Pengguna Hadapi Bil Elektrik Melambung Bulan Ini, Boleh Buat Cara Ni

Share

Tak tenang kan bila hadapi bil elektrik melambung bulan ini. Lagi-lagi nak dekat dah sambut Hari Raya Aidilfitri. Mana nak cekau duit bayar bil, mana nak belanja-pakai untuk raya.

Kelmarin, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), Yeo Bee Yin dah pun arahkan Suruhanjaya Tenaga untuk jalankan siasatan setelah menerima lebih 300 aduan berhubung kenaikan bil di seluruh negara.

Wanita ini, Khaizura Khalid (Cik Tipah) pun terkesan dengan isu kenaikan bil ini. Disebabkan itulah dia berkongsi cara ini.

Sekiranya pengguna hadapi bil elektrik naik mendadak untuk bulan ini boleh lakukan hal yang dikongsikan Cik Tipah seperti di bawah.

Sana sini orang mengamuk, caci maki sebab bil elektrik tinggi. Dengan Cik Tipah sekali kena tempias, walaupun Cik Tipah bukan bahagian tu.”

Siap ada haramkan duit mereka. Allahu Akbar. Sedih pulak rasa hati kot kot termakan duit haram

.”

Pengguna Bil Elektrik Melambung, Sila Lakukan Ini

1. Sekiranya bil elektrik anda melambung tinggi bulan ini, mohon ambil gambar meter, tengok sama tak bacaan dengan meter sebenar. Takut ada kesilapan, sebab baru baru ini sistem offline dan bacaan diambil secara manual.

2. Bawa ke kedai tenaga berhampiran. Ramai customer datang bawa reading dan memang betul ada kesalahan bagi bacaan tarikh 15hb sampai 21hb.

3. Dan mohon jangan maki kakak kakak di front liner tu, bukan mereka yang ambil bacaan tu. Satu lagi, jangan marah dengan Cik Tipah. Cik Tipah tak bersalah wei.

Tambahan PENTING.

Jangan sebarangan meletakkan sesuatu di meter kerana bimbang terjadi perusikan meter. TNB tak penah ada alat jimat letrik. Kalau ada perusikan meter, satu kesalahan, kau boleh didenda ribuan ringgit.

 

Jangan Sesekali Buat Macam Ini..

Ini pelik.. Cik Tipah maklumkan ada juga tip dari pengguna yang meletakkan panty liner pada kotak fius elektrik di rumah sebagai langkah menjimatkan penggunaan elektrik. Panduan itu ternyata tidak benar sama sekali iya.

Denda Jika Lewat Bayar Bil Elektrik

Petang tadi, ada kawan FB whatsapp tanya pasal ni, betul ke tidak? Adoilah, Cik Tipah pun tak tahu. Dia kata dah viral dalam group whatsapp. Dia tak nak sebarkan, takut fitnah, jadi dia tanya Cik Tipah dulu.

Tapi macam tak logiklah pulak. Caj 1% sehari jika lewat. Kayalah TNB. Bolehlah dapat bonus 24 bulan. Cik Tipah pun penyumbang lewat bayar, kadang kadang. Lupa.

Cik Tipah pun tanya kawan kawan Cik Tipah. Untuk kepastian. Lepas tu, jenuh lah Cik Tipah kecik besar kan mata baca bil. Cari kat mana stated benda alah ni. Denda 1% sehari jika lewat bayar.

Tak jumpa macam yang diviralkan ni.

Lepas tu kawan Cik Tipah forward this.

 

Cara Kira Caj 1% Sehari Jika Lewat Bayar Bil

Siapa yang reka ni? Admin nak ucapkan terima kasih kerana mengingatkan pelanggan TNB untuk membayar bil pada masanya bagi mengelakkan caj penalti lewat bayar. Tapi formula pengiraan caj penalti lewat bayar yang dikongsikan kurang tepat.

TNB akan mengeluarkan bil untuk penggunaan elektrik sebulan dan pelanggan diberi tempoh 30 hari dari tarikh bil untuk membuat pembayaran.”

Sekiranya pembayaran bil dibuat selepas tempoh ini, caj penalti lewat bayar (1% sebulan dari jumlah keseluruhan bil) akan dikenakan. Pengiraannya begini:

Jumlah bil – RM500
Tarikh bil – 1 November 2018
Perlu bayar sebelum – 30 November 2018
Tarikh pembayaran – 5 Disember 2018 (lewat 5 hari)
Kiraan caj penalti lewat bayar : RM500 x 1% x 5/30 hari = RM0.83

Pelanggan disyorkan untuk menggunakan fasiliti pembayaran AutoPay atau Direct Debit serta memuat turun aplikasi mudah alih myTNB untuk memudahkan pembayaran bil setiap bulan.

Dengan aplikasi mudah alih myTNB, pelanggan boleh memantau, menerima notifikasi dan membuat pembayaran bil dengan mudah.

Maklumat mengenai AutoPay dan Direct Debit boleh didapati di laman web TNB. Aplikasi mudah alih myTNB boleh dimuat turun di Google Play Store atau Apple App Store”.

Suka benar korang ni menyebarkan fitnah. Yang lain pun baca, tak siasat terus sebarkan. Semua gara gara panas hati bil melambung.

Bab bil melambung tu, Cik Tipah bukan ahli nak komen. Takut ada yang tak faham, manipulate apa yang Cik Tipah komen. Tapi Alhamdulillah, ada seorang dua kawan FB yang faham cara pengiraan yang diberi, sebab tu dia tenang sahaja.

Sumber/Foto : Khaizura Khalid

Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.

Published by
Netty Ah Hiyer