Sempena musin buah durian, mak-mak boleh cuba buat Pengat Bebola Durian ini pula. Resepi yang dikongsikan Puan Nurhazirah M.Yunus ini tular dan ramai yang teruja nak buat.
Haaa… kalau mak-mak nak kelainan menu petang ini, jemput godek resepi pemanis mulut ini dulu. Confirm sedap!
Pengat Bebola Durian
Buang biji dan lenyek-lenyek kan isi durian.
Gaulkan isi durian tadi dengan tepung pulut. Jangan tambah air ya.. Nanti tak rasa manis durian. Haa… ingat ya, guna tepung pulut, bukan tepung gandum atau tepung beras.
Isi durian dan tepung pulut tadi. Gaul sampai jadi doh macam ni.. Asal tak lekat kat tangan tu maknanya dah jadi la tu.
Ads
Dah siap, bentukkan bulat-bulat kecik macam ni.
Dah siapppp.. Dapat banyak ni untuk sedebuk doh tadi.
Didihkan air, kemudian masukkan bebola durian tadi. Tapi pastikan air betul-betul panas dan menggelegak ya.
Ads
Dah siap, kalau nak tahu tepung tu dah betul-betul masak, masa dia duduk dalam air yg mnggelegak td, dia akan timbul kat atas permukaan air. Masa tu dah boleh angkat.
Sekarang buat kuah dia. Masukkan santan dalam periuk. Kalau pakai santan kotak, letak separuh je. Tambah air sikit jangan bagi pekat sangat. Letak lah dua helai daun pandan nak kasi kuah tu wangi, gunakan api perlahan ya. Jangan bagi santan tu menggelegak.
Kemudian, masukkan 2 ulas durian untuk perasa yang sangat kuat kat dalam kuah tu. Nak guna lebih pun boleh, tak ada masalah tapi nanti kuah tu akan jadi sangat pekat.
Ads
Masukkan gula merah.. Nak letak gula melaka pun boleh.
Akhir sekali, masukkan bebola durian yang kita dah masak awal td.. Gaul rata, bagi dia mendidih manja-manja dan lepas tuuuuu…
DONE. Dah boleh hidang.. Makan panas-panas tak sedap sangat, jadi masuk dalam peti ais, makan sejuk-sejuk baru umphhh!
Dah siap.. Ini hasilnya. Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Gemuk atau kurus bukan kayu pengukur tubuh anda sihat dan sempurna. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasikan ia sebagai keadaan sempurna fizikal, mental, dan sosial, dan tidak hanya ketika tidak sakit. Ada orang makannya sedikit, tetapi berat badannya pantas naik bagai di pam. Ada juga yang bertubuh kurus melidi, selera makannya besar tetapi tidak membekas di tubuh. Beratnya juga statik sahaja, bahkan susah benar nak naik.
Sukar sebenarnya nak menetapkan kategori tubuh ideal. Baik kurus mahupun gemuk…kedua-duanya bukan penentu anda sihat sejahtera. Ikuti Mingguan Wanita Talkshow Isnin (15 Julai 2019) jam 11 pagi mengupas isu “Gemuk atau Kurus – adakah penentu tahap kesihatan” bersama tetamu selebriti dan pakar kesihatan. Slot itu akan dikemudikan oleh Siti Elizad Bersama Erra Fazira dan disiarkan di Astro Prima 105 dan Prima HD 121.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Cepat-Cepat Naik Pelamin Tau, Yang Penting Anak-Anak dan Shuib Happy” netizen. Begitulah antara komen netizen menerusi foto hantaran Instagram Shuib yang tular.
Menerusi foto tersebut menampakkan pantulan imej seorang wanita yang dipercayai wanita yang pernah digosipkan dengan Shuib iaitu Watie Hanifiah pada cermin sebuah restoran mewah.
Rupa-rupanya ramai yang mengambil berat tentang jodoh Shuib dan salah seorang netizen mendoakan agar Shuib dan Watie cepat-cepat naik pelamin.
Shuib Sahkan Sedang Berkawan Dengan Watie
Tidak menafikan hal tersebut, pelawak dan penyampai radio Suria FM, Shuib mengesahkan sedang berkawan dengan Watie Hanifiah.
Seperti mana dipetik menerusi Harian Metro, pada foto berkenaan Shuib bergambar bersama dua anaknya iaitu Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin.
“Saya tidak nafikan, kami dalam fasa baru berkawan,” begitulah luahan ringkas dari Shuib.
Hantaran Shuib itu ternyata menjadi perhatian ramai sekali gus mencetuskan spekulasi mendakwa mereka sedang bercinta.
Sebelum ini, bapa kepada empat orang anak itu pernah menafikan hubungan istimewa dengan wanita itu.
Kerap Dikaitkan Dengan Beberapa Selebriti Wanita
Sejak pemergian Allahyarham Siti Sarah akibat Covid-19 pada 9 Ogos tahun lalu, Shuib kerap dikaitkan dengan beberapa selebriti wanita tanah air.
Antara nama yang sering disebut ialah Siti Nordiana, Wan Sharmila dan Zara Zya.
Selain Talita dan Matin, Shuib mempunyai dua orang lagi cahaya mata Uwais Alqarni, 11, dan Ayash Affan hasil perkahwinannya dengan Siti Sarah pada 26 Februari 2011.
Peningkatan jangkitan Covid-19 di sekolah-sekolah semakin meningkat dan agak membimbangkan. Susulan daripad itu, sempena ketibaan Syawal tidak lama lagi, terkini, Kementerian Pendidikan (KPM) memutuskan untuk menutup operasi persekolahan sekolah rendah serta sekolah menengah di seluruh negara selepas cuti Hari Raya Aidilfitri bermula 16 Mei depan.
(PdPR) Selama 10 Hari
Dalam tempoh penutupan sekolah itu, para pelajar akan mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) selama 10 hari bermula dari 16 Mei hingga 27 Mei membabitkan sekolah dalam Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) manakala 17 Mei hingga 28 Mei (Kumpulan B).
Pelajar seterusnya akan terus bercuti penggal dari 28 Mei hingga 12 Jun (Kumpulan A) dan 29 Mei hingga 13 Jun (Kumpulan B).
Bimbang Penularan Dalam Sekolah
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, keputusan KPM menutup sekolah selepas raya adalah mengambil kira trend jangkitan Covid-19 dalam masyarakat ketika ini.
“Melihat kepada kes sporadik dalam masyarakat dan kluster lain yang tidak berkaitan dengan kluster pendidikan, kita khuatir berlaku jangkitan di luar sekolah sebelum ia menjangkiti pelajar dan menyebabkan berlaku penularan dalam sekolah.
“Kebimbangan KPM sudah tentu melibatkan pelajar-pelajar di sekolah asrama penuh dan sekolah asrama harian kerana jika terjadinya penularan di asrama, kemungkinan jangkitannya adalah lebih tinggi berbanding sekolah biasa,” katanya dalam taklimat khas di pejabatnya di sini hari ini.
Sebagai Persediaan Guru
Mengulas lanjut, Radzi berkata, KPM membuat pengumuman awal bagi membolehkan guru-guru memilih kaedah paling sesuai untuk memenuhi keperluan PdPR murid-murid dalam tempoh 10 hari berkenaan.
“Cikgu mahu buat modul atau apa sahaja kaedah terpulang kepada kesesuaian serta kreativiti masing-masing supaya tiada keciciran berlaku sepanjang murid berada di rumah,” katanya.
MW:Ada baiknya keputusan KPM untuk menutup sekolah sementara selama 10 hari selepas sambutan raya Aidilfitri. Ia bagi mengekang potensi penularan jangkitan yang boleh mewujudkan ‘kluster sekolah’ pula.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )