Rupanya jika mahu tanaman seperti Bayam Brazil daunnye elok cantik, tak berlubang mahupun rosak dimakan oleh ulat dan siput, kena tanam sekali bawang putih. Ini kerana bau dan aroma bawang putih tersebut, mampu menjadi penghalau serangga semulajadi.

Baca perkongsian daripada Puan Suzurina Binti Muda ini sebagai panduan;

Ni cara saya tanam bayam brazil dengan bawang putih, cucuk je bawang putih seulas-seulas atau satu labu bawang putih pun boleh. Kadang saya beli yang dah siap kupas tu je, terus cucuk dekat pokok.

‘Penghalau Serangga Semulajadi’, Bayam Brazil Cantik Tanam Sekali BAWANG PUTIH!

Macam saya buat ni, nanti bawang putih akan naik hidup sama dengan pokok bayam tu, pokok cili awal-awal pun saya buat macam ni. Boleh juga buat macam ni dekat pokok-pokok yang lain.

‘Penghalau Serangga Semulajadi’, Bayam Brazil Cantik Tanam Sekali BAWANG PUTIH!

Saya dapat video sharing ni dari youtube. Dulu saya blender bawang putih dan spray tapi lama-lama tak terbuat dah, sejak jumpa video tu, tu je saya buat.

‘Penghalau Serangga Semulajadi’, Bayam Brazil Cantik Tanam Sekali BAWANG PUTIH!

Ads

 

‘Penghalau Serangga Semulajadi’, Bayam Brazil Cantik Tanam Sekali BAWANG PUTIH!

Sebelum ni tak boleh makan bayam brazil tu, penuh ulat beluncas halus, geli pulak. Siput pun tak suka kot bau ni, sebab takde dah siput halus-halus dan besar dah.

Ads

Bukan binatang lari, hantu pun lari bau bawang putih nih. Alhamdulillah, sekarang ni dah cantik bayam brazil saya.

‘Penghalau Serangga Semulajadi’, Bayam Brazil Cantik Tanam Sekali BAWANG PUTIH!
Semoga bermanfaat ilmu ni dari saya.

Info Ekstra!

  • Bawang putih tu tak kupas pun boleh, jika kupas, kulit tu tabur je kat pokok tu, kadang saya beli yang siap kupas.
  • Daun bawang putih ada bau. Selang seli tanam sekali bawang putih sebagai kawalan biologi.Dia macam penghalau serangga semulajadi. Serangga tak nak datang dekat sebab bau daun bawang putih tu ulat, siput tak suka bau bawang putih.

Semoga Bermanfaat! Selamat Mencuba.

Ads

Mesti Baca:Serbuk Kopi & Kulit Telur, Baja BERKESAN Kawalan Perosak Organik!
Baca Lagi Di Sini:Daun Berlubang-Lubang Sembur Air Rebusan BUNGA CENGKIH, Racun Serangga Organik!
Artikel Menarik:Tanam KOBIS BUNGA Lebih Cantik, Warna Putih Bersih,’Tutup’ Guna Daun!

Mingguan Wanita: Jadi buat mak-mak yang bercucuk tanam, ada masalah ulat,siput pada pokok mahupun tanaman, boleh cuba tip yang dikongsikan ini. Tanam sekali dengan bawang putih, aromanya mampun menjadi ‘penghalau’ serangga perosak.

Sumber: Suzurina Binti Muda

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI