.

“Saya segera keluar mencari ibu sebelum menemui tubuh ibu dihempap dua batang pokok.

“Saya cuba mengangkat batang pokok itu untuk mengeluarkan ibu namun tidak berjaya. Jasad ibu hanya berjaya dibawa keluar oleh anggota bomba yang dipanggil ke lokasi kejadian,” katanya yang cedera di telapak tangan.

Katanya, kejadian itu juga menyebabkan semua barangan perniagaan termasuk wang hasil jualan berterbangan akibat ribut.

“Saya tidak menyangka perubahan emak yang lebih banyak berdiam diri sejak beberapa hari lalu adalah petanda dia akan pergi menemui Ilahi,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Terengganu, Hanafiah Mat berkata, terdapat 60 rumah di daerah Kemaman rosak akibat kejadian ribut yang melanda petang kelmarin.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Isu Abang Bas ‘Crush’ Murid Sekolah, Diana Danielle Puas Hati Tindakan Polis “Keluarga Rapat Pun Tak Boleh Dipercayai”

16 Tahun Berlalu Iktibar Pemergiaan Tragik Nurin Jazlin, Elak Anak Jadi Mangsa Pedofilia!

Perbicaraan Gangguan Seksual Ebit Lew, “Saya Rasa Berdosa Pada Suami, Layan Ustaz

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Published by
Almaswa Haji Che Ros