Pencuci Rahsia Bersihkan Daki, Kotoran Alatan Rumah, Guna 2 Bahan Ini, Terus Berkilat!

Share

Selalunya, mak-mak akan bersihkan kotoran alatan rumah yang ada depan mata, mudah di lihat. Bukan apa, ‘sakit mata’ tengok daki yang melekat. Ini belum lagi periuk belanga yang berkerak.

Namun, ada juga mak-mak yang terlepas pandang pada alatan rumah yang selalu kita gunakan termasuklah plug dan kipas dinding. Sedangkan inilah kita gunakan dan plug yang kita selalu guna setiap hari.

Tak perlu nak pening kepala dengan mencari pelbagai jenis pencuci untuk bersih dan kilatkan alatan rumah ini. Cukup dengan hanya guna dua bahan saja. Malah,, bahan ini selalu kita pakai sehari-hari.

Ikuti perkongsian daripada Wan Said tentang pencuci resipi cinta yang membantu membersihkan kotoran dan daki yang ada pada alatan rumah.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Tip Bersihkan Periuk Hangit @ Berkerak, Guna 2 Bahan Saja, Kembali Bersih!

Tip Pasang Aluminium Foil Pada Atap Zink, Bantu Kurangkan Haba Panas Atas Rumah

Info Lebih Menarik DI SINI

Cara Bersihkan Alatan Rumah

Inilah pencuci resipi cinta.

Bahan yang diperlukan:

Cuka
Cecair pelembut
Air panas
Botol semburan

Caranya:
1. Masukkan cuka dengan anggaran satu penutup sahaja.

2. Campurkan dengan sedikit cecair pelembut.

3. Masukkan air panas ke dalamnya.

4. Goncangkan.

5. Boleh sembur dan bersihkan pada bilah kipas atau plug yang berdaki.
Terus berkilat.

Mingguan Wanita : Tak perlu nak bazirkan duit, guna dua bahan ini yang memang ada kat dapur dan kita guna pun tiap-tiap hari. Wangi dan berkilat lagi.

Sumber: Wan.Said (tiktok)

 

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora