Berita

Pengawal Keselamatan Hospital Gembira Terima Pingat, “Tak Sangka Dapat Jejak Kaki ke Istana & Bertemu Agong…”

Share

Pengawal keselamatan hospital gembira terima pingat, “tak sangka dapat jejak kaki ke Istana & bertemu Agong. Keikhlasannya membantu mereka yang datang mendapatkan rawatan di Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh Perak membuahkan rezeki buat, R.Yogeswary yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di hospital berkenaan.

Hari ini, sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, R Yogerwary dikurniakan Pingat Pangkuan Negara (P.P.N) di Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan atas jasa dan kebaikan dilakukannya.

Pengawal Keselamatan Gembira Terima Pingat

Apa yang menariknya, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberikan kata semangat buat pengawal keselamatan hospital Ipoh ini dengan berkata, “anda berhak menerimanya.

Bagaimanapun, hanya ucapan terima kasih berkali-kali yang mampu diucapkan kepada Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimumah Iskandariah dalam pertemuan singkat sejurus istiadat itu selesai di Balairung Seri.

Memetik laporan Bernama, R Yogeswary hanya mampu mengucapkan terima kasih berulang kali di atas titah  berkenaan.

“Tak Sangka Dapat Jejak Kaki ke Istana & Bertemu Agong…”

“Saya tak sangka hari ini saya boleh menjejakkan kaki ke Istana Negara dan bertemu sendiri Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri malah pegawai Istana memberitahu Seri Paduka sendiri nak jumpa saya sekejap dan ambil gambar bersama-sama,” katanya dalam nada sebak ketika menceritakan momen indah ini.

Yogeswary, 44, yang tular di media sosial kerana sering membantu pesakit dan pelawat di parkir hospital, adalah antara 298 penerima pada istiadat berkenaan yang diadakan bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Elak Mangga Dicuri, Suami Isteri Nekad Upah 4 Pengawal Keselamatan & 6 Anjing

Pelajar Santuni Pengawal Keselamatan Di Pagar Sekolah. Ketepikan Pangkat, Inilah Didikan Terbaik Anak-Anak

Jangan Kecam, Sebaliknya Sambut Dengan Baik Perubahan Seseorang

Memilih persalinan kebaya hitam pada hari yang disifatkan sebagai paling istimewa sepanjang hidupnya, Yogeswary hadir dengan ditemani kakaknya, R Rajeswary, 48, seorang guru tadika.

Yogeswary berkata beliau ikhlas menghulurkan segala khidmat dan bantuan meskipun ia bukan kerja hakiki seorang pengawal keselamatan.

“Di hospital, banyak pesakit yang mendapatkan rawatan berada dalam keadaan yang sedih, begitu juga ahli keluarga mereka, sebab itu saya sentiasa ingin memberikan layanan yang baik kerana itulah sekecil-kecil pertolongan yang boleh saya berikan.

“Saya tidak akan berhenti untuk membantu masyarakat, selagi saya sihat dan mempunyai tenaga, saya pasti akan usaha sedaya upaya untuk membantu orang ramai,” katanya.

Anak bongsu daripada lima beradik yang berasal dari Gerik itu juga tidak henti-henti mengucapkan terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong atas pengurniaan pingat berkenaan selain orang ramai, majikan dan keluarganya atas sokongan berterusan diterimanya selama ini.

Yogeswary, yang sebelum ini bertugas di Kompleks Wanita, Kanak-Kanak dan Kardiologi, telah ditempatkan di Kompleks Rawatan Harian sejak enam bulan lepas.

Kisahnya yang sering membantu pesakit atau pelawat hospital tular di media sosial sehingga meraih perhatian Menteri Kesihatan ketika itu Dr Zaliha Mustafa yang memuji tindakan Yogeswary serta menzahirkan penghargaan kepada wanita itu dalam hantaran di laman Facebook.

Antara bantuan yang dihulur Yogeswary ialah mengangkat barang, mengawal lalu lintas dan menenangkan pesakit dalam keadaan cemas selain mengucapkan tahniah kepada ibu baru bersalin.

Sementara itu di media sosial, warganet turut mengucapkan tahniah kepada wanita itu.

“Semoga yang lain teladani sifat ini, berbuat baiklah kepada orang lain,” tulis pengguna Instagram lala_walid.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

“Saya membesar menonton drama abang-abang dan kakak-kakak semua….”.
Sebak dengar perkongsian Zamarul Hisham yang akui membesar dengan menonton lakonan artis-artis veteran yang mana ada sebahagiannya tidak direzekikan memiliki kemewahan di usia tua.
Melancarkan program Dari Poket Artis Ke Poket Artis, dirinya bersama jiran setaman seperti Syatilla Melvin dan Sam serta Zizan Razak berkongsi rezeki dengan para artis lama berbagi rezeki. Artis veteran ini turut menerima rezeki dari pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri, Milla Jirin yang juga pemilik Bizmillah Catering serta lain lagi.
Program Selebriti Dengan Mufti dibuat dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor.

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros