Hari ini sudah masuk hari ke-34 Muhammad Ashraf Hassan, 29 hilang di laluan trek Gopeng Ultra Trail 2019 dekat Gua Tempurung. Syaaban hampir melabuhkan tirainya, bakal menerbitkan bulan baru dinanti umat Islam, Ramadhan.
Acap masih juga belum pulang ke pangkuan keluarga tercinta. Hampir seluruh rakyat Malaysia sebenarnya, ternanti-nantikan kepulangan ayah anak seorang ini.
Menatap setiap berita tentang pemuda bernama Acap, saban hari tanpa jemu. Mencari, menyelidik mahu tahu bagaimanakah Acap boleh ghaib sekelip mata. Kisahnya misteri, namun sarat emosi. Sepanjang misi pencariannya, ada hati-hati yang menanti dengan penuh pengharapan.
Ada pencari-pencari yang tak pernah jemu, mengeluh mencarinya dengan penuh keinginan untuk bertemu Acap dalam apa juga keadaan. Bukan seorang dua, puluhan malah ratusan terlibat mencari Acap. Namun, takdir Allah belum mengizinkan kita untuk bertemunya ketika ini.
Dan Isnin lalu, abang Acap, Mohd Zahiruddin berkongsi luahan selepas penemuan tulang lama di Gua Kandu. Iaitu melalui pencarian dari kumpulannya dari Putrajaya bersama bapa saudaranya.
“Solat hajat terakhir di tanah bertuah bumi Jahang 18hb. Penemuan tulang dari unit SAR Volunteer carian bersama pakcik saya diserah tunjuk kepada orang kampung dan pihak berwajib 19hb, 20hb. Penemuan kepingan besi seakan syiling
.”Biarpun tulang lama itu sudah ditemui, hati kecil abang ini merasakan itu bukan tulang adiknya. Selagi belum terbukti, dia tidak mahu membuat sebarang andaian.
Hasil siasatan daripada Jabatan Forensik HRPB, Ipoh mendapati serpihan tulang yang ditemui itu adalah tulang manusia dan ianya adalah tulang lama.
Padanan DNA yang dilakukan kelak dijangka mengambil masa sebulan hingga dua bulan sebelum boleh disahkan. Sebelum ini, salah seorang abang Acap, Mohammad Azlan sudah pun ke Balai Polis Gopeng untuk melakukan ujian DNA.
Biarpun tulang lama sudah ditemui, pencarian Acap masih diteruskan. Ini harapan Zahiruddi, “Pencarian masih diteruskan. Semoga ada lagi petunjuk baru hendaknya. In Sya Allah. Berkat dia semua mudah-mudahan. Yang ghaib mula terzahir, yang hilang dipertemukan
.”
Dan ketika ini, pihak polis memaklumkan pencarian Acap masih lagi dijalankan namun dalam kumpulan kecil dengan kebenaran polis.
MW : Semoga pencari menemui petunjuk baru yang dapat membawa mereka kepada Muhammad Ashraf Hassan.
Sumber/Foto : Denny Lang, Mstar, Harian Metro