Pendakwah kecewa duit anak lesap di CIMB, 8 transaksi tanpa TAC & lebih had pengeluaran. Isu kehilangan wang dari bank masih dilihat tiada penambahbaikan dilakukan ke atas kawalan keselamatan wang pengguna sekalipun ia telah banyak dipaparkan di media massa.
Tiadanya TAC diterima antara isu yang paling kerap dikongsikan di media sosial selain melibatkan bank sama seolah-olah apa yang disuarakan oleh pengguna dipandang sepi oleh bank terlibat.
Kecil nilai pada bank tapi besar pada pengguna dan sebagai penyimpan kita pasti mahukan setiap sen wang kita selamat ketika dalam jagaan bank.
Tapi isu ini terus berlanjutan dan kali ini melibatkan pendakwah dan pengacara Semanis Kurma, Dato Ustazah Siti Nor Bahyah Mahmood yang berkongsi rasa kesal kerana duit anaknya, Ustazah Wan Nur Nadiyatul Husna yang kini sarat mengandung dan mahu digunakan untuk kos bersalin lesap dalam masa sehari.
“8 transaksi tanpa tac dan melebihi had pengeluaran” di mana wang anaknya hilang begitu saja.
Kejadian ini bukan baru sebaliknya sudah terjadi dua bulan lalu. Namun dirinya masih tidak mewarkan di media sosial sebaliknya membuat permohonan mahu bertemu pengurusan tertinggi CIMB dan mahu meminta penjelasan mengenai kehilangan duit ini.
Tapi kesalnya, ia berlalu sepi namun selepas dimuat naik di media sosial, dirinya perlu mengemukakan emel sahaja dan sehingga kini kehilangan itu masih kabur dan tiada jawapan pasti.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Lagi Duit Hilang Tanpa TAC CIMB, Wanita Menangis Tinggal RM22.90 Hingga Hujung Bulan
Duit Hilang RM1000 Gitu Je Dalam Akaun Bank, Rupanya Wang Dah Berpindah Jadi Milik Wanita Lain!
“Tiada Kesan Pecah Rumah, Masih Hilang Walaupun Disorok! Setahun DiBelenggu Misteri Duit Hilang
Wanita Ini Kongsi CARA Dapatkan Semula Duit Hilang Dalam Akaun Maybank
Terima WhatsApp Dari No Tak Kenal, Peniaga Sedih Kena Scam Duit Tinggal RM1.97 Sen
Berikut adalah perkongsian darinya sebentar tadi. Masa dua bulan berlalu begitu sahaja tanpa ada sebarang penjelasan.
Baca perkongsian ditulisnya oleh Dato Ustazah Siti Nor Bahyah
Sampainya hati pihak CIMB Malaysia. Ternyata pesanan Ustazah buat CEO CIMB Bank tidak disampaikan. Nak bertemu pun tidak dibenarkan. Hanya minta email sahaja dari dulu.
Sampainya hati CIMB memberikan jawapan yang sama dari dulu lagi setelah 2 bulan menanti hanya dapat bercakap dengan pegawai-pegawai yang berbeza-beza dari Customer Resolution Unit (CRU) sahaja.
Ustazah hanya minta budi bicara dari CIMB Malaysia agar dapat pulangkan/gantikan semula duit yang hilang. Bagaimana dalam masa 1 hari bank boleh lepaskan 8 transaksi tanpa TAC dan melebihi limit?
Laporan polis telah dibuat ketika itu juga pada 7/8/2022 dan juga laporan kat CIMB.
Namun hanya dapat berinteraksi melalui email dan setelah lama menanti jawapannya pihak Bank tak nak bertanggungjawab di atas kehilangan tersebut.
Posting Ustazah di FB minggu lepas, mereka terus menghubungi Ustazah tetapi hanya dari Pegawai CRU CIMB sahaja. Alhamdulillah pegawai tersebut baik orangnya, cakap dengan elok namun hari Selasa lepas jawapan yang diberikannya tetap sama.Allahu Robbi..
Allah Maha Tahu..
Sedih dengan jawapan yang diberikan. Akhirnya Ustazah terpaksa postkan di FB dengan doa dan harapan semoga Allah melembutkan hati pihak CIMB dan juga CEOnya agar dapat berlaku adil dan menggantikannya semula. Sesungguhnya Allah mencintai hamba-hamba Nya yang jujur dan berlaku adil.
Semoga permintaan ini ditunaikan oleh pihak CIMB dan moga termasuk di kalangan hamba-hamba yang dicintainya dan mendapat redha Nya.
Simpan atas dasar kepercayaan terhadap bank
Tambah Ustazah Siti Nor Bahyah lagi, setiap pelanggan menyimpan duit di bank untuk kegunaan di masa-masa keperluan dan atas dasar kepercayaan yang bank akan menjaga keselamatan tetapi bank boleh lepaskan transaksi2 tersebut dari akaun Anakanda Ustazah iaitu Ustazah Husna Akashah Wan Nur Nadiyatul Husna.
Kesian Ustazah Husna ketika itu dah sarat mengandung hampir 9 bulan dan duit tu hilang sekelip mata.
Ustazah Husna pergi sendiri ke bank bersama Ustazah, Ustaz dan suaminya tetapi hanya diminta email. Ustazah sendiri minta aturkan pertemuan agar dapat bersua muka dan berbincang tetapi hanya diminta email.
Sedih sebab tengok Anakanda Ustazah dengan perutnya yang dah hampir 9 bulan. Tak larat dah nak ke sana sini buat aduan.
Kemudian mereka suami isteri pergi pula ke HQ CIMB walaupun sarat mengandung dan maklumkan yang due bersalin dah dekat. Nak guna duit untuk persediaan kelahiran dan menyambut cahaya mata ke 3.
Mereka berdua mohon nak bertemu pihak atasan atau sesiapa yang berkenaan tetapi tetap hanya diminta email sahaja.
Semoga Allah melembutkan hati pihak CIMB dan juga CEO nya agar dapat mengembalikan semua yang hilang..
Semoga Allah permudahkan..
آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن