Pengeluaran Khas KWSP “Hasil Titik Peluh Kita. Jaga, Berhemahlah Dalam Berbelanja”

Share

Pengeluaran Khas KWSP, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah berkongsi berita baik menerusi platform media sosialnya semalam tentang BAYARAN bagi kemudahan pengeluaran khas RM10,000 diawalkan kepada 18 April berbanding 20 April sebelum ini.

Pengeluaran Khas KWSP

Menurut Tengku Zafrul ramai yang memberikan komen di media sosialnya bagi mempercepatkan pengeluran khas.

“Ramai yang message dan komen dalam social media saya, “YB, pengeluaran KWSP boleh cepat lagi tak?”

“Saya mendengar suara anda. Oleh itu, setelah berbincang dengan KWSP, sukacita dimaklumkan pengeluaran khas KWSP akan dikreditkan secara berperingkat mulai 18 April 2022 dan bukannya 20 April 2022 seperti yang diumumkan sebelum ini.

“Saya harap pengeluaran ini akan lebih menceriakan sambutan Aidilfitri  #KeluargaMalaysia, InsyaAllah,” kongsi Tengku Zafrul.

Ternyata pengumuman itu memberikan khabar gembira buat pemohon permohonan khas KWSP.

Berhati-Hatilah Setiap Langkah Melibatkan Pengeluaran

Sebagaimana perkongsian oleh saudara Firdaus Shakirin yang boleh menjadi manfaat untuk mereka yang menerima pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000 berhati-hatilah dalam setiap langkah yang melibatkan pengeluaran wang.

“Sedikit PERINGATAN utk ONE-OFF yg bakal diterima esok dan hari-hari seterusnya…

  1. Elakkan dedah maklumat peribadi seperti nama penuh, no kad pengenalan, akaun bank di media sosial. Dalam keterujaan dan keeksaitetan nk update, tolong jgn sesekali muat naik maklumat ini.
  2. Kalau ada panggilan daripada nombor yg tidak dikenali, maka elakkan drpd angkat atau menjawab panggilan tersebut. Saja2 nak layan dia pun xyah. Cer install TrueCaller di telefon anda. Anda akan dapat info yang call tu siapa.
  3. Kalau dapat apa-apa mesej atau email yg menyatakan anda ada hutang, tunggakan, saman dan surat mahkamah, maka jangan call semula nombor yg tertera pada mesej atau email tersebut sebaliknya boleh sahihkan atau pastikan ttg perkara tersebut secara bersemuka di jabatan yg di nyatakan.

Jangan Login Jika Ragu-Ragu

  1. Semasa melakukan transaksi online, pastikan web itu secure, ada lambang kunci diatas. Jangan login, jangan masukkan password jika anda ragu-ragu dengan kelainan pada paparan web tersebut.
  2. Jika tiba-tiba anda dapat no TAC dan ada nombor tak dikenali wassup/mesej anda utk share no TAC tu sebab dia silap letak no telefon semasa melakukan transaksi online, maka jgn reply, jgn bg dia no TAC, terus block nombor yang tak dikenali tersebut.
  3. Jika anda melakukan pengeluaran secara bersemuka, pastikan anda tidak melakukannya berseorangan. Pastikan anda telah meletakkan duit itu ditempat yg selamat sebelum keluar drpd bank. Jangan jalan sendirian, jangan galas beg dibahu. Pastikan anda pegang beg anda dan pastikan anda tidak keseorangan.

Jangan Melabur Di Tempat Yang Mengarut

  1. Jika datang makhluk yg boleh menggandakan 10k ke 100k atau 1 Juta dalam masa sebulan, maka dengar boleh, percaya jangan. Jangan la masuk skim apa2 bila tgh duit byk. Jangan melabur di tempat yang mengarut. Jangan terpengaruh dgn mulut manis makhluk itu walaupun dia datang naik BMW.

Berhemahlah Dalam Berbelanja!

“Jumlah tu banyak, itu hasil titik peluh kita. Maka jagalah sebaiknya, gunakanlah sewajarnya dan berhemahlah dlm berbelanja,” pesan Firdaus Shakirin.

Peringatan Yang Sangat Baik – Warganet

Menerusi ruangan komen ramai yang berterima kasih kerana Firdaus Shakirin sudi berkongsi peringatan mesra.

 

Menarik Lagi : Bekas Isteri TIADA HAK Atas Duit KWSP Selepas Bercerai, Hanya Untuk Pewaris Saja

PENTING Semak, Kemaskini PENAMA Akaun KWSP Untuk Mudahkan Pengeluaran Nanti!

Maksimum Sehingga RM60,000, Golongan Terkesan Boleh Mohon Keluar Akaun 1 KWSP Mulai Disember!

 Mingguan Wanita : Mak-mak yang dapat duit RM10 ribu tu pandai-pandailah berbelanja ya. Jangan terlalu boros.

Sumber / Sumber Foto: Facebook Firdaus Shakirin  &   Instagram Tengku Zafrul Aziz

Gigihnya Ayu Raudhah menjaga anak dan sibuk berniaga.

Syawal ini Aizat terakhir beraya sebagai seorang bujang.

 

Sedapnya sambal belacan ni, makan dengan nasi panas terus terangkat!

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Published by
Norhayati Suboh