“Pengalaman Miliki 8 Orang Anak, Membuatkan Kami Lebih Bersedia Menyambut Kelahiran Ke-9 Nanti” Harry Khalifah

Share

“Pengalaman miliki 8 orang anak, membuatkan kami lebih bersedia menyambut kelahiran ke-9 nanti” begitulah yang diungkap oleh penyanyi dan komposer Harry Khalifah.

Setiap pasangan mempunyai sebab tersendiri sama ada memilih untuk memiliki ramai anak atau sebaliknya.

Walaupun sering dianggap susah, percaya atau tidak setiap anak mempunyai rezeki masing-masing yang sudah ditetapkan.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

“Pengalaman Miliki 8 Orang Anak”

Sangat bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT, Harry seperti mana yang dilaporkan mStar Online akui dia dan isteri begitu gembira apabila mengetahui akan hadir anak kesembilan.

Pasangan ini baru saja menyambut kelahiran cahaya mata kelapan pada Januari lalu.

Malah Harry juga telah menjangkakan isterinya yang bernama Noormala akan kembali hamil dalam masa terdekat.

“Ketika mencuci uri anak kelapan sebelum ini, ibu saya ada berkata isteri akan hamil lagi dan anak seterusnya dekat.

“Orang tua tahu biasanya tahu bila akan dapat anak lagi apabila mencuci uri bayi. Ini adalah kuasa Tuhan dan saya tidak menolak dikurniakan rezeki anak.

“Semestinya saya akan gembira dan bersyukur mendapat tahu tentang kehamilan isteri kali ini.

“Pengalaman memiliki lapan orang anak sekarang ini membuatkan kami lebih bersedia menyambut kelahiran kesembilan nanti,” ungkapnya.

Kerja Keras, Tampung Kehidupan Keluarga

Harry yang bakal tampil dengan sebuah lagu baharu berjudul Lagu Untuk Amy hasil ciptaannya sendiri akui sebagai seorang bapa dia punya tanggungjawab yang sangat besar.

“Saya tidak pernah anggap memiliki anak ramai sebagai satu beban.

“Setiap anak yang dilahirkan itu adalah rezeki dan saya harus menjaga amanah ini dengan sebaik mungkin.

“Jadi sekarang ini memang perlu lebih kerja keras sebab anak semakin ramai.

“Nak berehat pun tiada masa disebabkan jadual kerja yang padat. Semoga anak-anak ini akan membesar menjadi soleh dan solehah.

“Buat mereka yang belum dikurniakan cahaya mata, jangan pernah berputus asa. Teruskan berdoa semoga dipermudahkan urusan untuk memilik anak suatu hari nanti,” sambungnya.

Baca Disini : Kongsi Ilmu Anak ‘Speech Delay’ Tasha Kurangkan Gajet, “Akhirnya Umur 3 Tahun Anak Sebut Ayat Lengkap” 

Ayu Raudhah ibu anak ramai beri inspirasi

Mingguan Wanita : Wah meriah keluarga Harry Khalifah. Tahniah ya Harry dan isteri! 

Sumber : mStar Online 

Sumber Foto : Instagram Harry Khalifah

ROAD TO SILVER BUTTON YOUTUBE MINGGUAN WANITA
Tak kenal maka tak cinta. Nak kenal Mingguan Wanita terus setia bersama kami di YouTube Mingguan Wanita. Hampir 700 video menarik untuk anda tonton. Segalanya tentang dunia wanita dan keluarga. Klik https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
dan Subscribe kami di YOUTUBE MINGGUAN WANITA.
Published by
Norhayati Suboh