Bila saja viral, berduyun-duyun orang datang membeli. Tak kisah harga mahal atau murah, asalkan ia berbaloi dengan apa yang kita dapat.
Sebab itu jangan terkejut, harga mahal sekalipun kita sanggup melabur dan tak anggap itu satu pembaziran kerana ia sepadan dengan apa yang kita makan dan dapat. Tapi sedihnya, bila harga mahal ia tidak berbaloi dengan apa yang kita dapat. Rasa menyesal dan sedih pun ada.
Sebagai peninaga, janganlah letak harga mahal tapi langsung tidak beraloi apa yang pelanggan dapat. Semua ini kena tahu dan faham tentang konsep harga dalam islam seperti yang diterangkan oleh Ustaz Lariba ini.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Beli Luar ‘Sokong’ Peniaga Tapi Kalau Harga Mahal, Masaklah Sedap-Sedap, Biar berbaloi!
Harga Mahal, Tak Berbaloi, Lebih JIMAT Masak Sendiri Di Rumah, Tak Perlu Malu!
Info Lebih Menarik DI SINI
Isu harga nasi Arab Chef Ammar …
Isu kerusi plastik dijual dengan harga hampir RM3,000 kerana pernah pemandu F1 duduk di atasnya…
Sebenarnya bukan isu pun.
Tiada isu harga Yahudi, harga Tel Aviv pun (entah dari mana datang perkataan ini), cuma isu jaga mulut sikit, terutama sekali di bulan Ramadan.
Itu dalam hal makanan. Dalam hal kenderaan, contohnya, ada kereta harga murah dan ada kereta harga mahal. Mercedes mahal bukan isu, ada orang yang mampu beli lebih dari satu Mercedes, tak mahal untuk dia, ada orang tak mampu walau nak beli Proton Saga sekalipun.
Allah SWT murahkan rezeki untuk seseorang, Allah SWT sempitkan rezeki untuk seseorang. Ada orang rasa sesuatu harga mahal, ada pula yang rasa ia murah untuk barang yang sama.
Mengenai harga…
Islam wajibkan pasaran yang adil di mana sesiapa saja bebas berniaga apa sahaja, bebas bersaing, semua peniaga boleh letak harga masing-masing.
Dengan syarat tiada monopoli, oligopli dan terdapat free flow maklumat pasaran.
Dengan syarat tiada penipuan, semua barang halal.
Dengan syarat suka sama suka dan persetujuan antara penjual dan pembeli.
Tiada had harga dalam Islam. Harga ditentukan oleh penawaran dan permintaan (supply and demand). Dalam pasaran bebas dan adil serta keadaan penawaran dan permintaan yang sempurna, harga diberi nama oleh sesetengah ulama sebagai harga Allah SWT dan harga adalah hak Allah SWT.
Tiada kawalan harga dalam Islam, kecuali aktiviti tas’ir (kawalan harga) oleh ulil amri (pemerintah) bila keadaan memerlukannya untuk barangan asas.
Dari Anas bin Malik berkata : Suatu ketika harga barang telah naik pada zaman Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
Maka manusia mula mengadu kepada Nabi seraya berkata: Ya Rasulullah, harga barang makin mahal sekarang, maka tetapkanlah harga untuk kami!
Rasulullah menjawab: Sesungguhnya Allah yang menentukan harga barang, Dialah yang menyempit dan meluaskan dan Dialah sebaik-baik pemberi rezeki, sesungguhnya daku berharap ketika mana daku menemui Allah, tiada seorangpun yang boleh menuntut bahawa dia dizalimi olehku baik berupa darah mahupun harta.
Mingguan Wanita : Kadang-kadang, orang sanggup beratur panjang dan tak kisah dengan harganya. Sebab mereka tahu ia berbaloi dengan harga. Tapi kalau tak berbaloi, sekali sajalah belinya. Serik.
Sumber: Ustaz Lariba
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita