Alhamdulillah, rezeki musim haji pada tahun ini buat pengacara Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin, 38 dan suami Raja Amir Raja Azwa,40 apabila berkesempatan untuk menunaikan haji dan melengkapkan Rukun Islam yang kelima.
Dalam perkongsian ringkas di Instagram, bekas Pengacara Mingguan Wanita Talkshow Musim Pertama ini selamat berangkat menunaikan haji semalam dan mengharapkan semoga perjalanan ibadah haji di tanah suci dipermudahkan serta mendapat haji yang mabrur.
“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, ketika kita meninggalkan rumah, keluarga dan kaum keluarga untuk menunaikan haji, yang merupakan salah satu daripada 5 Rukun Islam kita, dan satu yang perlu diselesaikan dalam masa hidup kita, kita berdoa semoga perjalanan ibadah kami dipermudahkan dan mendapat haji mabrur InshaAllah,”ujarnya.
Ibu kepada 4 orang cahayamata ini juga mengucapkan rasa terima kasih buat suami tersayang yang turut menunaikan haji bersamanya serta berdoa semoga anak-anaknya yang ditinggalkan di tanah air dilindungi Allah selalu.
“Terima kasih Ling pergi bersama saya kerana Allah SWT menjemput anda untuk melakukan ibadah haji buat kali kedua menunaikan tanggungjawab anda terhadap saya. Segala pengorbananmu hanya Allah jua yang dapat membalasnya,”
“Semoga Allah melindungi anak-anakku selalu. Mummy dan daddy amat menyayangi kamu semua namun ‘Allah sedang memanggil’.. Terima kasih mak, tolong jagakan anak-anak dan atas nasihat yang diberikan,” ujarnya lagi.
Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumahtangga pada 2011, dan hasil perkahwinan 12 tahun ini dikurniakan empat cahaya mata termasuk sepasang kembar iaitu Raja Abdul Mateen dan Raja Nour Emaan, 10, Raja Ahmad Shah,7 dan Raja Aasiya Amaal, setahun.
Mesti Baca:Nurul Syuhada Bersalin Anak Keempat “Selepas 41 Minggu Di Dalam Perut Ibu, Segala Pujian Bagi Allah Saya Dilahirkan”
Baca Lagi Di Sini:Zul Ariffin Berangkat Ke Mekah 10 Jun Ini “Dapat Pergi Haji, Cantiklah Saya Anggap Rezeki”
Mingguan Wanita: Alhamdulillah buat Nurul Syuhada dan suami atas panggilan haji tahun ini. Semoga dipermudahkan segala urusan di tanah suci dan mendapat haji yang mabrur.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.