Peniaga Kuih Kongsi Tip Simpan DAUN PISANG Supaya Kekal Segar & Tahan Lama!

Share

Bagi peniaga kuih, daun pisang sangatlah penting sebagai untuk jualan kuih muih nanti. Daun pisang perlu disimpan dengan elok supaya ia kekal segar dan tahan lebih lama untuk stok niaga nanti. Bukan apa, daun pisang jika salah cara penyimpanannya boleh mengakibatkan daunnya cepat lebam, birat dan mudah rosak.Rugi pula bila dah rosak, membazir nanti.Lagi pula daun pisang ini boleh tahan juga harganya.

Boleh ikut cara simpan daun pisang seperti yang dikongsikan oleh peniaga kuih, Puan Ros Zita Burhan ini sebagai panduan;

Cara saya menyimpan daun pisang supaya tahan lama. Daun pisang dalam video ni adalah simpanan saya untuk jualan kuih di bulan puasa.

Mesti Baca: Rupanya Begini Cara Betul Simpan Daun Pisang Supaya Kekal Segar, Hijau & Boleh Bertahan Sampai 2 Minggu!

Bahan Diperlukan:

Juga Air
Air Secukupnya
Plastik
Getah/tali

Cara Membuat:

1. Gulung kemas daun pisang dan ikat dengan getah atau tali.

2. Masukkan air dalam jug dan rendam sekejap daun pisang yang telah digulung tadi.

3. Kemudian buang air dalam jug tadi dan toskan sekejap dalam bekas.

4. Akhir sekali, masukkan dalam plastik, bungkus kemas dan bolehlah disimpan dalam peti sejuk.

Siap! Selamat Mencuba.

Baca Lagi Di Sini: Buat PUTU BAMBU Mudah Guna ‘Acuan’ Daun Pisang, Lebih Sedap & Wangi!

Artikel Menarik: TANAM POKOK PISANG Kaedah Terbalik Banyakkan Anak Pokok, Berbuah Lebih Rendah!

Mingguan Wanita:Semoga bermanfaat dan mak-mak boleh lah mencuba sendiri dirumah nanti. Tip ini juga sangat bagus dicuba bagi penjual kuih muih mahupun nasi lemak yang menggunakan daun pisang dalam jumlah yang banyak, jadi tidaklah rugi mahupun membazir jika daun pisang rosak.

Sumber: Ros Zita Burhan

Betul ke mak ayah berbahasa kasar, anak boleh jadi degil? Ikuti penjelasan ini.

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Betul ke wanita yang berdikari tu ancaman bagi lelaki? Ikuti penjelasan ini.

Published by
Suhaidah Abd Wahab