Penggemar Laksa Boleh Cuba Resipi Laksa Aglio Olio Dan Laksa Johor Chef Nakhlee

Pasti ramai yang menggemari laksa tak kira laksa Johor, laksa Kedah, laksa Kelantan, laksa Sarawak dan sebagainya lagi. Setiap satu memiliki keunikan rasa yang tersendiri. Ada yang rasa lemak, ada juga yang rasa masam.

Malah kini, pelbagai hidangan boleh dimasak menggunakan laksa termasuklah hidangan ala barat. Yang penting, perlu kreatif ye..

Kali ini, Mingguan Wanita Talkshow telah memilih topik tentang laksa, antara makanan kegemaran rakyat Malaysia.

Dikongsikan dua resipi laksa istimewa hasil air tangan Chef Nakhaee Issa iaitu Laksa Johor dan Laksa Aglio Olio. Jangan lupa cuba ye, gerenti sedap!

Penggemar Laksa Boleh Cuba Resipi Laksa Aglio Olio Dan Laksa Johor Chef Nakhaee Laksa Johor

Bahan-bahan:

Pasta/Spageti

Ikan kembung/ikan selayang/ikan sardin

Air rebusan ikan dan tulang ikan yang dikisar – tapis

Udang kering

Santan pekat

Asam keping

Kerisik

Daun kesum

Bunga kantan

Serai

Garam

Minyak

Bahan kisar:

Bawang merah

Halia

IKLAN

Lengkuas

Cili merah

Cili kering

Bahan Rencah:

Timun

Bunga kantan

Bawang merah

Tauge putih

Cili merah

Limau kasturi

Telur rebus

IKLAN

Bahan Sambal ( kisar):

Cili merah

Cili padi merah

Belacan bakar

Air perahan limau kasturi

Cara Membuat:

  1. Untuk sambal, kisar semua bahan hingga hancur dan sebati. Ketepikan.
  2. Untuk menyediakan kuah, panaskan minyak, tumis bawang merah, halia, lengkuas yang dikisar, diikuti rempah kari. Tumis hingga garing dan wangi.
  3. Masukkan pula pes udang kering yang telah ditumbuk. Tumis lagi.
  4. Masukkan cili kering dan cili hidup merah yang dikisar. Cili hidup merah itu adalah untuk memaniskan lagi rasa kuah.
  5. Masukkan isi ikan kembung rebus yang telah direbus bersama asam keping dan garam.
  6. Masukkan pula air rebusan ikan kembung.
  7. Masukkan asam keping, bunga kantan dan daun kesum.
  8. Perasakan dengam garam secukup rasa. Akhir sekali, masukkan kerisik.
  9. Biarkan mereneh seketika. Tutup api.
  10. Untuk menghidang; masukkan spageti ke dalam pinggan, tuang kuah. Hiaskan dengan bahan rencah lain seperti hirisan timun, bunga kantan dan sebagainya.
  11. Letakkan sedikit sambal di atasnya. Sedia dinikmati.

Penggemar Laksa Boleh Cuba Resipi Laksa Aglio Olio Dan Laksa Johor Chef Nakhaee

Laksa Aglio Olio

Bahan-bahan:

Laksa licin

Udang – bersihkan, rebus

Bawang putih – cencang

Cili merah – racik

Cili padi – racik

IKLAN

Daun selasih/basil -racik

Daun pasli – racik

Tomato ceri – belah dua

Keju parmesan

Garam

Bahan perasa

Minyak zaitun

Cara Membuat:

  1. Panaskan sedikit minyak zaitun di dalam kuali. Tumis bawang putih, cili merah dan cili padi.
  2. Masukkan pula tomato ceri dan tumis lagi.
  3. Masukkan udang, diikuti daun parsli dan selasih.
  4. Setelah itu masukkan air rebusan udang.
  5. Perasakan dengan garam dan bahan perasa secukupnya.
  6. Masukkan laksa dan gaul. Biarkan ia masak.
  7. Untuk menghidang; masukkan ke dalam pinggan, tabur sedikit daun parsli di atasnya.
  8. Akhir sekali, tabur keju parmesan di atasnya. Sedia dinikmati.

 Jangan lupa saksikan episod ulangan Mingguan Wanita Talkshow ini di Astro Prima 105 dan Prima HD 121 pada pukul 8 malam ini bersama pengacara, Kak Engku.

#MingguanWanitaTV

#MingguanWanitaTalkShow

#MingguanWanita

#TemanSetiapWanita

#AstroPrima105

#PrimaHD121

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI