Peniaga Kongsi Resipi Cucur Kucai Udang Laku Keras Yang Dibuat Jual

Share

Bukan mudah bagi peniaga untuk berkongsi resipi jualannya yang dibuat niaga.Namun Puan Norhaniza Kamaruddin ini, bermurah hati sudi berkongsi resipi Cucur Kucai Udang yang cukup laku jualannya.Kata peniaga ini, resipi ini cukup mudah untuk dibuat malah wanita ini menjualnya dengan harga RM1 untuk 4 ketul. Istimewanya, cucur ini menggunakan udang kertas yang mempunyai rasa lebih ‘manis’.

Berikut perkongsian resipi cucur kucai udang peniaga Norhaniza Kamaruddin sebagai panduan buat mak-mak yang nak mencuba sendiri buat di rumah.

“Cucur kucai udang laku keras.Saya jual RM1 4 ketoi.Resepi yang simple..Semua orang boleh buat.Saya halalkan resepi ini untuk kita semua.”

Bahan-Bahan:

1kg Tepung
1/2peket Ibu roti (Yis)
Garam secukup rasa
1 sudu Lada sulah
2 sudu Cili kisar
1 ikat Kucai
Taugeh RM1 cukup
Udang (Saya pakai udang kertas je, buang kepala dan ekor)

Cara Membuat:

1.Campurkan semua bahan kecuali kucai dengan udang.
2.Agak-agak dah tak berketul.. jangan lembik sangat, jangan padat sangat.. nanti keras kejung pulok bila goreng. Selepas tu baru letak kucai dengan udang.

3.Gaul sebati, biarkan dalam setengah jam baru goreng.

4.Pasti kan minyak betul-betul panas.Biar garing-garing sikit..Baru sedap makan.

Tips Ektra!

  • Bancuhan jangan cair sangat.Biar sedang-sedang..bila pegang hujung jari, jatuh cantik je dalam kuali jadi bulat-bulat bentuknya.

Selamat Mencuba! Inshaallah jadi

MW: Semoga perkongsian resipi ini bermanfaat. Terima kasih berkongsi resipi yang dibuat jualan niaga.Semoga bertambah murah rezeki. Buat mak-mak yang nak buat cucur kucai udang kertas tu, boleh lah cuba resipi yang dikongsikan ini. Makan panas-panas cicah dengan sos cili atau mayonis memang sedap!.

Sumber: Norhaniza Kamaruddin

Published by
Suhaidah Abd Wahab