Hati lembu, hati ayam, jantung, limpa, paru, otak lembu dan banyak lagi. Mungkin salah satunya adalah lauk kegemaran mak-mak kan! Atau semuanya memang mak-mak suka. Tak kisahlah masak apa, waima goreng pun sedap. Namun, di sebalik kesedapan organ dalaman ini ada baik buruknya, sebab ia mengandungi banyak khasiat seperti lauk pauk lain.

Dalam Mingguan Wanita Talkshow tengah hari tadi membincangkan topik tentang ‘Menu Organ Dalaman’ bersama pengacara Raja Azura atau lebih dikenali KE. Bersiaran secara langsung dan menemubual pakar melalui ‘video call’ sahaja memandangkan rakyat Malaysia masih dalam PKP.

Mengulas lebih lanjut tentang menu Organ Dalaman ini, Fadwa Ali, Pegawai Sains Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu:

IKLAN

“Kebanyakan makanan organ dalaman ada baik buruknya. Selain menjadi sumber makanan yang baik, ia juga mempunyai banyak kolesterol dan lemak yang tinggi. Sebab itulah ia tidak digalakkan untuk diambil secara tetap seperti lauk yang kita ambil setiap hari.”

Ulasnya lagi,

“Otak lembu adalah paling kontroversi kerana ia mengandungi kolesterol paling tinggi. Tetapi, untuk hati ayam, jantung dan limpa, ia adalah sumber zat besi yang baik untuk pembentukan sel darah merah dan memperbaiki sel-sel dalam badan.”

Boleh diambil tetapi tidak boleh berterusan secara harian. Contohnya, otak lembu yang tinggi kolesterol dan hanya hadkan pengambilan dalam jumlah yang tertentu sahaja.

Kesimpulan, Organ dalaman ada kebaikan tetapi dalam masa yang sama ia mengandungi kolesterol tinggi. Jad, amalkan kesederhanaan dan pelbagaikan sumber protein yang lebih sihat.

Dalam segmen lain, anda boleh mencuba resipi yang dikongsi oleh chef Naim dan hidangan kerabu perut yang disediakan sendiri oleh KE di studio.

 

Ikuti siaran ulangan Mingguan Wanita Talkshow di Astro Prima 105 dan Prima HD 121 pada jam 8.00 malam nanti.