Tak dinafikan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini ramai yang bermurah hati memberi sumbangan dan bantuan dalam pelbagai bentuk dan cara. Dengan tujuan golongan yang memerlukan dapat dibantu demi menampung keperluan dapur dan belanja harian mereka.
Memang terbaik dan wajar diberikan pujian atas usaha murni penduduk di Kampung Pogunon, Penampang, Sabah ini. Mereka bersikap prihatin berkongsi rezeki memberikan sayur-sayuran dan buahan-buahan secara percuma kepada individu atau keluarga setempat yang memerlukan.
Lebih-lebih lagi dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), apabila pergerakan orang ramai yang agak terbatas untuk mendapatkan sayur-sayuran mahupun buah-buahan.
Ads
Sumbangan Diletakkan Di Hadapan Kediaman Masing-Masing
Menerusi gambar yang dimuat naik oleh laman sosial Facebook ‘Bosku Urang Kita Sabah’ menunjukkan pemilik beberapa rumah di kampung itu menggantungkan sumbangan pada pagar atau diletakkan atas meja khas di hadapan kediaman masing-masing.
Ads
Semua barangan mentah terbabit turut disertakan nota yang memaklumkan keperluan asas tersebut adalah percuma dan setiap rumah hanya boleh mengambil satu plastik bagi setiap jenis barang.
Ads
MW: Usaha murni penduduk kampung ini berkongsi rezeki ini wajar dipuji.Semoga rezeki penduduk kampung ini berlipat ganda kerana membantu mereka yang memerlukan.
Sebetulnya pada hari isterinya pergi, “Sepatutnya kami potong gelang bersama.” Namun suami ini ini terima takdir isteri pergi dulu.
Pemergian isteri tercinta bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima, apatah lagi sang isteri pergi bersama anak yang dikandung. Bukan satu nyawa, tetapi dua nyawa pergi sekaligus.
Suami Terima Takdir Isteri Pergi Dulu
“Permintaan terakhirnya, isteri minta untuk temankanya di hospital dan katanya kalau tidak boleh masuk pun cukuplah saya berada di luar dan dia dapat melihat dari luar.
“Tiga hari ini terakhir ini memang memberi kesan kerana arwah isteri minta benda yang saya tidak boleh tunaikan, walaupun beberapa kali saya cuba terangkan kepadanya,” luah Mohd Firdaus Haron, 36, yang kehilangan isteri Herni Yusnilah Yusof, 29, akibat Covid-19.
Herni yang mengandung enam bulan meninggal dunia selepas 13 hari dirawat di Hospital Melaka.
Menurut Mohd Firdaus, dia tidak menjangka isterinya yang mengandungkan anak kedua mereka akan pergi meninggalkannya selepas sedar daripada ditidurkan.
Dua Kali DiTidurkan
“Kali pertama isteri ditidurkan kira- kira tujuh hari lalu selepas kesihatan dia semakin merosot namun dia menunjukkan perkembangan positif dan kembali sedar walaupun masih bergantung kepada bantuan oksigen.
“Bagaimanapun kesihatan dia kembali merosot dan perlu ditidurkan kembali pada Isnin sebelum disahkan meninggal kira-kira 11.40 malam,” katanya ketika dihubungi.
Tambahnya, dia dan isteri amat menantikan kehadiran anak kedua mereka namun Allah SWT lebih menyayangi mereka.
Menurut Mohd Firdaus yang mengusahakan gerai Warong Kopi Manggis Road, sebelum ini arwah isterinya kerap bertanya kepada dirinya sama ada dia boleh menjaga anak perempuan mereka berusia lima tahun dan ibunya sekiranya dia ditakdirkan pergi dahulu.
“Sepatutnya Kami Potong Gelang Bersama.”
“Dia selalu bertanya kalau saya boleh jaga anak dan emaknya seperti dia lakukan. Dia amat rapat dengan ibunya memandangkan dia satu- satunya anak perempuan.
“Sebelum ini kebanyakan keputusan dalam keluarga dia akan putuskan malah merupakan ‘ahli fikir’ untuk kami semua walaupun dia anak bongsu,” katanya.
Ujarnya, dia kini bukan sahaja kehilangan ‘ahli fikir’ malah ‘patah kaki’ untuk menguruskan perniagaannya itu.
“Apa yang terhasil di kedai kami adalah hasil apa yang difikirkannya. Rupanya dia lakukan (usaha) untuk tinggalkan buat anak kami dan emaknya.
“Sepatutnya kami potong gelang bersama kelmarin (ketika artikel ini ditulis), namun takdir dia pergi dahulu. Alhamdulillah ibu mertua yang sebelum ini turut disahkan positif Covid-19 juga sudah sembuh,” katanya.
Viral fitting room H&M Avenue K dipasang CCTV tersembunyi, pihak pengurusan buat laporan polis. Tindakan menyembunyi kamera litar tertutup CCTV di lokasi tidak sepatutnya khususnya di bilik persalinan baju adalah satu perbuatan berunsurkan jenayah.
Ini kerana fitting room adalah kawasan orang ramai mencuba dan menukar baju dibeli dan sudah semestinya akan mendedahkan aib jika ia dipasang CCTV secara sembunyi-sembunyi.
Di twitter @meiisgw viral dengan isu fitting room H&M dipasang CCTV dan ia dikesan secara tidak sengaja ketika membeli belah di kedai pakaian berjenama ini.
Isunya bermula apabila dua orang memasuki bilik menukar pakaian berkenaan dan melakukan french kiss dan ketika itulah baru mereka perasan ada cctv tersembunyi di pasang di salah satu bilik persalinan berkenaan.
Tolong jangan jadikan isu kenapa ada dua orang dalam satu fitting room dan apa mereka buat, isu yang dibangkitkan kenapa ada hidden camera dalam fitting room dan sampai boleh dijual beli
Namun tweet awal isu dua orang memasuki bilik persalinan baju ini telah dipadamkan selepas ianya tular. Dalam pada itu, Nishea menulis, ada mangsa yang tampil dan mengakui mereka juga ada dalam rakaman video berkenaan. Jelas ia satu perbuatan memalukan kerana ia melibatkan maruah dan aurat wanita.
Update 1 🚨🚨🚨🚨
Salah sorang mangsa dalam video dah reach dm i, beliau mengesahkan kejadian berlaku di H&M Avenue K pada bulan October 2022 lepas, ada membeli baju dan ada resit dan ada gambar beliau memakai baju sama dalam video tersebut pic.twitter.com/fx2gBItYSi
Update 2 🚨🚨🚨🚨
Yang ni maybe boleh membantu yang lain jika rasa atau teringat ada pergi H&M Avenue k dan ada pergi Fitting Room dia
– Mangsa berkata beliau masuk ke fitting room hujung belah kiri pic.twitter.com/x9BZim5zGA
Kehilangan Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, anggota bomba yang cedera parah selepas serangan insiden rusuhan kuil Sri Maha Mariamman, USJ25, Subang Jaya bukan sekadar perlu ditangisi.
Pemergiannya itu perlu dibela dengan proses undang-undang yang adil. Itulah antara pesan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam laman instagramnya.
Pesan Dr Wan Azizah, Keadilan Pasti Terbela
Innalillahi wa’inna ilaihi raji’un. Saya teramat hiba mendengar pemergian sdr Muhammad Adib. Beliau merupakan seorang wira.
Takziah diucapkan buat keluarga termasuk tunang beliau, sahabat handai dan seluruh warga Bomba.
Saya mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.
Bertenang, Biar Proses Undang-undang Adili Pesalah
Adalah penting buat masa ini untuk seluruh warga Malaysia bersatu hati mengecam perbuatan jenayah ini.
Kita harus ingat bahawa ini bukan isu agama mahupun soal perkauman, akan tetapi ini merupakan perbuatan jenayah yang dilakukan oleh penjenayah yang tidak berperikemanusian.
Pada masa yang sama, saya ingin mengingatkan semua rakyat Malaysia agar tetap tenang dan tidak bertindak mengikut emosi.
Seluruh rakyat Malaysia berkabung kerana jenayah kejam ini tetapi biarlah proses undang-undang berjalan dengan lancar
Live TikTok Fattah, Amira raih lebih 50 juta ‘likes.' Pasangan baharu mendirikan rumah tangga, Fattah Amin, 35, dan Amira Othman, 32, sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila sesi siaran langsung mereka di TikTok mencatatkan lebih 50 juta tanda suka selain ditonton lebih 150,000 kali setakat jam 10.40 malam, Isnin.