Sebenarnya penghargaan bukan terletak pada kebendaan atau wang ringgit, sebaliknya cukuplah dengan ucapan terima kasih. Bukan susah pun mahu menghargai orang lain, semudah ungkapan terima kasih saja, tetapi itu pun masih ramai sukar untuk lakukan.
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan fahami baik-baik iya.
Hendak dihargai, bukannya tak ikhlas…
Betul ke bila kita buat sesuatu dengan ikhlas, maka jika tidak dihargai pun tidak apa-apa? Then, macam mana kita hendak menilai “keikhlasan” kita itu?
Boleh dikatakan, bila kita melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan atau pulangan daripada manusia, maka di saat itulah kita melakukan perkara tersebut dengan ikhlas…
Tapi selama mana kita akan “ikhlas”?
Ini sesuatu yang subjektif… Ada orang, mungkin tidak dihargai langsung pun tidak apa disebabkan “keikhlasan” dia itu tinggi…
Tapi bagi kita yang biasa-biasa sahaja ini, akan mula menilai keikhlasan kita apabila kita tidak dihargai dengan sewajarnya dan sepatutnya…
Sebab apa kita menilai “keikhlasan” kita?

Penghargaan Tak Perlukan Kebendaan

Sebab kita rasa penat, rasa tidak dilayan atas apa yang kita sudah korbankan… Kita mula tertanya-tanya dalam hati, “Susah sangat ke hendak menghargai?”
Penghargaan ini bukan terletak pada kebendaan atau wang ringgit… Orang yang ingin dihargai ini, dia rasa cukup dengan ucapan “terima kasih” atau pertanyaan “awak sihat ke tidak, awak penat ke tidak” ataupun nasihat, “rehatlah, jaga kesihatan itu”…
Tapi percayalah, “penghargaan” sebegini pun orang susah nak buat…
MW: Ikhlas atau tidak bergantung kepada individu, namun sebagai manusia biasa apa salahnya menghargai orang lain. Sekurang-kurangnya orang yang lakukan banyak pengorbanan terasa dihargai serta disayangi. Betul tak? Renung-renungkan. 
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI