Pengasuh Taska Hempuk Kepala Anak Saya, Ibu Bayar Sebulan RM1300 Kongsi Anak Didera

Share

Penjaga taska hempuk kepala anak saya, ibu bayar sebulan RM1300 kongsi anak didera. Masih tidak belajar dari kejadian lepas dan tidak mengambil iktibar ada pengasuh di penjarakan hanya kerana terlibat dalam penderaan kanak-kanak di taman asuhan.

Kali ini ia berlaku ke atas seorang ibu, Rin Azmin yang berkongsi kisah anaknya didera di taman asuhan. Kos bulanan dibayarnya mencecah RM1300 sebulan dan dirinya mengakui selalu hanya membaca kisah anak orang lain didera tetapi kini terjadi kepada anaknya sendiri.

Pengasuh Taska Hempuk Kepala Anak Saya

Baca kronologi dikongsikan oleh ibu ini.

Kejadian der* kanak-kanak di Bandar Sri Permaisuri, Cheras.

Kronologi kes:-

3/8/2023 :-

Rania mengadu dan nangis “Mama, Nia tak nak pergi  school, Nia takut”.

Saya telah memohon dari pihak taska untuk tengok cctv kerana bimbang kenapa dia takut pergi school sedangkan dia dah lama kat situ. Tapi jawapan dari staff sana.

“Maaf puan untuk cctv kami tak dapat bagi tengok”. Saya telah menghubungi HQ taska sendiri untuk dapatkan kebenaran tengok cctv.

Malangnya saya hanya diberi tengok secara rawak macam tu je. Saya juga kecewa kerana mereka tidak melakukan investigation secara menyeluruh selepas saya membuat laporan anak saya takut ke school tersebut.

30/8/2023 :-

Husband s aya telah mengambil Rania dari taska pada pukul 6 petang, dan staff dia yang bernama Athirah(pendera) telah mengatakan pada suami saya.

“Maaf tuan, saya telah terlanggar Rania waktu playtime bersama budak-budak lain. Tapi kami dapati ada kesan cubitan di pipi kiri dan kanan anak kami dan lengan. Anak saya mengadu sakit masa saya basuh muka dia.

Sy telah memohon untuk tengok cctv dari pihak taska pada malam Rabu tapi tiada respons. Saya cuba call taska tapi tak dapat.

Ibu Bayar Sebulan RM1300 Kongsi Anak Didera

1/9/2023 :-

Saya telah mengambil cuti dan pagi tu cuba hubungi lagi HQ taska, tapi tak dapat. Saya pergi dengan tujuan untuk  tengok bukti anak saya jatuh. Mereka tak benarkan atas alasan HQ staff ramai yang cuti dan mereka ada meeting lain untuk attend. Saya dimaklumkan hanya boleh tengok cctv pada isnin pagi.

4/9/2023 :-

Suami saya telah pergi tengok cctv dan dapati Athirah (pendera) telah mencubit dan menghempuk kepala Rania ke lantai.  Saya  terkilan sebab staff lain hanya tengok je macam bend aini dah biasa berlaku.

Sekarang Rania warded untuk  further checkup for both external & internal injury. Mohon doakan anak saya. Katanya dia terlanggar anak kami dan Rania terjatuh sedangkan dia yang hempuk-hempuk kepala anak aku!”

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :Pengasuh Taska Pukul Budak 4 Tahun Dipenjara 12 Bulan & Dikenakan Denda RM10,000

Ibu & Teman “Tomboy” Menangis Ditangkap Dera Anak, Kepekaan Jiran Bongkar Dipuji Che’ Puan Khaleeda

Taska Dari Neraka, Tular Video Pengasuh Tampar & Tekup Muka Bayi Dengan Bantal Kerana Menangis

Elak Kes Pukul Di Taska Dan Pengasuh, Ini Ciri-ciri Penjaga Yang Baik Untuk Anak

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Abang Belum Habis Bermanja Dengan Mak
Alahai…comel sangat abang ni. Walaupun tarik ke tepi adik dia, sempat lagi dia selimutkan adiknya. Mahu tak terkejut maknya, tiba-tiba abang pula dok tidur sebelah.

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros