‘Penghormatan’ Di Balas Sikap Biadap.”Jangan Tunggu Lama ‘Halau’ Mereka Dari Rumah Kita” sememangnya apa yang dipesan oleh Penyampai Radio Buletin FM, Izwan Azir Saleh mengenai isu seorang pembaca berita wanita di sebuah stesen televisyen terkemuka yang ‘dimalukan’ oleh penyanyi terkenal yang bertaraf otai itu ada kebenarannya.
Seperti yang diketahui umum sebelumi ni Datuk Hattan dalam satu temubual secara langsung pada awalnya tenang bertukar menjadi tegang apabila penyanyi tersebut kedengaran tidak berpuas hati sewaktu diminta mengulas lirik-lirik lagu XPDC yang dikatakan ‘makan dalam’.
Bekas penyampai berita TV3 tersebut menerusi ciapan di Twitter menitipkan pesanan buat para hos TV serta penyampai berita berhubung sesi temubual yang ‘panas’ itu. Sememangnya penulis bersetuju dengan apa yang dinasihati oleh Izwan.
Sebelum menemubual seseorang, sebagai seorang wartawan sememangnya kita akan melakukan ‘homework’ namun keterangan lanjut daripada respoden juga sangat diperlukan. Agar berita yang disampaikan tepat. Paling penting sikap hormat menghormati!
“Ketika duduk di pentas hos atau penyampai, gelaran kita adalah ‘anchor’ Dalam istilah Navy, anchor adalah kepten kapal. Kita yang kawal kapal itu, bukan orang lain. Jika orang lain mahu rampas kapal kita, singkirkan dia. The stage, the show, the airtime is yours, not the guest.
“Hos radio/TV dan penyampai berita, please tanam falsafah ini di dalam diri kita. Program yg kita hoskan adalah ‘rumah’ kita. Mereka yang dijemput masuk ke dalam ruang kita adalah ‘tetamu’ & jika mereka biadap, jangan tunggu lama untuk ‘halau’ mereka daripada ‘rumah’ kita.
“Tujuan kita memanggil atau menelefon seseorang untuk mendapatkan pandangan ialah kerana kita mahu tahu pendapat dan buah fikiran orang itu. Jika dia bertanya ‘awak tak study dahulu ke sebelum call saya?’, jawab dengan tegas ‘saya tahu sedikit, kerana itu saya call utk dapatkan..
“Pandangan dan pencerahan anda. Sekiranya saya tahu semua perkara, saya tidak akan buang masa untuk telefon anda’ jangan takut status dia. Dato, Tan Sri, Presiden Parti, Menteri, siapapun – dia yang setuju utk masuk ke ‘rumah’ kita. Dia perlu hormat kita sebab kita pun hormat. Pada dia, kerana itu kita beri ruang untuk dia on air. Tapi jika penghormatan kita di balas sikap biadap, kita berhak mempertahankan ‘rumah’ kita,”kongsi Izwan.
Pada masa yang sama menurut Izwan penerangan dari pihak ketiga adalah sangat penting.
“Seorang bekas Menteri pernah sound saya begitu di hadapan seorang bekas Perdana Menteri. Ketika itu dia hanya seorang Timbalan Menteri. Saya jawab dengan dia, ‘saya hormat Dato tapi Dato tolong jangan cross the line dgn masuk campur dalam tugas saya’ Terdiam dia
“Memang kita kena buat homework untuk tugasan kita. Tapi pihak lain tak nampak, pada hari itu saja bukan isu itu sahaja yang kita kena buat homework, banyak isu lain. Jadi wajar saja kita tahu sedikit2 dan mahu tahu lebih dalam lagi, kerana itu kita dapatkan pihak ketiga utk ulas
“Kita boleh akui kita tidak tahu banyak dan berminat untuk mahu tahu lagi tapi prinsipnya, jika dia mula tunjuk taring dan kelihatan mahu ‘membuli’ kita kerana dia orang ada nama, status, otai, legend dsb, kita tidak boleh tunduk pada dia. Jangan lupa,” pesan Izwan lagi.
Menarik Disini : Berangan Nak Jadi Wartawan? Hadap Dulu Situasi Ini!
Tujuan kita memanggil atau menelefon seseorang untuk mendapatkan pandangan ialah kerana kita mahu tahu pendapat dan buah fikiran orang itu. Jika dia bertanya ‘awak tak study dahulu ke sebelum call saya?’, jawab dengan tegas ‘saya tahu sedikit, kerana itu saya call utk dapatkan..
— Izwan Azir Saleh 🇲🇾 (@IzwanAzirSaleh) April 29, 2023
Mingguan Wanita: Hidup biarlah beradab lagi-lagi ‘otai’ janganlah herdik budak muda melulu. Ilmu yang ada sebarlah cara baik.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sumber: Instagram Izwan Azir Saleh