Pengantin terima berlapis-lapis kalungan duit, netizen kata “macam tu saja tabur dividen ASB. Bagi yang menyimpan di Amanah Saham Bumiputera (ASB) sejak semalam pasti sudah menerima berita gembira kerana duit dividen sudah dimasukkan ke akaun masing-masing.
Namun apa yang menariknya, dividen ASB yang diterima sejak semalam menjadi bahan usikan segelintir netizen yang mengaitkan sepasang pengantin (dipercayai dari seberang) yang mana dalam adat mereka, pengantin yang bersanding akan ditaburkan duit selain menerima berlapis-lapis kalungan duit.
Dapat dilihat baik mempelai lelaki dan wanita, kedua-duanya menerima kalungan duit bernilai RM50 termasuk RM5 dan setiap tetamu yang datang akan mengalungkan kedua mempelai dengan kalungan duit.
Tidak pasti, kejadian ini berlaku di negeri mana tetapi berdasarkan pembacaan memberi kalungan duit kepada pengantin banyak diamalkan oleh masyarakat Madura. Ia seakan satu tradisi memberi hadiah kepada pengantin. Boleh di seumpamakan seperti kita memberi sampul kepada keluarga pengantin namun tradisi ini agak unik kerana ia dikalungkan ke leher pengantin sendiri.
Tak hairanlah netizen mengusik “habis begitu saja duit ASB…termasuk ada yang ingin bersanding sekali lagi.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Dr Azura Akui Lebih ‘Enjoy’ Guna Duit Sendiri. Wanita Mampu Berkerja Walau Sibuk Urus Keluarga!
Enggan Bagi Duit Buku Sekolah Anak, Suami Melecur Dibakar Isteri Ketika Tidur!
Khairul Aming Pilih Bebas Hutang & Simpan Duit “Pergi Kedai Tengok Mahal, Saya Letak Balik”
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.