Setiap kita tidak dapat lari dari dugaan yang tidak pernah terfikir dalam diri. Ujian sebagai teguran untuk kita sentiasa sedar dan bersyukur dengan apa yang kita miliki.
Kadang-kadang ujian sebagai teguran ini datang dalam pelbagai bentuk. Malah, dikatakan ada ujian yang cukup mencabar pada penghujung usia 30 an. Kita tak tahu.
Mungkin inilah kemuncaknya. Maklumlah semasa usia 20 an, tenaga dan kekuatan kita lain. Cepat merajuk, nak marah dan sebagainya.
Tapi, bila dah penghujung usia 30 an, semua ini dianggap ujian untuk teguran sebelum ini supaya kita terus bertenang dan hadapi dengan sebaiknya.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Rezeki Bukan Hanya DUIT, Tak Mewah Tapi Keluarga Sihat, Ujian Kita Berbeza, Bersyukurlah
Ujian Bertimpa, Makin Berusaha Makin Susah, Amalkan Doa GRED A Rasulullah SAW Baca
Info Lebih Menarik Lagi DI SINI
Antara salah satu perkongsian yang boleh kita jadikan panduan bersama tentang perkara ini. Moga iga memberi manfaat untuk semua.
Masa saya umur 27 tahun, saya tengok rakan sekerja saya yang sudah masuk ke usia 37 tahun ke atas ni, memang ‘temper’ selalu. Saya tak faham kenapa. Benda kecil pun boleh melenting.
Asyik melenting sahaja!
Tapi bila saya yang berada di tempat mereka sekarang ini, barulah saya faham.
Mereka yang berusia 36 tahun nak ke usia 40 tahun ini, mamang Allah uji kesabaran Tahap 6 lah.
Usia 36, 37 dan 38 tu memang kemuncaklah senang cerita. Tak kira lelaki atau perempuan.
Cuba kalian tengok sendiri rakan sekerja yang dalam lingkungan usia 36, 37, 38 dan 39 tahun.
Tak pun cuba kalian semak diri sendiri.
Di usia itulah juga penentu bagaimana sikap kalian nanti apabila mencecah usia 40 tahun!
Masa usia 36, 37, 38 dan 39 tahunlah ujian bertalu-talu.
Kesihatan.
Keluarga.
Sahabat.
Kerjaya.
Ibubapa.
Adik-beradik.
Ipar duai.
Kebendaan.
Sampai kalian akan rasa macam tak cukup tanah nak berlari.
You have to face it!
Masa inilah ada yang rumahtangga goyang.
Ada rumahtangga yang gagal.
Hilang kerjaya.
Ada yang mula sakit-sakit.
Masa inilah ada yang dikhianati sahabat sendiri.
Berada dalam dilema macam-macam hal.
Masa inilah kenderaan rosak.
Rumah yang beli 5 tahun lepas dah kene ‘repair’ sana sini.
Masa inilah anak-anak membesar dan banyak akal.
Ya! Usia 36 tahun sehingga usia 39 tahun ini adalah usia kemuncak ujian Allah yang dahsyat!
Menguji keimanan, kesabaran.
Melatih diri dengan reda dan ikhlas.
Mendidik hati belajar memaafkan dan melupakan.
Mengajar diri menjadi lebih beriman.
Kenapa? Kenapa semua ini berlaku?
Tidak lain tidak bukan, jawapannya adalah
ALLAH SAYANG-
DIA jemput kita perlahan-lahan untuk meniti usia 40 dengan tenang. Bersedia untuk masuk ke alam lebih dewasa. Meninggalkan usia fasa muda yang lalu.
DIA nak kita sujud dan istighfar kepadaNya atas silap dan kealpaan yang lalu. 30 tahun hidup di dunia. Apa yang kita sudah buat?
Masuk sahaja usia 40 tahun, ALL IS NEW!
Hati lebih sabar, tenang, ikhlas, tawaduk.
Hidup lebih bahagia, sempurna, lebih nampak arah tujunya dan mensyukuri nikmat dan reda dengan kekurangan.
Kerana Allah sayang, dia jentik dengan ujian sebagai teguran. Dia suruh kita bersedia ke alam kekal.
Masuk usia 40, sepatutnya kita sudah tenang. Sudah tidak fikir lagi hal-hal dunia. Sudah tidak kelam kabut lagi dengan urusan dunia. Semua amalan diikhlaskan untuk akhirat kelak.
Sedetik lebih pun tidak akan mengeluh.
Semua urusan diniatkan ibadah, mula ke rumah Allah, perbaiki diri, solat, perbaiki akhlak dan adab.
Sudah mula perbaiki tutur kata agar tidak menyakiti hati orang lain.
Itu pun, jika kalian selesai dengan jayanya menduduki ‘final exam sebelum usia 40’.
Tapi, jika kita ini asyik mengulang silap yang lepas, di usia 40 nanti tidak ada yang berubah. Macam itu sahajalah. Rugi.
Hidup ini, yang perlu ditanam dan pasak dalam hati adalah sabar. Perlu diamalkan setiap malam adalah tahajud, dizahirkan dengan bibir adalah kata-kata yang tidak menyakiti hati orang lain dan yang perlu dihulurkan oleh tangan adalah pemberian tanpa balas.
Yang perlu dilihat oleh mata adalah kesilapan sendiri. Perlu ada dalam hati hanya Tuhan Yang Maha Esa.
Apa juga yang kita miliki setelah 30 tahun hidup, waktu inilah kita akan mula buat pilihan, buang atau kekal. Ambil yang baik, atau kekalkan yang tidak baik.
Jangan tidak percaya, segala ujian akan berulang lagi dan lagi. Ketika itu, kita akan hadapi dengan lebih tenang. Kerana apa? Kerana kita sudah ada pengalaman itu. Tuhan sudah didik kita bagaimana mahu hadapinya. Tuhan sudah beri pengajaran pada pengalaman yang lepas.
Segalanya tidak lain tidak bukan, hanyalah untuk perbaharui iman yang kian kusam. Bukankah iman kita ini boleh bertambah dan berkurangan. Itulah fungsi ujian!
Baik, ‘kan Allah
Mingguan Wanita : Sebab itu, kita selalu dengar, kehidupan bermula selepas umur 40 tahun.
.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita