Hidangan berbentuk manisan atau pencuci mulut tentunya mempunyai peminat tersendiri. Manisan seperti pengat memang mudah disediakan untuk hidangan seisi keluarga. Sesuai untuk dimakan saat minum petang bersama keluarga.
Ini Dua Resipi Pengat Yang Mudah Dibuat, Cubalah!
PENGAT UBI KAYU BERSAGU
Bahan-Bahan:
300 gram ubi kayu
200 gram santan pekat
100 gram sagu mata ikan
1 liter air
1 ketul gula Melaka
2 sudu besar gula pasir atau secukupnya
1 helai daun pandan
1/2 sudu teh garam
Cara Membuat:
- Masukkan air di dalam periuk, rebus ubi kayu bersama daun pandan hingga empuk.
- Setelah itu, masukkan gula melaka, gula pasir, sagu mata ikan, garam dan santan. Kacau sebati dan masak sehingga kuah agak memekat. Sentiasa kacau agar santan tidak berketul
- Angkat dan sedia untuk dihidang.
PENGAT KELADI
Bahan-Bahan:
300 gram Keladi
1 liter air
200 gram santan pekat
1 ketul gula Melaka
2 sudu makan gula pasir atau secukupnya
100 gram sagu mata ikan
1 helai daun pandan
1/2 sudu teh garam
Cara Memasak:
- Di dalam periuk, masukkan air bersama keladi. Rebus Keladi bersama daun pandan hingga empuk.
- Masukkan gula melaka, gula pasir, sagu mata ikan, garam secukup rasa dan santan. Kacau sebati.
- Masak sehingga kuah agak memekat.
- Angkat dan sedia untuk dihidang.