Pejam celik pejam celik sekejap je kita bakal memasuki bulan Zulhijjah. Kurang daripada 30 hari umat Islam akan akan berhimpun, berkumpul didalam persidangan terbesar, hari penuh keberkatan di Padang Arafah. Memuji kebesaranNya dan mengharapkan pengampunan daripadaNya.
Berpeluang menjadi ‘Duyufur Rahman’ atau tetamu Allah ditanah suci pastinya menjadi pengalaman terindah bagi sesiapa yang pernah melaluinya. Kenikmatan melakukan ibadah di tanah haram dan ketenangan jiwa disanubari sungguh tak tergambar dengan luahan kata-kata.
Apa yang saya ingin kongsikan disini adalah pengalaman mak, Hajjah Ainon Abu Bakar,59 dan abah, Haji Abdul Wahab Bin Abdullah, 68 sewaktu mengerjakan haji kali pertama ketika usia mereka ‘boleh dikatakan’ ketika itu masih muda sekitar pada tahun 1993, kira-kira 24 tahun dahulu.
Alhamdulillah, rezeki yang Allah berikan mak dan abah telah menunaikan ibadat haji dua kali dan ibadah umrah sebanyak empat kali.
Banyakkan Bersedekah
Mak dan abah saya, bukan orang berada. Keluarga kami juga bukanlah orang senang. Ketika itu, abah bekerja sebagai pemandu kren di Tenaga Nasional Berhad, manakala mak pula hanya seorang suri rumah, menguruskan anak-anak seramai 7 orang. Disamping, menjual kain pasang, karpet, pinggan mangkuk dan pelbagai jenis barangan secara kecil-kecilan dengan jiran-jiran dan saudara mara.
Saya pernah bertanya kepada mak abah, apakah tip yang mereka amalkan sehingga ‘berkemampuan’ dan dijemput menjadi tetamuNya pada usia muda.
Ringkas mak menjawab;
“Banyakkan bersedekah dan beri makan pada orang. Yang paling penting, pasang niat untuk mengerjakan haji/ umrah. Rezeki Insya Allah, Allah akan cukupkan dalam pelbagai cara, cabang dan bentuk. Selain berusaha ke arah itu,”
Saya bukanlah ingin mendabik dada. Namun, sedari saya kecil dahulu malah sehingga kini, mak abah saya memang gemar bersedekah dan suka memberi orang makan. Meskipun pendapatan tak banyak mana. Baik tetamu yang datang ke rumah pasti ada sahaja yang dijamunya dengan makanan mahupun bersedekah makanan serta bahan-bahan kering seperti gula, beras dan sebagainya di masjid-masjid dan surau.Barulah saya faham keberkesanan konsep bersedekah, lebih dimurahkan rezeki. Lebih banyak yang kita bagi, lebih banyak yang DIA beri.
Ads
Kata-kata Suatu Doa
Selain itu, mak cakap, kata-kata orang juga satu doa yang mustajab. Sewaktu menjual kain pasang, karpet, pinggan mangkuk dan pelbagai jenis barangan secara kecil-kecilan dengan jiran-jiran dan saudara mara, Mereka selalu mengusik dengan mengatakan “wah, jual macam-macam,cepat kaya dan cepat pergi haji lah ni”.
Ternyata, kata-kata adalah satu doa yang mustajab. Tak perlu ambil hati dan rasa ia suatu sindiran, sebaliknya terus positif dengan kata-kata tersebut dan anggap ia sebagai satu doa. Ternyata ia dimakbulkan.
Asingkan Duit Gaji
Menurut mak lagi, meskipun tidak bekerja tetap dan seorang suri rumahtangga, dari mula berkahwin, abah akan asingkan sedikit duit gaji setiap bulan kedalam akaun tabung haji mak juga. Abah berniat agar mereka dimurahkan rezeki dan dapat mengerjakan ibadah haji bersama-sama. Alhamdulillah, niat yang baik dipermudahkan olehNya.
Perbezaan Kesihatan
Ads
Ketika saya minta mengimbas kembali kenangan dan perbezaan sewaktu mengerjakan haji kali pertama ketika mak berusia 35 tahun dan abah 44 tahun. Mak berkata banyak bezanya ketika menjadi tetamuNya buat kali pertama dan tahun-tahun berikutnya.
Ini kerana sewaktu menunaikan kewajipan tersebut pada kali pertama di usia muda, badan masih sihat kuat dan bertenaga sementelah untuk melaksanakan segala rukun-rukun haji pula memerlukan kemampuan dan kekuatan tenaga.
Sangat ketara perbezaan dari segi kesihatan dan tenaga ketika terpilih sekali lagi menunaikan haji buat kali kedua pada tahun 2004. Meskipun perbezaan hanya hampir 10 tahun , namun ingatan semakin lemah, letih dan tenaga tidak sekuat dahulu ketika menunaikannnya pada kali pertama.
Mak cerita lagi, sewaktu tunaikan haji kali pertama, mak antara orang termuda didalam kumpulan haji. Ketika itu, masih sihat, ingatan masih kuat, mak banyak membantu jemaah-jemaah wanita warga emas dengan membawa mereka pergi ke masjid, tunjuk arah pulang ke hotel, membantu bersama-sama melakukan tawaf sunat dan sebagainya.
Persepsi Orang
Selain itu, menurut mak pada zaman 1990-an pendedahan dan kesedaran orang muda untuk menunaikan haji sangat kurang. Waktu itu tak ramai yang dapat pergi haji waktu usia muda berbanding sekarang.
Ads
Sementelah persepsi orang pada waktu itu, selain sebab tiada kemampuan, ibadah Haji hanyalah untuk orang-orang tua. Ramai yang masih tak bersedia nak pergi haji masa usia masih muda.
Meninggalkan anak seramai tujuh orang, yang paling sulung berusia 14 tahun dan paling kecil berumur setahun ketika itu, ternyata bukan lah keputusan yang mudah. Malah, sewaktu dipanggil terpilih mengerjakan ibadah haji mak sedang berbadan dua dengan usia kandungan satu bulan.
Namun, mak abah percaya dan bulatkan hati bahawa, terpilih dapat mengerjakan haji pada usia muda dan menjadi tetamuNya pasti ada hikmahnya yang tersendiri. Selain, memenuhi kewajipan sebagai hambaNya ia mampu memberi kekuatan rohani.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan menjadi inspirasi buat semua. Jangan sesekali rasa takut mahupun rasa tidak bersedia untuk menunaikan haji pada usia muda. Rebutlah peluang sementara badan masih sihat dan bertenaga, ingatan masih kuat. Yang paling penting pasang niat dan berdoa untuk menjadi tetamuNya. Rezeki akan datang dalam pelbagai cara, cabang dan bentuk selain turut berusaha kearahNya.
Doakan saya juga iya!
Sekian,Salam Sayang
Suhaidah Abd Wahab
(Mengharap Terpilih Dijemput Menjadi TetamuNya Lagi)
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Cara Simpan Daun Pisang, Kekal Segar, Hijau, Tak Perlu Letak Dalam Peti Ais!
Dalam masakan mahupun kuih muih, pasti akan ada yang menggunakan daun pisang. Pastinya, penggunaannya ini menaikkan aroma masakan itu sendiri.
Namun, untuk mendapatkan stok daun pisang terutamanya yang berniaga bukanlah mudah terutamanya yang tinggal di bandar. Lainlah kalau di kampung mudah untuk dapatkannya.
Nak tak nak, kenalah ada stok daun pisang supaya ia tak putus dan memudahkan kerja para peniaga. Masalah, berapa lama sangat ia mampu bertahan. Ada yang cepat kering dan tak boleh digunakan lagi.
Sebenarnya, sebelum ini ada perkongsian tentang daun pisang untuk bagi tahan lama dan kekal segar dengan cara masukkan ke dalam peti ais.
Bayangkan kalau banyak daun pisang nak dimasukkan dalam peti ais, mahunya makanan lain tak boleh nak letak. Kali iniada perkongsian daripada Darma Sukma Sukma untuk pastikan ia kekal segar dan hijau dengan hanya simpan di luar saja.
Saya nak kongsikan macam mana cara nak simpan daun pisang agar kekal segar hijau tanpa letak dalam peti ais.
Caranya:
1. Potong daun pisang dengan sedikit pelepahnya sekali.
2. Kemudian, susun atau gulung. Lipat dan ikat dengan surat khabar.
3. Isikan sedikit air dalam bekas letak daun pisang tadi. Lebih kurang dalam tinggi 2 inci airnya. Pastikan terendam pelepahnya.
4. Kemudian, bungkus kemas dengna plastik.
Info:
Bila buat begini, daun pisang yang disimpan ini masih cantik dan segar lebih dalam 10 hari.
Ingat! Daun pisang akan cepat kuning kalau dipotong tanpa meninggalkan sedikit pelepahnya.
Dalam pada itu, pendapat daripada pembaca, Zalina Che Mat juga menyarankan
supaya potong sebesar mana yang kita nak. Tapi jangan potong bahagian atas dan bawah. Kesannya, daun masih elok dan segar.
Mingguan Wanita : Kalau nak letak semua dalam petiais jenuhlah. Kecualilah ada petin khas. Sekarang jangan risau, boleh guna cara penyimpanan seperti ini pula.
Nak basuh telur sebelum simpan atau terus masuk peti saja ya? Agaknya yang mana lebih tahan lama dan apa kesan kepada telur yang dibeli banyak-banyak?
Atau mak-mak suka guna cara macam Puan ‘Mc’ FaRah ReNee ini, cuci dulu telur dan baru simpan dalam peti sejuk. OK, jom kita rujuk penjelasan dari seorang pakar tentang basuh telur.
Info Tambahan
Perlu basuh dahulu atau tidak telur ayam sebelum disimpan? Atau perlu basuh hanya ketika mahu menggunakannya sahaja? Ini adalah antara beberapa persoalan yang sering berada dalam fikiran kita. Mana tidaknya, ada orang yang cakap kalau mahu telur tidak cepat rosak, ada dinasihatkan tidak membasuh telur tersebut. Jadi, untuk merungkai kepada persoalan ini jom kita baca perkongsian dari pakar.
Jawapan Pakar
“Doktor, betul ke kalau nak telur tak cepat rosak, jangan cuci telur tu?”
Macam-macam pendapat, ada yang kata basuh dulu sebelum simpan sebab nak elak pencemaran dari tahi ayam. Ada pula yang kata jangan basuh dulu sebab nanti telur cepat rosak. Mana yang betul? Jom lihat penjelasan pada kedua-dua pendapat ini.
1. Jangan Basuh Sebelum Simpan
Kalau kalian nak tahu, semasa proses bertelur ayam keluarkan sejenis cecair dikenali sebagai egg bloom atau cuticle. Ianya umpama protective layer yang melitupi liang-liang di seluruh permukaan telur untuk elak kemasukan kuman ke dalam telur selain bantu kekal kelembapan dengan cara mencegah air dari meruap keluar dari kulit telur.
Jika basuh sebelum disimpan protective layer ni akan menipis / hilang. Inilah asas kepada pendapat yang tak galakkan telur dibasuh sebelum disimpan. Tapi… kalau ada najis pada kulit telur, takkan nak simpan terus? Kotor dan berkuman, kan?
2.Basuh Sebelum Simpan
Najis dan kulit telur boleh tercemar dengan kuman seperti Salmonella, dan ia boleh berpindah kepada makanan lain yang disimpan dalam peti sejuk. Walaupun peti sejuk berada suhu yang rendah (4°C ke bawah) yakni bebas dari zon suhu bahaya (5°C-63°C), kita tetap perlu beringat!
Pada suhu itu, kuman tidak mati. Mereka hanya dorman(kurang aktif). Maka, kerosakan pada telur boleh berlaku walaupun pada kadar yang rendah. Jadi perlu basuh buang najis pada kulit telur agar bersih dan tiada kontaminasi silang. Kalau simpan diluar pula, telur lagi akan cepat rosak.
3. Amalan Mana Yang Betul
Tak usah gaduh-gaduh. Dua-dua betul dan boleh diamalkan. Kita ambil sikap diplomatik dan dasar terbuka. Kahkahkah macam politik pulak! Kalau ada tahi yang jelas kelihatan, basuhlah telur-telur yang tercemar itu terlebih dahulu. Kita pun tak mahu peti sejuk kita dicemari kuman.
Tak perlulah sental kuat-kuat kulit telur tu sampai hilang semua protective layer-nya. Sekadar hilangkan najis. Kemudian simpan dalam bekas bertutup. Bila nak memasak nanti, beri keutamaan pada telur yang telah dibasuh dahulu kerana ia lebih berpotensi dimasuki kuman dan rosak.
Telur yang tidak dibasuh sebelum simpan, hendaklah dibasuh sebelum digunakan. Nak sental sampai berkilat pun tak apa, asalkan tak guna wax kereta suami kalian. Hehe. Oh ya! Pastikan masak telur dengan sempurna untuk elakkan keracunan.
Semoga bermanfaat!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bagi yang pernah alami kemalangan atau terlihat kemalangan di depan mata, sedikit sebanyak akan rasa trauma. Terbayang-bayang dan mula fikirkan, mungkin kalau tak ada orang selamatkan kita, belum tentu kita ada lagi di dunia ini. Minta dijauhkan. Perkara yang kita sendiri tidak jangka.
Kita tahu, jodoh, ajal, maut dan rezeki semua di tangan Allah. Tapi, kalau belum sampai masanya dan untuk kita diberi ‘peringatan’, kita akan lebih berhati-hati lagi terutamanya bila berlaku kemalangan.
Boleh dikatakan, setiap hari pasti ada kemalangan yang berlaku di jalan raya. Masalah yang utama tentulah jalan raya akan menjadi ‘jem’ dengan ramai yang berhneti di tepi jalan dan tak kurang juga yang perlahan kereta untuk melihat apa yang berlaku.
Tak kisah apun, kita sebagai orang yang melihat atau pernah terlibat, apakah tindakan kita bila mengalami situasi begini. Apa yang patut kita buat. Inilah yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin apabila kita terlihat kemalangan dan apa yang perlu kita elakkan.
Apabila kita terlihat kemalangan berlaku, lakukan 3S ini.
1. SELAMAT
Pastikan tiada di sekeliling anda apa-apa yang boleh anda, mangsa atau sesiapa berhampiran. Jika ada bahaya, alihkan penyebabnya. Jika bahaya tidak boleh dialihkan, maka elakkan berada di kawasan berkenaan.
2. SEDAR
Periksa keadaan pesakit. Lihat sama ada mangsa sedar atau tidak. Sapa, tepuk bahu atau goyang tubuh sedikit mangsa. Jika pesakit memberi respon, tanya sama ada dia OK atau tidak. Jika tidak sedar, dapatkan bantuan.
3. Hubungi 999
Ini untuk dapatkan bantuan. Anda akan disambungkan ke pusat Khidmat Respon Kecemasan Malaysia. Beritahu operator tentang butir diri anda, kecemasan, lokasi dan keadaan mangsa. Ikut arahan operator di talian.
Jika pesakit tak sedarkan diri dan anda tahu serta yakin untuk lakukan bantuan kecemasan(CPR), maka berilah bantuan sewajarnya. Jika tidak, serahkan pada yang mampu.
3S YANG ANDA PERLU DIELAKKAN
1. SANGSI
Elakkan sangsi dan buruk sangka pada mangsa. Ia akan mempengaruhi pertimbangan serta tindakan kita sebagai penyelamat/pembantu/saksi. Tindakan pantas kita pula boleh mengubah nasib mangsa atau nasib kita.
2. SEBAR
Elakkan merakam keadaan mangsa kerana ia melibatkan privasi dan kehormatan mereka. Jauhi juga perbuatan menyebarkan rakaman yang paparkan keadaan mangsa melalui media sosial tidak kira tas niat apa sekali pun.
3. SONGLAP
Elakkan cubaan mengambil apa-apa dari kawasan kemalangan. Kawasan kemalangan adalah kawasan siasatan. Mengambil kesempatan ke atas kesusahan orang lain boleh menyusahkan mangsa dan diri sendiri.
Jika tak elakkan 3S ini, maka anda berisiko mendapat S keempat, iaitu SESAL.
Mingguan Wanita : Bukan setakat ‘jem’ dan jalan sesak. Bimbangnya kalau leka kita pula yang terlibat. Berhati-hatilah.