Pendaki Ayu Ini Kongsi 3 Doa Masuk Hutan, Jangan Baca Mantera Bukan-bukan Syirik Hukumnya

Share

Pendaki ayu wanita ini nampak lemah lembut gayanya. Tapi jangan tak tahu, aktiviti lasak terutama masuk hutan tu dah jadi ‘makanannya’. Tengok gambar-gambar yang dikongsikan ini. Jadi bila pendaki ayu, Myzatulhazra Yahaya (DavinaCo) kongsi 3 doa masuk hutan ini simpan kemas-kemas.

Moga berguna untuk mak-mak yang memang jenis aktif mendaki, keluar masuk hutan ni. Katanya Myzatulhazra lagi doa ini bagus diamalkan untuk mereka yang beragama Islam.

Di dalam hutan sesungguhnya adalah tempat tinggal utama bagi para Jin terutama Jin Kafir

.

Jangan sesekali ketika mahu masuk ke dalam hutan, melafazkan ayat seperti ini: ‘Tok, cucu tumpang masuk hutan ye, tolong jangan kacau’.

Jangan! Syirik hukumnya.

Amalkan Ayat Ini

Ketika melangkah ke dalam hutan dengan perlahan-lahan sebanyak 7 kali. Setiap langkah di baca doa ini :

Salamun a’la sulaiman fil a’lamin

Salam sejahtera ke atas Nabi Sulaiman

Sesungguhnya Jin sangat takut akan Nabi Sulaiman dan gerun mendengar nama Baginda. Amalkan ayat itu. Insyallah dengan izinNya tidak akan ada sebarang gangguan ke atas kita.

Amalan doa yang ini juga sangat sangatlah digalakkan baca terlebih dahulu sebelum masuk ke hutan:

بِسْمِ اللهِ الذِّي لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ

bismillahillazi la yadhurru ma’asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama’ie wa huas sami’un alim

Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi)bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Ini Fadhilatnya

Barangsiapa membaca sebanyak tiga (3) kali, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika waktu subuh sebanyak tiga (3) kali, dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya 
(Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan Ahmad)

Penting Simpan Ini Dalam Fikiran

Marilah sama sama kita mengamalkannya. Sentiasa mulakan dengan bacaaan doa bukan hilai ketawa sebelum masuk hutan.

Doa Tambahan Elak Haiwan Buas, Binatang Berbisa

Untuk mengelakkan haiwan buas atau binatang berbisa

Salamun a’la nuhin fil a’lamin

Salam sejahtera ke atas Nabi Nuh

Semoga kita sentiasa di bawah lindungan Allah SWT tak kira di mana kita berada.

Amin..

Sumber/Foto : Facebook Myzatulhazra Yahaya via Hiking & Camping Around Malaysia

Published by
Netty Ah Hiyer