Pengetua Tadika Ini Kongsi, Beyblade Boleh Bantu Anak-anak Yang Ketagihan Gajet

Share

Seakan trending sekarang ini permainan Beyblade di kalangan anak-anak kita. Kalau pergi mana-mana pasaraya, mesti jumpa susunan beyblade di rak-rak kedai.

Ada sesetengah mak larang anak-anak bermain Beyblade. Sebab tak nampak kebaikan permainan ini. Rupanya, beyblade ini boleh bantu anak-anak kita yang leka dengan handphone.

Pengetua tadika Genius Aulad, Ashikin Hashim berkongsi bagaimana beyblade ini boleh membantu anak-anak yang ketagihan gajet.

Permainan Beyblade VS Handphone

Demam beyblade sedang melanda anak-anak kita. Dulu kita pernah merasa demam spinner tapi tak lah sehebat demam beyblade ini saya kira. Teringat pula kenangan kita dulu-dulu, main ceper, batu seremban, galah panjang, teng teng dan sebagainya. Saya kira tak salah kita meraikan anak-anak kita untuk bermain berbeyblade

.

Anak-anak saya tidak terlepas dari ‘demam’ ini termasuk anak perempuan saya.

Daripada pemerhatian saya, beyblade telah memberikan pengalaman yang baru dan positif terhadap anak-anak. Berikut adalah pendapat saya.

1. Beyblade melatih anak-anak mengasah skil motor halusnya kerana anak perlu memutar, memasukkan, menarik, menyambung dan sebagainya. Jadi tangannya serta jarinya bekerja. Otot-otot serta sendinya bekerja. Ini bagus berbanding hanya memegang handphone yang tiada banyak pergerakan.

2. Beyblade melatih koordinasi mata dan fokusnya

. Anak fokus ketika memasang. Fokus ketika beyblade berpusing.

3. Beyblade meningkatkan skil komunikasi dan bahasanya. Anak akan cenderung untuk bermain bersama orang lain. Dan akan berlakulah komunikasi dua hala. Kosa kata anak akan meningkat dan bahasanya juga akan lebih diperkaya lagi.

4. Beyblade membantu anak bersosial dengan orang lain. Berlainan dengan bermain handphone, anak lebih suka bersendirian dan tidak suka diganggu.

5. Beyblade mengeratkan lagi hubungan kita dengan anak-anak dan di kalangam adik beradik.

Sebagai tambahan, ibu bapa boleh mendidik anak untuk menabung sekiranya mereka suka mengumpul beyblade. Dan sekarang sudah ada tournament serta pertandingan beyblade, boleh latih anak untuk yakin diri.

Ini Kesimpulannya…

Beyblade membantu juga anak-anak yang ketagihan gajet.
Namun ibu bapa kena juga pantau dari segi disiplin masa untuk solat dan adab ketika bermain dengan kawan-kawan.

Selamat ber’beyblade’

Disclaimer: Ini pendapat peribadi sahaja. Jika tak setuju, tak jadi masalah. Sekolah pun lain-lain.

Sumber /Foto : Ashikin Hashim, Cikgu Tadika Anak Anda

Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.

Beli BEYBLADE di sini : https://invol.co/cl9y2e0

Published by
Netty Ah Hiyer