Pengasuh didakwa bunuh anak jagaan 3 tahun, menangis teresak ketika dibawa ke mahkamah. Esak tangisan seorang suri rumah yang menghadapi tuduhan membunuh anak asuhan memecah suasana mahkamah hari ini.
Ketika dibawa dengan tangan bergari, Nur Nabilah Sekh Ruslan berusia 32 tahun dilihat teresak-esak menangis ketika dibawa ke mahkamah.
Dirinya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan, Siti Umairah Tiara Muhammad Naim berusia tiga tahun di sebuah rumah di Bukit Rangin pada 17 Februari lalu.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :–13 Kanak-Kanak GISB Disahkan Pernah Diliw*t, Polis Dedah 172 Orang Akui Dicederakan
Memetik laporan TV3, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Nur Nabilah Sekh Ruslan, 32, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ellyna Othman, namun hanya mengangguk faham.
Nur Nabilah didakwa menyebabkan kematian mangsa dalam kejadian antara jam 6 petang hingga 8 malam di kawasan perumahan Bukit Rangin.
Jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, tertuduh boleh dikenakan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta tidak kurang daripada 12 sebatan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aisyah Abdul Wahab, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Pada 27 Feb lepas, media melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan pada 20 Feb lepas dipercayai akibat didera.
Pemeriksaan mendapati terdapat kesan lebam pada kedua-dua belah tangan dan kaki mangsa.
Enam individu berusia lingkungan 17 hingga 44 tahun ditahan bagi membantu siasatan.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
“Penderitaan yang kami tanggung hanya Allah maha mengetahuiNya. Sangat perit. Paling saya kesalkan dan jadi tertanya-tanya siapa yang menekap seterika di kemaluan anak saya. Pertanyaan itu sentiasa bermain-main di fikiran.
“Suami sendiri sanggup tak jalani pembedahan jantung kerana mahu menunggu keputusan dari Mahkamah mengenai kes ini,”luah Hawa ketika dihubungi Mingguan Wanita.