dr hamid arshat

Mempunyai kepakaran didalam bidang perbidanan dan sakit puan, memberikan peluang dan pengalaman manis buat Dato’ Dr. Hamid Arshat, 73 untuk menyambut kelahiran cucu-cucu beliau sendiri.

Dr. Hamid Arshat,merupakan antara Pakar Sakit Puan Melayu yang terawal dalam arena perubatan Malaysia.Beliau merupakan sumber rujukan ramai berkaitan masalah kesuburan dan sakit puan.Perkongsian hidup selama 47 tahun bersama isteri tersayang,Toh Puan Maimon pasangan ini dikurniakan dengan 5 orang anak dan 12 orang cucu. Lebih istimewa, peluang dapat mengazankan dan menyambut sendiri kelahiran 8 daripada 12 orang cucu-cucunya, daripada keturunan sendiri memberi pegalaman cukup bermakna buat beliau.

Pengalaman Manis Dr Hamid Arshat, Nikmat Azankan & Sambut Kelahiran 8 Daripada 12 Orang Cucu Sendiri

Perkara ini dikongsikan oleh Dr Hamid Arshat dalam facebook miliknya baru-baru ini.

NIKMAT SAMBUT KELAHIRAN CUCU SENDIRI

Alhamdulillah Allah telah kurniakan kami lima orang anak dan 12 orang cucu. Semua kelima-lima anak telah berumah tangga dan masing-masing ada anak. Tiga orang anak dan 7 cucu duduk di Malaysia berdekatan rumah kami, dan mereka sering mengunjungi kami bila kelapangan.Seorang anak dan 3 orang cucu tinggal di Amerika dan seorang anak dan 2 cucu duduk di Perth, Australia.

Pengalaman Manis Dr Hamid Arshat, Nikmat Azankan & Sambut Kelahiran 8 Daripada 12 Orang Cucu Sendiri

Ads

Dua orang anak saya dilahirkan ketika saya masih menjalani latihan jadi pakar bidan. Tiga orang dilahirkan setelah saya jadi pakar bidan. Walau demikian 4 orang anak saya kelahiran mereka disambut oleh pakar-pakar bidan rakan sekerja. Hanya anak bongsu saya, kelahirannya saya sendiri sambut.

Pengalaman Manis Dr Hamid Arshat, Nikmat Azankan & Sambut Kelahiran 8 Daripada 12 Orang Cucu Sendiri

7 Secara Normal & 1 Pembedahan Ceasarean

Dari dua belas orang cucu, lapan cucu saya sendiri sambut kelahiran mereka. Seorang saya sambut secara bedah ceasarean dan yang lain secara normal. Hanya seorang cucu dari luar negara yang lahir di Malaysia.

Ads

Pada kebiasaan doktor-doktor perubatan tidak digalakkan merawat ahli-ahli keluarga terdekat kerana ditakuti bila timbul sesuatu kerumitan, ia akan mengganggu dan menjejaskan kecekapannya.

Saya sentiasa berdoa agar Allah permudahkan dan selamatkan segala urusan saya khususnya dalam prosedur-prosedur pembedahan. Manusia memang lemah.

Nikmat Sambut Kelahiran & Azan Keturunan Sendiri

Dapat menyambut kelahiran bayi dan mengazankan merupakan satu nikmat dari Allah. Lagi-lagi jika bayi itu ada kaitan baka dan keturunan sendiri.Betapa gembira seorang datuk dapat menyambut dan menatang bayi dengan tangisan dan sedutan nafas pertama.

Ads

Semoga seruan azan saya masuk kedalam jiwanya dan terus kekal hingga keakhir hayatnya. Semoga Allah sentiasa melindungi dan memandunya ke jalan yang lurus dan benar serta diredhai Allah. Seterusnya memberkati dan merahmati hidupnya kearah kejayaan dunia dan akhirat.

Doa yang sama saya panjangkan kepada semua anak-anak yang saya sambut kelahiran mereka khususnya dan semua anak-anak islam amnya.

Anak lahir fitrah. Ibubapa yang membentuk akidah, perwatakkan, intelek, akhlak, sikap dan tabiat. Didik dengan ilmu yang menfaat.

Ramai diantara datuk-datuk dan nenek-nenek yang sudah bersara dari kerja dan sekarang bertugas menjaga cucu-cucu, ketika ibubapa mereka pergi kerja. Ambil peluang ini untuk mendidik cucu-cucu agar mereka jadi insan yang kamil serta berjaya apabila mereka besar nanti.

Pengalaman Manis Dr Hamid Arshat, Nikmat Azankan & Sambut Kelahiran 8 Daripada 12 Orang Cucu Sendiri
Menyambut kelahiran cucu ke12. Mohammad bin Arief pada 23.4.16

Sumber: Dr Hamid Arshat

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI