Pengasuh taska nampak Haura terlangkup tapi biarkan”, bayi 6 bulan meninggal ditinggal 6 jam tanpa pengawasan. Besar harapan ibu ayah melihat anak membesar di depan mata. Namun adakalanya desakan kehidupan memaksa ibu bapa keluar bekerja dan memilih taska, tadika atau rumah pengasuh yang diamanahkan untuk menjaga anak-anak kecil buat sementara waktu.
Kepercayaan seorang ibu, Nurul Fateha Sandollah yang meletakkan anak ketiganya, Haura berusia enam bulan di sebuah taska di Melaka berakhir dengan kesedihan apabila bayinya ditemui meninggal selepas ditinggalkan tanpa pengawasan selama enam jam tanpa pengawasan.
Katanya, “pengasuh nampak anak dalam keadaan terlangkup selepas diberikan susu. Ketika diberi anak dalam keadaan mengiring namun Haura dbiarkan dari jam 10 pagi hinggalah pengasuh masuk semula ke bilik dan dapati tubuh Haura dalam keadaan sudah lembik,” katanya yang berkongsi kes ini di media sosialnya.
Kronologi kes kematian baby yang amat kami sayangi…
27 Oktober 2022 jam 4.29 petang menerima pnggilan dari taska mengatakan baby Haura tidak sedarkan diri. Saya segera ke taska dan pihak taska memaklumkan telah bawa baby Haura ke klinik berdekatan dan dalam beberapa saat dimaklumkan baby saya dibawa ke Hospital Melaka.
Sy terus ke ETD Hospital Melaka dan baby sedang menerima rawatan. Doktor memaklumkan baby Haura datang dengan tiada nadi dan dalam tempoh 24minit cpr diberikan nadi baby saya ada semula namun terlalu lemah..
Baby haura di intubated dan menggunakan sepenuhnya mesin bantuan pernafasan. Doktor juga mengatakan ank saya 50-50 untuk survive dan andai survive tidak akan menjadi baby Haura yag dahulu. Baby saya diletakkan di bawah PICU.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- ‘Walaupun Sedih, Kami Reda & Tak Berdendam Dengan Pemandu.’ Bayi Meninggal DiLanggar Bas
Diberi SUSU, Selepas Tiga Jam Tak Sedarkan DIRI, Bayi Meninggal Dalam Tidur
Menyayat Hati! Bayi Meninggal, Badan Dilumur Garam. Jadi Mangsa Ayah Sakit Mental
Suami berjumpa dan bertanya kepada penjaga baby apa yang berlaku di taska dan dia berkata jam 10 lebih Haura dia bedung penuh dan beri susu kemudian di mengiringkan. Kemudian dia keluar dari bilik baby.
Dia masuk semula dan nampak Haura terlungkup tetapi tidak membetulkan kedudukan Haura kerana nampk Haura macam boleh bernafas. Dia masuk semula untuk memandikan baby pada jam 4 petang dan tengok Haura sudah tidak sedarkan diri.
Ya Allah, baby Haura saya dibiarkan dari jam 10 pagi dan hanya dilihat pada jam 4 petang sahaja. Betapa struggle baby Haura saya untuk bernafas hingga baby saya pergi selamanya. Allah..Allah.
Malam 27 Oktober, pakar merawat memaklum bahawa baby saya poor progress. Saya dan suami dibenarkan untuk berada di PICU sentiasa.
28hb progress baby semakin menurun. Dalam jam 4 petang pakar memaklumkan progress baby Haura semakin tidak cantik dan memaklumkan buah pinggang baby sudah tidak well function. Organ-organ badan sudah mula tidak berfungsi. Kami sudah redha.
29 Oktober 2022 jam 8.54 pagi dalam usia 6 bulan 1 hari baby Haura kami telah menemui penciptanya.
Di sini saya dan suami dengan rendah diri mohon doa dari semua untuk kami dapatkan keadilan untuk baby kami dan juga untuk baby-baby yang lain. Saya mengharapkan pengusaha taska dan penjaga baby diberikan hukuman setimpalnya dan memberi peringatan kepada taska-taska lain.
AL FATIHAH untuk baby syurga saya.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.