31 Ogos ini rakyat Malaysia akan raikan sambutan Hari Kemerdekaan tanahair yang ke-62. Sama seperti orang lain enam Peneraju Bernama Radio ini pun tak ketinggalan meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Negara. Sedondon memakai tudung merdeka.
Kata Peneraju Kanan, Nazira Noran, “Kami teruja melihat ramai cikgu sekolah bergambar pakai tudung corak bendera Malaysia. Kami pun terjebak dan seronok melihat cikgu sekolah dan anak murid bersemangat memakai pakaian ala kemerdekaan
.”“Apa salahnya, jika kami semua bertudung sedondon. Memandangkan semua peneraju di Bernama Radio sekarang bertudung. Kecuali Amar Yusoff, tak dapatlah dia pakai tudung.”
Pilihan memakai tudung sedondon di konti juga berentetan dengan melihat di kebanyakan laman sosial malah instagram kebanyakan peniaga tudung yang menawarkan pelbagai jenis tudung. Antaranya kain bawal, shawl, kain satin, kain crepe dan sebagainya.
“Baju mungkin lebih sesuai untuk lelaki. Jadi, kami memilih untuk sedondon bertudung corak bendera.”
Bukan peneraju saja teruja, malah pendengar radio juga teruja sama. Bertanyakan di mana, mereka membeli tudung corak bendera ini.
“Ramai tanya kami beli tudung kat mana. Termasuklah pendengar setia kami. Kami pergi cari tudung ni cuma di Jalan TAR. Harganya pun bawah RM10 sahaja.”
Dalam laporan Sinar Harian, turut menyebut trend tudung bercorak bendera Malaysia dan bunga raya antara tarikan terbaru di pasaran sempena Hari Kebangsaan nanti.
Yang mana, warna asas Jalur Gemilang iaitu merah, kuning, biru dan putih menjadi warna asas rekaan tudung yang dihasilkan dalam bentuk selendang mahupun bawal.
Sumber/Foto : Nazira Noran