Pendakwah kecewa duit anak lesap di CIMB, 8 transaksi tanpa TAC & lebih had pengeluaran. Isu kehilangan wang dari bank masih dilihat tiada penambahbaikan dilakukan ke atas kawalan keselamatan wang pengguna sekalipun ia telah banyak dipaparkan di media massa.
Tiadanya TAC diterima antara isu yang paling kerap dikongsikan di media sosial selain melibatkan bank sama seolah-olah apa yang disuarakan oleh pengguna dipandang sepi oleh bank terlibat.
Kecil nilai pada bank tapi besar pada pengguna dan sebagai penyimpan kita pasti mahukan setiap sen wang kita selamat ketika dalam jagaan bank.
Tapi isu ini terus berlanjutan dan kali ini melibatkan pendakwah dan pengacara Semanis Kurma, Dato Ustazah Siti Nor Bahyah Mahmood yang berkongsi rasa kesal kerana duit anaknya, Ustazah Wan Nur Nadiyatul Husna yang kini sarat mengandung dan mahu digunakan untuk kos bersalin lesap dalam masa sehari.
“8 transaksi tanpa tac dan melebihi had pengeluaran” di mana wang anaknya hilang begitu saja.
Kejadian ini bukan baru sebaliknya sudah terjadi dua bulan lalu. Namun dirinya masih tidak mewarkan di media sosial sebaliknya membuat permohonan mahu bertemu pengurusan tertinggi CIMB dan mahu meminta penjelasan mengenai kehilangan duit ini.
Tapi kesalnya, ia berlalu sepi namun selepas dimuat naik di media sosial, dirinya perlu mengemukakan emel sahaja dan sehingga kini kehilangan itu masih kabur dan tiada jawapan pasti.
Berikut adalah perkongsian darinya sebentar tadi. Masa dua bulan berlalu begitu sahaja tanpa ada sebarang penjelasan.
Dato Ustazah Siti Nor Bahyah sudah memberi masa dua bulan kepada pihak bank namun jawapan diterima mengecewakan.Kehilangan wang dari akaun anaknya, Ustazah Husna terjadi tanpa TAC dan had pengeluaran dibenarkan. Memang amat pelik sementelah anaknya kini sarat mengandung 9 bulan dan bakal melahirkan bayi ke tiga pada bila-bila masa sahaja dari sekarang
Baca perkongsian ditulisnya oleh Dato Ustazah Siti Nor Bahyah
Sampainya hati pihak CIMB Malaysia. Ternyata pesanan Ustazah buat CEO CIMB Bank tidak disampaikan. Nak bertemu pun tidak dibenarkan. Hanya minta email sahaja dari dulu.
Sampainya hati CIMB memberikan jawapan yang sama dari dulu lagi setelah 2 bulan menanti hanya dapat bercakap dengan pegawai-pegawai yang berbeza-beza dari Customer Resolution Unit (CRU) sahaja.
Ads
Ustazah hanya minta budi bicara dari CIMB Malaysia agar dapat pulangkan/gantikan semula duit yang hilang. Bagaimana dalam masa 1 hari bank boleh lepaskan 8 transaksi tanpa TAC dan melebihi limit?
Laporan polis telah dibuat ketika itu juga pada 7/8/2022 dan juga laporan kat CIMB.
Namun hanya dapat berinteraksi melalui email dan setelah lama menanti jawapannya pihak Bank tak nak bertanggungjawab di atas kehilangan tersebut.
Posting Ustazah di FB minggu lepas, mereka terus menghubungi Ustazah tetapi hanya dari Pegawai CRU CIMB sahaja. Alhamdulillah pegawai tersebut baik orangnya, cakap dengan elok namun hari Selasa lepas jawapan yang diberikannya tetap sama.Allahu Robbi..
Allah Maha Tahu..
Sedih dengan jawapan yang diberikan. Akhirnya Ustazah terpaksa postkan di FB dengan doa dan harapan semoga Allah melembutkan hati pihak CIMB dan juga CEOnya agar dapat berlaku adil dan menggantikannya semula. Sesungguhnya Allah mencintai hamba-hamba Nya yang jujur dan berlaku adil.
Ads
Semoga permintaan ini ditunaikan oleh pihak CIMB dan moga termasuk di kalangan hamba-hamba yang dicintainya dan mendapat redha Nya.
Simpan atas dasar kepercayaan terhadap bank
Tambah Ustazah Siti Nor Bahyah lagi, setiap pelanggan menyimpan duit di bank untuk kegunaan di masa-masa keperluan dan atas dasar kepercayaan yang bank akan menjaga keselamatan tetapi bank boleh lepaskan transaksi2 tersebut dari akaun Anakanda Ustazah iaitu Ustazah Husna Akashah Wan Nur Nadiyatul Husna.
Kesian Ustazah Husna ketika itu dah sarat mengandung hampir 9 bulan dan duit tu hilang sekelip mata.
Ustazah Husna pergi sendiri ke bank bersama Ustazah, Ustaz dan suaminya tetapi hanya diminta email. Ustazah sendiri minta aturkan pertemuan agar dapat bersua muka dan berbincang tetapi hanya diminta email.
Sedih sebab tengok Anakanda Ustazah dengan perutnya yang dah hampir 9 bulan. Tak larat dah nak ke sana sini buat aduan.
Kemudian mereka suami isteri pergi pula ke HQ CIMB walaupun sarat mengandung dan maklumkan yang due bersalin dah dekat. Nak guna duit untuk persediaan kelahiran dan menyambut cahaya mata ke 3.
Mereka berdua mohon nak bertemu pihak atasan atau sesiapa yang berkenaan tetapi tetap hanya diminta email sahaja.
Semoga Allah melembutkan hati pihak CIMB dan juga CEO nya agar dapat mengembalikan semua yang hilang..
Semoga Allah permudahkan..
آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Barang kemas merupakan antara barangan perhiasan kegemaran ramai wanita. Waktu emas tengah murah, ramai yang merebut peluang untuk menambah aksesori barangan kemas. Namun demikian dalam keterujaan untuk beli barangan kemas, ada baiknya kenal pasti jenis-jenis aksesori yang ingin dibeli. Baik yang jenis klasik seperti rantai tangan mahupun yang nampak moden seperti gelang atau ‘bangle’.
Namun demikian, bagi yang ingin membeli ‘bangle’ emas, sebaiknya fikir dahulu sedalam-dalamnya. Ini kerana mungkin ramai yang tak tahu kebiasaannya, ‘bangle’ emas bersifat ‘kosong’ atau tak padu malah mempunyai besi yang boleh mengurangkan jumlah emas dan nilainya bila ia di trade-in atau dijual semula nanti.
Apapun ia bergantung pada citarasa dan tujuan membeli perhiasan barangan kemas tersebut. Sama ada sekadar dijadikan aksesori diri semata-mata mahupun digunakan untuk pelaburan atau dijual bila memerlukan.
Untuk faham lebih lanjut, baca perkongsian daripada Puan Zuraida Zulkifli ini sebagai rujukan.
Isu besi dalam bangle emas yang wanita perlu tahu.
Majoriti bangle yang berfesyen adalah jenis hollow dan tidak padu. Memerlukan komponen seperti wayar untuk membentuk atau menyokong bangle tersebut daripada mudah patah dan untuk nampak lebih kukuh. Malah lebih fleksibel untuk di design kan.
Terdapat dua jenis ‘bangle’:
Wayar macam tali gitar – rujuk pada pic 1
Melingkar dalam bangle – rujuk pada pic 2
Kalau tak keras, bukan bangle lah. Bangle ada 2 jenis iaitu: Ada spring Tiada spring
Bagi bangle yang ada spring, spring itu juga dibuat daripada besi. Kalau emas, ianya tak boleh nak dilentur, sebab emas bersifat lembut.
Bagi bangle jenis katup pula, memang mempunyai spring. Spring itu adalah besi. Kalau tak de spring, tak bolehlah nak di katup. Sama seperti rantai tangan jenis klip katup. Klip tersebut juga mempunyai spring.
Harga emas memang akan dikira keseluruhan berat bangle tersebut termasuk besi di dalamnya. Sebab yang dijual itu tadi adalah Harga emas + designnya sekali. Bila ada ilmu baru lah kita tidak mudah melatah.
Bijaklah memilih.Jadi terpulang kepada kita semua, mahu beli emas sahaja beli lah old school design 100% 916.
Atau emas berserta fashionnya tetapi ada besi didalamnya. Itu lah mahar yang Perlu dibayar untuk barang kemas anda nampak lebih ‘stylo dan up to date’.
Mingguan Wanita : Jadi sebelum nak beli emas tu,fahamkan dulu jenisnya dalam kandungan emasnya. Buatlah pilihan yang bijak.
Sumber: Zuraida Zulkifli
APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernilai RM100.
Syanie selamat bernikah kali ketiga, “Alhamdulillah majlis pagi tadi berjalan sempurna seadanya,” begitulah yang diungkap oleh pelakon ini selepas dua perkahwinan sebelum ini terlerai.
Genap setahun perkenalan, pelakon, pelawak dan ahli perniagaan, Syanie Hisham, 47, melangsungkan pernikahannya dengan perunding kewangan, Zahril Hafiz Mohammed Nor, 41, kira kira jam 9 pagi tadi.
Majlis berlangsung dalam suasana ringkas dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
Menurut Syanie, majlis itu hanya disaksikan bapa, adik perempuannya dan abang kepada pengantin lelaki.
Tiada wang hantaran diserahkan, sebaliknya hanya mas kahwin dalam bentuk gelang emas. Syanie pula hanya menyarungkan cincin ke jari manis suaminya sebagai tanda termeterai ikatan.
“Alhamdulillah majlis pagi tadi berjalan sempurna seadanya. Sepatutnya kami merancang mengadakan majlis keraian pada 21 Februari ini, namun penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan mendorong kami menundanya dulu.
“Mungkin bulan depan majlis keraian itu akan dianjurkan,” katanya
Keikhlasan & Kejujuran
Menurut Syanie bukan mudah untuk dia membuka lagi hati selepas dua kali perkahwinan yang dibina terlerai.
“Namun keikhlasan dan kejujuran hatinya membuka hati saya untuk kembali menikmati kemanisan ini. Ikutkan dia mula mendekati saya sejak tiga tahun lalu. Ketika itu, saya fikir belum masanya cari pengganti.
“Pengajaran lalu, mematangkan saya. Tapi setahun lalu, dia bersungguh sungguh mahu memancing hati saya. Pada Jun tahun lalu, dia suarakan isi hati kepada ibu untuk memperisterikan saya.
“Sikap budimannya juga antara sebab yang buat saya tersentuh. Dia menjadi lelaki pertama yang berani cakap nak kahwin dengan saya dekat ibu,” ungkapnya lagi.
Syanie 5 Tahun Solo, Zahril Duda Tiada Anak
Kata Syanie yang sebelum ini sudah lima tahun hidup solo, suaminya juga bergelar duda tiada anak.
“Mungkin masing masing tahu kehidupan lampau bagaimana dilalui kami. Jadi mungkin itu yang buat kami jadi klik,” sambungnya.
Bekas peserta MasterChef Selebriti musim kedua itu mendirikan rumah tangga 1996 dan bercerai pada 2002. Seterusnya perkahwinan kedua pada 1 Mac 2014, namun berpisah pada 2016.
Hasrat sebuah keluarga untuk menghadiri majlis kenduri kahwin tidak kesampaian selepas kereta Perodua Myvi dinaiki lima mangsa merempuh belakang sebuah lori tiga tan dalam kejadian di Kilometer 427.5 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke selatan 4.40pagi tadi.
Mangsa yang maut adalah pemandu kereta, Mohamad Rodzi Abdul Kadir,52; penumpang di sebelah pemandu, Jamilah Jalim @Jamil, 47, dan penumpang di bahagian belakang, Bashirah Jalim@Jamil, 49; Nur Intan Mohamad Rodzi, 18, dan Nur Shifa Abdul Rashid, 17.
Hadiri Kenduri Perkahwinan
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Azman Ab Rahman berkata, kereta berkenaan dipercayai dalam perjalanan dari Kedah menuju ke Shah Alam untuk menghadiri kenduri perkahwinan.
“Difahamkan kereta dinaiki lima mangsa itu dari Kedah menuju ke Shah Alam berkonvoi bersama dua lagi kenderaan. Ketika kejadian, berlaku kemalangan membabitkan sebuah lori yang terbalik pada jarak kira-kira 3.5 kilometer dari lokasi kejadian.
“Kemalangan lori terbalik itu menyebabkan trafik perlahan di lokasi. Difahamkan dua kenderaan yang berkonvoi bersama kereta Myvi berkenaan sudah melepasi laluan kemalangan itu.
“Manakala kereta dinaiki lima mangsa terbabit yang berada di lorong kiri melanggar bahagian belakang sebuah lori membawa muatan buah yang sedang bergerak perlahan,” katanya ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu, di sini, hari ini.
Melibatkan 5 Sekeluarga
Azman berkata, mereka yang meninggal dunia adalah lima sekeluarga membabitkan pesara tentera, Mohamad Rodzi dan isterinya, Jamilah bersama anaknya, Nur Intan.
“Dua lagi mangsa yang meninggal adalah kakak ipar kepada Mohamad Rodzi, Bashirah dan anaknya Nur Shifa.
“Difahamkan urusan pengebumian kelima-lima mangsa akan dilakukan pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk membawa balik jenazah ke Yan, Kedah, untuk dikebumikan,” katanya.
Mangsa Meninggal Tempat Kejadian
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Deputi Superintendan Sahimi Husin berkata, kemalangan berlaku apabila lori dalam perjalanan dari Selama, Perak ke Selayang dilanggar dari belakang oleh Perodua Myvi di lorong kiri lebuh raya.
“Akibat kemalangan itu kesemua penumpang kereta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori berusia 35 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Lori berkenaan mengalami kerosakan di bahagian belakang manakala Perodua Myvi mengalami kerosakan di bahagian hadapan.
“Mangsa yang maut dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Sentosa dikerahkan ke lokasi selepas panggilan kecemasan diterima.
Menurutnya, dua mangsa tersepit di bahagian depan kereta berjaya dikeluarkan dengan kerja-kerja pemotongan kenderaan dilakukan oleh anggota bomba.
“Penumpang di bahagian belakang tidak tersepit namun disahkan meninggal dunia di lokasi diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
MW: Salam takziah buat keluarga mangsa. Semoga semua mangsa ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah. Pesanan buat yang memandu, semoga lebih berhati-hati di jalan raya terutama dalam musim hujan dan keadaan jalan yang licin.
Edika berusaha selamatkan perkahwinan 22 tahun, tapi jika isteri masih mahu cerai kita ikut apa dia nak. Hari ini di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan...