Ibu muda ini, Nurul Husna Saidin, 27 membahasakan dirinya ‘Kak Memom’. Dia berkahwin muda pada usia 20 tahun sudah bergelar isteri. Mencecah usia 21 tahun, sudah pun punya seorang anak lelaki.
Dalam status facebooknya, Nurul berkongsi pengalaman mencabar membesarkan dua orang anaknya yang ‘lasak’. Sudah 2 tahun berlalu, anak-anaknya, Ahmad Khalif dan Ahmad Khalil masing-masing berusia 6 dan 4 tahun.
Pengalaman indah ini sesetengah mak-mak turut alaminya. Sebab bila ada anak lelaki, title mak ‘garang’ itu melekap juga dekat diri. Apa pun, tujuannya tetap mahu menjadikan anak-anak ‘orang’, Berguna untuk nusa bangsa.
Tak Mudah Jadi Mak 2 Orang Anak Lelaki
Penulisan Kak Memon sekitar dua tahun lepas waktu anak-anak dalam fasa lasak. Menjadi surirumah dan ibu muda sepenuh masa dengan dua orang anak lelaki berumur 2 dan 4 tahun waktu tu amat mencabar mental dan emosi Kak Memon. Kak Memon post semula dengan sedikit penambah baikkan.
Being a mother of 2 boys is not easy. Even its just a TWO little boys.
Jarang nak dapat makan kt kedai sebab end up akan balik dengan perut yg tak kenyang. Kau bayangkan kau baru nak suap nasi tapi air milo dah tumpah. Baru siap lap air yg tumpah, telur dadar dah berubah tempat dari pinggan ke atas meja. Pilihan yang kau ada masa tu adalah beli bungkus dan makan dirumah sambil nyanyi lagu Boboiboy beramai-ramai.
Kalau jalan-jalan dekat mall, kau terpaksa cari jalan yang tak kan lalu depan kedai mainan atau tempat mainan yg isi token tu. Tengah berbahagia tolak troli tiba-tiba kena brek mengejut atau belok kiri dan kanan tanpa bagi signal. Tak pasal-pasal kena maki dengan geng troli kt belakang.
Ads
Hari-hari jadi mak tarzan jerit dekat dua orang anak lelaki bertuah dalam rumah, ya lah mak mana tak jerit kalau tiba-tiba dalam susu tepung ada asam jawa, kalau tiba-tiba tengok sabun muka ketul berharga RM40 yang baru beli tapi anak buat cuci bilik air. Menangis mak kira duit syiling sekeping-sekeping nak beli yang baru.
Bila anak diam tiba-tiba waktu tu, mak kena get ready sebab ada sesuatu yang dorang tengah buat. Contohnya bagi adik mandi dengan air milo, putihkan komputer warna hitam si bapak dan tolong mop lantai rumah guna air teh o ais. Bijakkan anak lelaki? Mader is redha…
Rasa Jadi Budak Semula Waktu Itu
Tiba-tiba mader jadi tau semua pergerakan boboiboy dan nama-nama dalam watak boboiboy dan ultraman. Itu belum lagi masuk bahagian lagu-lagu Didi n friends, cara menari Pocoyo tepuk-tepuk punggung. Rasa macam jadi budak semula waktu tu. Sampaikan lagu-lagu tu menjadi lagu wajib mak nyanyi waktu tengah mandi atau tiba-tiba rasa nak nyanyi. Hmm…
Ads
Bukan nak merungut atau mengeluh, tapi sekadar berkongsi rasa dan pengalaman yang sangat sedikit ni menjadi mader kepada dua orang anak lelaki yang sihat, aktif dan cergas.
Bila anak-anak tak sihat mula la mader rasa menyesal marah…suruh duduk diam. Anak demam rumah jadi sunyi, bersih, kemas tapi hati mader tak tenteram…
Allah Bagi Nikmat Merasa Jadi Mak Garang
Syukur alhamdulillah Allah bagi nikmat merasa jadi mak (yang garang) dan anak-anak lelaki yang “lasak”…dannnnnnnn….mak ni tak pernah serik untuk ada anak lagi lepas ni…muahahaha. (oh, sekarang 2018 mader rasa serik sekejap)
Mader tau mader belum layak nak kongsi apa-apa tips atau petua. Maklumlah anak baru dua orang. Kat luar sana, ramai lagi anak yang berderet dan banyak pengalaman. Tapi mader tak dapat tahan tangan ini nak share apa mader rasa lepas dapat pangkat “Mak” ni.
Anak-anak mader memang mader tak bagi gajet dah sekarang ni, tapi mader bagi lego atau buku dan kertas nak bagi dorang diam. Kadang-kadang mader bagi hanger.
Mader perasan anak-anak mader lebih suka kalau mader bawak pegi kawasan lapang macam pi padang. Dorang boleh lari, berkuba guling. Kadang-kadang macam satu kepuasan bagi dorang bila dapat lari puas-puas. Balik rumah terus penat, mandi dan tido. Yeay!
Ads
Terima Kasih Sebab Jadi Anak-anak Yang Comel Dan Bijak
Kalau kat rumah, Khalif anak yang sulung lebih banyak mengalah. Dia yang selalu minta maaf dan peluk adik dulu kalau lepas bergaduh. Adik ego sikit…maybe manja terlebih. Tapi sekarang adik pun dah pandai minta maaf dulu.
Maybe lepas tengok mader akan peluk abang lepas tu. Dia pun nak dipeluk so sanggup minta maaf even tak buat apa-apa salah. Comel betul cara budak-budak nak tarik perhatian kita. Tapi adik akan lari laju-laju mintak tolong dengan abang kalau mader dah start tukar jadi hijau.
Untuk anak-anak mader, terima kasih sebab jadi anak-anak mader yang comel dan bijak. Mader sayang anak-anak Mader the Kasims ni even garang macam mak tiri.
Sekarang anak-anak mader dah besar dah. Sorang 4 tahun sorang 6 tahun…jauh lagi perjalanan kita bersama-sama. Semoga anak-anak mader tak stress melayan perangai mader sekarang ni. Oh ya, sekarang mader pulak yang selalu kena tegur “mader, jangan buat palangai.“
Kepada : Abdul Muiez Ruslee, editor dan tuan guru. Terima kasih tolong semak tulisan ni.
Sebagai seorang ibu, sudah terbukti anda merupakan ibu yang terbaik. Bukan sahaja anak-anak yang merasa sifat ke’ibu’an anda itu tetapi juga rakan-rakan anda di media sosial. Gambar profil dan segala foto aktiviti harian yang dikongsi di laman sosial semuanya tentang anak-anak. Suami anda barangkali begitu pemalu kerana tidak ada satu pun gambar dia yang anda kongsikan.
Ya, siapa yang boleh persoalkan? Itu laman sosial anda dan tentu anda boleh tulis dan letak apa sahaja yang anda suka. Ikuti perkongsian daripada Dr. Syed Yusainee Yahya, Promind Training And Consultation.
Anak Atau Suami Lebih Penting?
Saya ingin berkongsi satu cerita benar. Seperti biasa semasa perjalanan pulang ke rumah dari pejabat saya mendengar saluran radio yang bercorak santai. Juruhebah memilih satu isu sempena gebang petang itu tentang isu yang mana lebih penting antara anak dan suami? Isu ini seperti magnet yang sangat kuat menarik panggilan telefon daripada pendengar.
Saya terdiam apabila satu panggilan daripada seorang isteri yang secara terbuka menyatakan yang dia meletak anak-anak lebih tinggi berbanding suami. Mungkin ada isu lain antara dia dan suaminya tetapi dia mengaku yang dia tidak peduli sangat tentang makan pakai suami asalkan anak-anak terjaga. Juruhebah lelaki yang membawa peranan provokatif bertanya dalam ketawa sinis,
“Adakah awak tidak kisah jika suami bosan dengan perangai awak itu dan beralih perhatian kepada perempuan lain”
“Eh..mestilah kisah. Itu buat hal namanya!” begitulah lebihkurang jawapan daripada pemanggil itu. Barangkali isu itu terlalu berat dan sensitif yang suasana petang maka juruhebah wanita yang turut mengendalikan ruangan itu masuk campur dan beberapa saat kemudian panggilan itu tamat dan lagu popular dimainkan.
Sifat Keibuan Menebal
Nota kali ini bukan mahu mengupas isu pemanggil itu tetapi sebenarnya untuk menarik perhatian pembaca tentang kekeliruan antara isu layanan isteri kepada anak-anak dan layanan kepada suami sebagai isteri. Mungkin kerana sifat keibuan yang sangat kuat sehingga keliru dan melayan suami seperti budak-budak.
Tanpa sedar dan tanpa niat berbuat begitu, anda secara tidak sengaja membuat suami terasa seperti diperbudak-budakkan. Bagaimanakah sikap dan perbuatan itu? Itulah yang saya mahu kongsikan dalam nota minggu ini.
Berdikari Sebab Tak Nak Susahkan Suami
Anda berpendidikan tinggi dan juga wanita berdikari. Semua perkara anda boleh buat sendiri. Sifat ini bagus tetapi jika tidak berhati-hati boleh menyinggung hati suami. Adakah anda berniat tidak mahu menyusahkan suami tetapi agak keterlaluan sehingga dia merasa yang anda tidak percaya tentang kemampuannya sebagai kapten dalam rumahtangga?
Sebagai contoh dapur adalah gelanggang anda dan suami tidak boleh masuk campur. Apa yang anda masak itulah yang dia kena makan sebab dia ada masalah obesiti sama seperti dua orang anak anda. Semua keputusan penting yang perlu dibuat, anda yang boleh beri kata putus. Anda buat begitu sebab dulu dia pernah buat silap dalam perniagaan sehingga rugi besar. Begitu juga anak-anak. Apa yang mahu dibuat mesti tanya mama dulu. Kalau mama kata ‘OK’ baru buat. Niat anda memang betul tetapi tidak ada suami yang suka diperlakukan begitu.
Dinamik hubungan antara suami dan isteri memerlukan anda berdua duduk bersama untuk berbincang kenapa situasi ini berlaku. Adakan ini berlaku kerana anda ‘cemas’ kerana tidak percaya pada dia atau kerana tidak faham sifat dan perangainya pada lapisan kedua, ketiga, keempat atau yang lebih dalam? Pernah anda fikirkan itu?
Bukan hanya parah di Pulau Pinang, rupanya wabak HFMD semakin menular ke negeri-negeri lain. Ini membuatkan mak ayah cukup risau nak bawa anak keluar rumah apabila tahu sudah ada kes kematian melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun di Daro, Mukah Sarawak.
Sebagai langkah membendung penularan jangkitan itu, mak ayah dan penjaga anak kena sentiasa mengekalkan kebersihan di rumah, pusat penjagaan kanak-kanak, tadika dan sekolah dan persekitarannya.
Lebih bagus, basuh semua alat mainan dan permukaan meja, kerusi, lantai, dan sebagainya.
Selebihnya jemput baca perkongsian seorang ibu, Puan Nur Hidayah Razali sebagai langkah berjaga-jaga jika ada tanda-tanda ini pada anak kecil.
HFMD Dah Makin Parah Di Kuala Lumpur
Tolong jaga anak kita. Penyakit HFMD sedang mengganas di Ibu Negara Kuala Lumpur!
Di Pulau Pinang katanya dah sampai 1,616 kes penyakit kaki, tangan dan mulut ni! Banyak tu! Berpuluh taska pun dah ditutup.
Itu la kenapa kalau anak kita ada je tanda-tanda ni terus bawa ke klinik kesihatan ataupun hospital :
+ Kurang selera makan + Demam + Ruam pada bahagian kaki dan tangan + Ulser yang banyak di dalam mulut
Benda Paling Penting Mak Ayah Wajib Tahu!
1. Virus penyakit HFMD ni berjangkit dan merebak melalui air liur, cairan kudis, hingus dan najis anak
2. Kalau cairan ni semua kena pada meja ke baby chair ke pemegang pintu ke mainan ke semuanya boleh jadi asbab dan punca penyakit sebab virus tu boleh hidup dan hinggap kat benda ni semua sampai berhari hari hingga berminggu!
3. 2 benda paling penting kita WAJIB KAWAL pada anak kecil kita kalau dah kena HFMD ni. Pertama kawal suhu tubuh supaya tak terlampau tinggi dan kedua, kena jaga minum dia supaya tak dehidrasi. Kalau dah dehidrasi teruk, kena cucuk masuk air la pula nanti
4. Kalau anak dah kena HFMD ni tolong la kuarantin. Kedasyatan penyakit ni adalah dia mampu menularkan sehingga 5 orang budak yang lain. Kiranya kalau 1 orang yang kena dalam sebuah taska, dia mampu menjangkiti 5 orang kawan kawannya
Pesan wanita ini, dia meminta orang ramai kongsi info ini buat mak ayah di luar yang mungkin masih ramai tak tahu pasal HFMD.
Apa pun, mak ayah perlu dedahkan kepada anak-anak supaya lebih kerap membasuh tangan, termasuk menggunakan sabun dan cecair nyah kuman. Malah kalau anak-anak mempunyai tanda demam, tolonglah segera bawa jumpa doktor untuk pemeriksaan kesihatan.
Dan sekiranya betul anak sah kena HFMD, janganlah bawa mangsa yang sakit itu ke tempat awam, sekolah, tadika dan taska bagi mengelakkan kanak-kanak lain turut menerima jangkitan.
Jom sama-sama prihatin!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Memang ada benarnya berjaya mengekalkan 15-20 tahun usia perkahwinan, jika tiada sifat sabar diantara suami isteri tak mungkin ia dapat bertahan. Asas perhubungan dalam perkahwinan seharusnya mempunyai sifat sabar yang tinggi. Bersikap sabar bukan sahaja pada pasangan, namun juga pada perkara-perkara yang lain.
Bila orang tanya, dah berapa lama kahwin?
“15 tahun dah, 20 tahun dah…”
Wah, ni mesti pandai jaga hati pasangan, pandai masak, pandai mengemas rumah, pandai jaga badan, pandai bergaya.Seronok la boleh kekal lama macam tu.
Sebenarnya, kunci kepada lamanya perhubungan itu adalah SABAR…orang akan nampak macam 20 tahun tu adalah tempoh yang seronok, yang bahagia, walhal dalam 20 tahun tu dah macam-macam yang jadi dalam rumahtangga.
Sifat Sabar Dalam Hati
Dah pernah ada rasa nak berpisah, dah pernah ada rasa nak mengalah, dah pernah ada rasa tawar hati, dah pernah ada rasa nak hidup sendiri. Kalau bukan disebabkan sifat sabar yang ada dalam hati tu, tak mungkin dan hampir mustahil untuk bertahan selama tempoh tersebut.
Sepanjang tempoh mendirikan rumahtangga, ada naik turunnya…ada ketikanya bahagia, ada ketikanya bermasam muka…bukan hari-hari kita gembira, dan bukan juga hari-hari kita berduka.
Sabar Dalam Rumahtangga
Sabar dalam rumahtangga ni tak terhad kepada sabar dengan sikap dan perbuatan pasangan semata-mata. Ada orang bersabar dengan mertua, ada orang bersabar dengan ipar duai, ada orang bersabar dengan orang ketiga, ada orang bersabar dengan kesusahan keluarga, ada orang bersabar dengan ujian kesihatan, ada orang bersabar dengan rezeki Allah s.w.t dan sebagainya…
Kalau sabar itu tiada dihati, dalam beberapa bulan sahaja hubungan tu dah tamat, dah diletakkan titik hanya kerana tak sabar.
Tak sabar dengan sikap dan perbuatan pasangan, tak sabar dengan mulut mertua, tak sabar dengan karenah ipar duai, tak sabar dengan kehadiran orang ketiga, tak sabar hidup susah dan sebagainya.
Uniknya hati tu kerana hati sentiasa berpesan dan menasihati diri serta akal untuk terus menanti sesuatu yang tak pasti. Hati kalau dah sayang, akan sentiasa meletakkan harapan dalam hubungan tu agar ianya berkekalan.
Selagi hati boleh bersabar, maka selagi itulah hubungan akan berjalan walaupun ianya tidak selancar yang difikirkan…
Untuk berada dalam tempoh 15 tahun, 20 tahun perhubungan bukanlah sesuatu yang sukar, namun ianya juga tidak semudah yang disangkakan.
Hanya SABAR sebagai peneman.
Nota Kaki : Ada orang, kesabaran dia hilang selepas 20 tahun…disaat kesabaran dia hilanglah dia mula untuk buat pilihan yang baru kerana dia dah cukup lama BERSABAR.
Mingguan Wanita:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Memang ada benarnya sifat sabar asas dalam perhubungan perkahwinan untuk kekal bertahan lama. Bersabarlah selagi mampu bersabar.