Penerbangan Pertama Jadi Juruterbang, Anak Buat Kejutan Bawa Ibu Tunai Haji

Share

Penerbangan Pertama Jadi Juruterbang, Anak Buat Kejutan Bawa Ibu Tunai Haji. Pasti menjadi detik yang lebih bermakna bagi seorang ibu, apabila berpeluang menaiki kapal terbang yang ‘dipandu’ oleh anak sendiri. Lebih-lebih lagi ke tanah suci dalam menyempurnakan Rukun Islam kelima.

“Dia menghabiskan seumur hidupnya untuk kami dan ini adalah antara impiannya untuk terbang bersama saya pada suatu hari nanti,” kata seorang juruterbang, Abdallah Bahey, 31, apabila videonya tular di media sosial, baru-baru ini.

Buat Kejutan Untuk Ibu

Menerusi perkongsian videonya, Abdallah dilihat membuat kejutan dengan menyambut ketibaan ibunya di dalam pesawat yang dipandunya menuju ke Makkah untuk menunaikan haji.

Abdallah berkata, beliau bersama rakan-rakannya mengatur kejutan berkenaan tanpa memberitahu ibunya sebelum dia keluar bekerja pada pagi itu.

Momen itu paling tepat dan penuh bermakna apabila hasrat untuk melakukan perkara itu kerana sebelum ini hanya bertugas sebagai pembantu juruterbang di EgyptAir.

“Bagaimanapun, sebaik saja ibu melihat saya menyambutnya di pintu pesawat, dia kelihatan terkejut seolah-olah tidak menyangka saya berada dalam kapal terbang yang sama,” katanya.

Jadi Juruterbang Dalam Tempoh 10 Tahun

Abdallah yang sebelum ini bertugas sebagai pembantu juruterbang membuat kejutan kepada ibunya bahawa dia kini sudah menjadi juruterbang sepenuhnya dan menerbangkan pesawat itu menuju ke Tanah Suci.

“Inilah impian pertama saya iaitu untuk menjadi juruterbang dan berjaya tercapai dalam tempoh 10 tahun, keduanya ialah ingin membawa ibu menunaikan haji,” katanya.

Abdallah ialah tamat pengajian di Kolej Penerbangan pada tahun 2012 dan menyertai EgyptAir pada 2022.

Sementara itu, ibunya, Amal Shawky, 57, kelihatan tergamam seketika sebaik melihat Abdallah menyambut di pintu masuk kapal terbang berkenaan.

Kedua-dua beranak itu kelihatan berpelukan dan ibunya menitiskan air mata yang disifatkan air mata kegembiraan.

Mesti Baca:Baru Selesai Haji & Niat Keluar Dakwah 40 Hari Sebelum Meninggal, Jemaah Kongsi Sisi Lain Datuk Pahamin Rajab

Baca Lagi Di Sini:Bawa Pulang Cenderahati Dari Tanah Suci, NEKAD Sarung 15 Lapis Pakaian Elak Lebihan Bagasi!

Mingguan Wanita: Pasti ibunya sangat terharu dan tersenyum bangga apabila anak sendiri yang ‘membawa’ kapal terbang ke tanah suci bagi menunaikan haji.

Sumber: Bharian, islamifynews

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab