Berita

Pengalaman Sangat Berharga, Mira Filzah Kongsi Perjalanan Umrah Bersama Suami & Anak Kecil

Share

Pengalaman sangat berharga. Pelakon cantik Mira Filzah seronok apabila berkongsi kisahnya mengerjakan ibadah umrah bersama suami dan anak sulungnya Wan Khair Amir bin Wan Emir Astar, 2 tahun.

Akui sebagai seorang ibu agak mencabar mengerjakan umrah bersama anak kecil namun sangat berharga.

Pengalaman Sangat Berharga

“Pertama kali buat Umrah sebagai seorang isteri dan ibu. Challenging but very beautiful Umrah journey for me.

“We had only one night here. Emir volunteered untuk jaga Amir dan Mira dapat keluar ke masjid sendiri untuk tahajjud. Wallahi I had the best time ever in my life.

“2 malam di Kota Madinah, Alhamdulillah dapat manfaatkan masa sebaiknya. Mira antara yang terawal masuk Rawdah selepas solat Subuh, dapat solat dan berdoa saf depan sekali for solid 30 minutes. MashaAllah. Syukur Alhamdulillah.

“Tak pernah terfikir boleh duduk selama itu dalam Rawdah. Ada Ustazah share tips katanya solat Subuh dkt luar, lepas habis solat je terus pergi beratur. Ambil jam 5.30 pagi sebab ini batch pertama yang masuk ke dalam Rawdah selepas Subuh.

“Previous Umrah sebelum Covid, nak masuk Rawdah ni sangat lah sesak. Beberapa kali pengalaman Mira, setiap kali masuk mesti dapat lebih kurang 5 minit (+-) untuk solat sunat lepas tu dah kena tolak tolak dah. Suka sangat sekarang dah lebih teratur. Rasa sangat selesa dan tenang,” itulah luahan Mira Filzah ketika berkongsi pengalaman ketika lakukan umrah seperti mana dipetik di akaun Instagramnya.

Untuk info,  Mira dan keluarga turut melawati Jeddah Bersejarah, sebuah tapak Warisan Dunia UNESCO yang terkenal dengan seni bina kuno dan pesona yang kekal. Mereka  berpeluang menikmati hidangan tempatan di AlSaedei Bakery, sebuah institusi terkenal yang berusia lebih dari 200 tahun. Dari kota suci Makkah dan Madinah hingga khazanah Jeddah, perjalanan ini memberikan gabungan yang harmoni antara refleksi spiritual dan penemuan budaya.

Ziarah Buat Cinta Teragung

Menerusi coretan yang diberi judul ziarah buat cinta teragung, Mira Filzah berkongsi kisahnya sewaktu mengerjakan umrah bersama suami dan anak kesayangan.

“Sesuatu perkara hendaklah dimulakan dengan niat kemudian dengan perbuatan. Maka itulah yang cuba kami laksanakan untuk anakanda putera tersayang kami; demi memupuk rasa cinta dan sayangnya kepada manusia/ciptaan terbaik sepanjang zaman.

“Perjalanan kami bermula dari tanah air ke Jeddah. Usai urusan kerja di sana, kami segera ke Makkatul Mukarramah untuk laksanakan umrah di Masjidil Haram dan alhamdulillah akhirnya tiba sudah ke Madinatul Munwarrah – tempat bersemayamnya Baginda Sayyidina Nabi Muhammad, Rasulullah ﷺ.

“Tibanya kami ke Babus Salam (Pintu/Gate Salam), Amir semakin selesa dengan persekitaran Masjid Nabawi dan sentiasa mengajak dan tunjuk jarinya hendak ke dalam kawasan Masjid. Tapak demi tapak kami menghampiri maqam Baginda ﷺ.

“Sejurus kelihatan pembukaan di kawasan Maqam Rasulullah ﷺ, saya nyatakan salam kepada Baginda untuk Amir mengikut. Syukur Alhamdulillah, cukup mudah untuk Amir memberikan salam dengan jelas dan baik sekali. Seolah-olah ucapan salam kepada Rasulullah itu suatu lumrah buatnya, biarpun pertama kali mendengarnya dan menyebutnya.

“Syukur Alhamdulillah, Papa dan Mama harap kembara kita tempoh hari suatu bimbingan/langkah awal ke arah pembentukan Amir untuk menjadi insan yang lebih baik setiap masa.

“Kita luangkan lebih banyak masa dan aktiviti di masjid dan sentiasa dikelilingi dengan persekitaran yang dekat dengan kebaikan.

“Moga berkat dan rahmat bumi Madinah dan Mekah menjadi sebahagian besar kehidupan Putera kami; dan moga anakanda serta sahabat-sahabat Amir pada masa akan datang juga lebih dekat dengan Islam, dan sentiasa sama-sama menjadikan sunnah Rasulullah ﷺ sebagai cahaya kebaikan, menyinari jalan hadapan. Aamin amin YRA,” kongsi Mira.

Seronoknya mendengar perkongsian Mira. Semoga Mira dan suami mendapat umrah yang mabrur.

Baca Disini : Mira Filzah Kongsi Tentang Ibadah,“Saya Pun Kadang-kadang Terlajak, Terlambat, Tertinggal, Terpaksa Qada’ (ganti)”

Sumber :Instagram Mira Filzah  

Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.

Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!

Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.

 

 

 

 

Published by
Norhayati Suboh