‘Penghijrahan’ Aaron Aziz “Setiap Apa Yang Berlaku Dalam Hidup Kita, Pasti Ada Hikmah”

Share

‘Penghijrahan’ Aaron Aziz “Setiap apa yang berlaku dalam hidup kita, pasti ada hikmah” begitulah yang diluahkan pelakon terkenal Datuk Aaron Aziz apabila berbicara kepada ‘penghijrahan’ dirinya sejak beberapa tahun lalu.

‘Penghijrahan’ Aaron Aziz

Pelakon yang berasal dari Kota Singa dan kini menceburi bidang perniagaan berasaskan wangian menerusi jenama The Oud by Aaron Aziz mendedahkan tentang titik tolak ‘penghijrahan’ nya.

“Setiap apa yang berlaku dalam hidup kita, pasti ada hikmah. Pada umur sekarang juga saya sudah melalui beberapa peringkat kehidupan.

“Sebagai manusia penting untuk setiap keputusan dalam hidup kita bukan sekadar membawa kita ke arah kebaikan tetapi juga bagaimana ia memberi manfaat kepada mereka yang berada disekeliling kita.

“The Oud by Aaron Aziz bukan sekadar perniagaan tetapi dalam masa yang sama adalah amanah untuk saya,” katanya apabila ditanya tentang permulaan ‘penghijrahan’ dirinya.

Bukan Satu Bentuk Trend

Malah bapa kepada tiga orang cahaya mata itu turut menegaskan penghijrahannya itu bukan sebagai satu bentuk trend.

“Semua orang juga mempunyai peluang untuk berubah mendekatkan diri kepada agama. Jadi mengapa kita perlu mempersoalkan niat baik seseorang. Seharusnya ini perlu dilihat sebagai sesuatu yang positif.

“Kalau perkara ini mampu mewujudkan lebih banyak kesedaran, saya anggap ia adalah sesuatu yang baik,” sambung Aaron.

Terkesan Dengan Pandemik Covid-19

Seperti yang dinyatakan juga, Aaron akui seperti mana insan lain dia juba turut terkesan dengan penularan pandemik Covid-19.

“Apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, kebanyakan kita tidak boleh bekerja dan sebagainya. Saya sendiri melalui perkara yang sama.

“Mujur pada waktu itu The Oud by Aaron Aziz sudah berada dalam pasaran dan kami menggunakan peluang membuat jualan secara atas talian.

“Pertama, The Oud by Aaron Aziz bukan wangian biasa. Selalunya wangian ini kita boleh dapat di Tanah Suci Makkah dan sebagai antara mereka yang terpilih untuk ke sana beberapa kali, saya memang jatuh cinta dengan wangian ini ketika pertama kali mencubanya.

“Namun, yang menjadi masalah adalah sukar untuk mendapatkan wangian ini dalam pasaran tempatan, sebab itu saya bangunkan The Oud by Aaron Aziz.

“Bukan sahaja untuk saya tetapi mereka yang mungkin menyukai bauan ini tetapi  pada masa yang sama sukar untuk mendapatkannya.

“Paling penting, walaupun harga produk ini jauh lebih murah tetapi saya tidak pernah memandang enteng soal kualiti,” luahnya.

Baca Disini Juga :

Pemergian Ibunda Tercinta Aaron “Ambillah Segala Kerja Amalku Untuk Menemani Ibu Di Alam Barzakh”

“Berat Hati Ini Melihat Anak Sulung Ku Ke Jepun, Ya Allah Kau Sebaik-Baiknya Penjaga” Aaron Aziz

Lukisan Tragedi Berdarah Di New Zealand Ini, Dari Luahan Hati Anak Aaron Aziz

Sumber Foto : Instagram Aaron Aziz

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Published by
Norhayati Suboh