Pengorbanan Guru Bantu Murid Cina Susah, Tak Pandai, Satu Famili Panggil ‘Cikgu Mak’. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan guru buat anak-anak murid memang tak terbalas. Apatah lagi pengorbanan tanpa mengira bangsa dan agama, pada anak murid yang kurang berkemampuan serta ‘istimewa’ dan mempunyai masalah dalam pelajaran.
Saya ada seorang ex-student tak pandai, tak boleh membaca dan menulis. Sentiasa manis mukanya dan pembersih orangnya. Dia sangat istimewa bagi saya, yang paling ‘melekat’di hati saya. Saya hanyalah guru mp PSV nya saje. Biar la saya menamakannya sebagai A.
A tamat SPM sesi 2021. Saya mula merapatkan diri dengannya semasa dia tingkatan 4. Sebaik sahaja sekolah dbuka selepas PKP 1 saya perasan dia membesar sungguh! Sampai tak terkancing seluar sekolahnya, kasut pun ketat! Dia senyum sahaja bila saya menegurnya. Semua pertanyaan saya, ada kawannya yang jadi transleter.(Dia murid Cina).
Saya difahamkan keluarganya sangat terkesan dengan PKP. Anak tunggal. Tinggal dengan nenek, ayah (yang hilang pkrjaan) dan ibu yang dalam rawatan dialisis.
Ayahnya sebelum ini, seorang Tukang Urut di Singapura. Bila PKP ‘tersadai’ tak boleh masuk ke sana. Vios digantikn dengan Bezza 2nd dan terpaksa dilepaskan juga. Ada motorsikal sahaja.
Menjadi rutin saya, waktu rehat saya duduk di Bilik Seni. Memantau fail kerja kursus dan memberi bimbingan extra kepada murid yang memerlukan.
Saya perasan A keluar dari bilik PSV. Kemudian tak sampai 5 minit, dia masuk semula. Bila saya tanya, sudah makan? Dia mengangguk sahaja. (Cepat nohhh dia ke kantin). Bilik PSV atas nun di tingkat 4) Tanpa dia sedari, saya perhatikan dia asyik memandang-mandang rakan-rakan yang lain yang sedang makan bekalan.Lalu saya memanggilnya. Secara sembunyi saya memberinya sedikit duit. Sebab dia seorang yang ‘lurus’ dan kadang kala ‘dibuli’. Saya minta dia simpan terus dalam beg duitnya.
Ketika dia buka beg duit, saya terpandang, saya tersentap hanya ada sekeping not RM1 sahaja. Betul ke dia dah makan tadi?.
Esoknya, saya call bapa A minta kebenaran untuk bawa dia keluar selepas persekolahan. Saya cuma kata, saya nak membelikan A hadiah. Keberatan bapanya untuk beri izin. Ye la tak pernah-pernah ada guru nak bawa anaknya keluar. Akhirnya saya dapat juga bawa A keluar, dpat la dia persalinan uniform & kasut baru.
Sejak itu, saya terus membantu A dan familinya. Sejak itu juga A mmanggil saya ‘cikgu mak’. Ibunya (tak fasih brbahasa melayu) & neneknya juga memanggil saya begitu.
Walaupun famili A susah dia tak pernah meminta bantuan saya. Pernah bapanya sakit & masuk wad, pergi dan balik naik bas sahaja. Dah keluar wad baru dia beritahu saya.
Sama juga dengan ibunya. Selang sehari pergi rawatan dialisis hanya ‘bermotoran’ sahaja. Ada rotary club yang menanggung sebahagian rawatannya. Dalam seminggu 4@5 kali A akan voice mail ( nak typing, tak pandai) saya ‘cikgu mak, malam sudah makan?’ Itu saja yang diucapknnya sehingga la sekarang!
Jika masak, selalunya sengaja saya masak lebih untuk dikongsikan dengan famili A. Makan minum mereka sering juga dibantu orang lain.
Ada satu ketika bapa A ingin memberhentikan persekolahan A. ‘Dia apa pun tak boleh, baca, tulis tak boleh. Saya kata, takpe la..biar dia teruskan, sekejap lagi dia sudah mahu habis SPM. Semua belanja & barang sekolah dia, you jangan risau, saya setelkan.(Akhirnya, en suami saya yang offer diri untuk belanja A sehingga dia habis sekolah).
Aduh la.. sepatutnya A di kelas Pendidikan Khas jika diusahakan dari awal. Ketika itu hanya tinggal beberapa bulan saje lagi untuk dia SPM. Saya bantu setakat mana yang boleh.
Semasa sambutan Tahun Baru Cina, berkali-kali bapa A ulang alik ke rumah saya, menghantar makanan, kuih, limau, Udang tepung, siakap tiga rasa. Katanya, dia tempah di Restoran Melayu. Saya makan dengn lelehan airmata. Anak-anak saya semua diberinya angpau dalam serba kekurangan, macam-macam diberinya.
Tahun berikutnya, awal-awal saya beritahu bapa A, saya tak mahu apa-apa. Jangan susah-susah bagi saya apa-apa nanti saya sedih & menangis. Still dihantarnya kuih & limau sekotak.
Semasa ulang tahun kelahiran A, saya belikan dia kek, dia potong dalam kelas makan bersama-sama kawannya. Saya kata kalau awak tak pandai, awak jadi orang baik-baik ye. Semoga semua yang baik datang pada awak. Sambil tepuk-tepuk ubun-ubun kepala dia, sambil bergenang air mata saya ktika itu. Semoga baik-baik la kehidupan masa hadapannya.
Sehingga la A tamat SPM. A hanya duduk di rumah membantu nenek & ibunya yang uzur dengan kerja-kerja di rumah. Rumahnya pun rapi dan bersih.
Saya masih berterusan mengunjungi rumahnya setiap bulan. Oh ye. Result SPM nya? Semua G subjek PSV shj C+! Saya bagi A hadiah dengan kejayaan PSVnya itu! ( Gambar yang saya sertakan di bawah ada lah sewaktu A & bapanya datang untuk ambil result)
Bila saya dah mulakan perusahaan sambilan (itik penelur), saya kurang mngunjunginya tetapi titipan masih berterusan melalui anak-anak saya.
Last, saya ada juga ‘memunjung’ hidangn raya ke rumahnya. Ada lagi satu beg yang berisi kuih raya yang belum sempat saya hantarkan.
Beberapa hari lepas, A ada voice mail….still ayat yang sama. Saya reply ‘sudah’ & share pic balang-balang telur masin yang sedang saya isikan ketika itu.
Tadi dalam pukul 8pm, ayahnya ada mnghubungi saya. Memberitahu dia, A & neneknya baru balik dari hospital JB (naik bas). Ibu A sudah 11 hari di ICU, tubuh & otaknya dijangkiti kuman. Sudah tiada respon. Doktor ada memberitahunya ibu ‘tiada harapan’. Pukul 10am esok, semua tiub akan dibuka, dia akan ‘jalan’.
Tadi dibawanya A & nenek untuk melawat ibu untuk kali yang terakhir. Kulai JB, JB Kulai naik bas. Sempat saya berbual dengan A sekejap, cikgu mak katanya. Saya minta untuk dia kuat. Jangan sedih-sedih. Tuhan sudah bagi macam ini.
Tapi sebaliknya, saya yang sedih. Dari mula menulis ni air mata saya laju je.
Beberapa hari yang lepas, sewaktu dia voice mail saya dengan ayat sama tu, tentu dia nak share dengan saya tentang ibunya yang dah terlantar di wad tapi dia tak pandai menyuarakannya.
Mlm ni, saya batalkn plan saya untuk temankan suami seperti selalu trip ke Bangi, delivery telur masin. Esok pukul 8.30am, saya akan bawa A, bapa & neneknya untuk ke hospital berada di samping si ibu sebelum dia ‘berlepas’ pergi.
Mesti Baca:Aidilfitri Bermakna, Selepas 36 Tahun Jumpa Semula Cikgu Kimia Yang Bayarkan Yuran Universiti
Baca Lagi Di Sini:Cikgu Bermandi Lumpur Ke Sekolah, Kesungguhan Mengajar Di Pedalaman Gua Musang Bukan Biasa-Biasa
Artikel Menarik:Tragisnya, Terkorban Ketika Selamatkan Rakan Serumah, Jasa Cikgu Catherine Akan Dikenang Sampai Bila-Bila
Mingguan Wanita: Tahniah cikgu, sungguh terinspirasi dengan pengorbanan dan kasih sayang cikgu kepada anak murid tanpa mengira bangsa dan agama. Semoga segala jasa bakti dan kebaikan cikgu mendapat ganjaran di sisinya.
Sumber: roes liena roes
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.