Selalunya, mak-mak akan bersihkan kotoran alatan rumah yang ada depan mata, mudah di lihat. Bukan apa, ‘sakit mata’ tengok daki yang melekat. Ini belum lagi periuk belanga yang berkerak.
Namun, ada juga mak-mak yang terlepas pandang pada alatan rumah yang selalu kita gunakan termasuklah plug dan kipas dinding. Sedangkan inilah kita gunakan dan plug yang kita selalu guna setiap hari.
Tak perlu nak pening kepala dengan mencari pelbagai jenis pencuci untuk bersih dan kilatkan alatan rumah ini. Cukup dengan hanya guna dua bahan saja. Malah,, bahan ini selalu kita pakai sehari-hari.
Ikuti perkongsian daripada Wan Said tentang pencuci resipi cinta yang membantu membersihkan kotoran dan daki yang ada pada alatan rumah.
Kuali atau periuk, kalau lama-lama guna memang akan muncul kerak kuali. Bahagian belakangnya tak payah cakap, hitam dan sakit mata pula bila nampak tergantung kat dapur.
Mungkin ada pelbagai cara untuk buang kerak kuali dan kembali putih. Antara pernah diguna pakai seperti menggunakan baking soda, sabun mandi dan sebagainya.
Kali ini sangat menarik, buang kerak kuali dengan menggunakan asam keping. Perkongsian daripada Puan Kalaivani Vj tentang petua untuk hilangkan kerak kuali atau peralatan dapur lain.
Penggunaan asam keping ini sesuai untuk perkakas dapur jenis keluli, perak, besi, tembaga dan sebagainya.
Caranya:
1. DIDIHKAN ASAM KEPING
Sediakan periuk besar dan boleh memuatkan perkakas untuk dicelupkan ke dalamnya nanti. Kemudian, masukkan asam keping sekitar 6-7 keping dan panaskan hingga mendidih.
Jika tiada asam keping, boleh gunakan asam jawa tapi, kesannya tidak sehebat asam keping.
2. AMBIL PERKAKAS YANG INGIN DIKILATKAN
Antara perkakas yang nak dikilatkan seperti periuk, kuali. yang ingin dikilatkan. Ambil perkakas tersebut dan celupkannya ke dalam periuk besar tadi.
3. RENDAMKAN
Rendam periuk atau bahan yang ingin dikilatkan tadi selama lebih kurang 2 minit. Kalau rajin, terbalikkan supaya semua permukaan dapat terendam dengan sempurna.
4. SENTAL
Setelah dikeluarkan dari air asam keping yang mendidih tadi, sentalkan menggunakan sabun. Boleh dengan Sabun Cap Buruh atau Axion.
5. BILAS SEPERTI BIASA
Akhir sekali, bilaskan dan keringkan seperti biasa. Hasilnya berkilat.
Mingguan Wanita : Kalau mak-mak yang belum cuba, bolehlah guna cara ini. Gerenti berkesan dan paling penting macam eli baru pula.
Sumber: Puan Kalaivani Vj
Jom jadi vendor akak-akak bakers biskut raya terpaling sedap dan meletup di FIESTA HOMEBAKER USHA-USHA BISKUT RAYA anjuran Mingguan Wanita dan CSR Sugar.
Dalam hidup, rata-rata kita semua mempunyai kawan. Baik masa kecil, belajar atau di tempat kerja. Masing-masing ada perangai tersendiri yang kita sendiri pun faham. Tambah-tambah kalau dah lama mengenali antara satu sama lain.
Namun, tak mustahil ada berkawan yang hanya seketika. Bila tahu perangai dan rasa tak sesuai untuk dijadikan kawan, terus jarakkan pergaulan.
Tak kisah kawan sejak dari kecil, belajar mahupun di tempat kerja. Paling penting, inilah kawan yang mampu susah senang serta dapat tegur apa yang kurang pada diri. Adat dan rezeki berkawan.
Tapi ingat, kawan dengna sabahat adalah orang yang berbeza. Jangan fikir ini orang yang sama. Apa bezanya dan macma mana kita perlu berhati-hatu dalam berkawan. Ikuti apa yang dikatakan oleh Hanis Athirah Rosli.
Ada orang rezekinya ramai kawan, tapi nak setia belum tentu.
Ada orang orang rezekinya tak ramai kawan, tapi yang setianya satu.
Berkawan pun ada peringkatnya,
Bila mampu ada semasa senang susah, mampu tegur dan bimbing kawan bila salah itu namanya sahabat.
Bila hanya perlukan kita semasa senang, jumpa kesalahan tanpa menegur itu namanya kenalan.
Bila suka mencari kesalahan, mengata belakang dan wujudnya kebenciaan dalam diam itu namanya musuh dalam selimut.
Langsung dilupakan memori sepanjang perkenalan.
Kadangkala bila kita terlalu baik, naif dan jujur pun bahaya.
Bahaya bila kita akan dipergunakan tanpa sedar.
Bahaya bila kita akan dikhianati hingga membuatkan hati kita luluh hancur berkecai.
Sebab itu dalam berkawan perlunya hati hati dengan;
Kawan yang pura-pura baik depan kita, penting diri dan lupa diri, suka merungkit,
merampas hak kita, suka sindir dan lukakan hati kita, benci lihat kita lebih dari dia, penghasut terhebat dalam diam dan kawan yang jatuhkan kita dalam diam.
Tapi ada juga kawan yang kita tidak sedar merupakan sahabat kita. Selalu mendoakan kita walapun kita sendiri lupa dan kurang menghargainya kerana terlalu sibuk utamakan yang kita rasa lebih perlu. Ternyata kita manusia serba kekurangan, dalam persahabatan banyak kekhilafan yang kita tak sengaja lakukan.
Terima kasih semua kenalan, kawan dan sahabat yang pernah hadir dan menjadi sebahagian daripada hidup ini. Maafkan mana kurang dari diri ini. Tegurlah dan bimbinglah.
Doakan kebahagiaan kawan, sahabat dunia akhirat.
Mingguan Wanita : Berkawan biar beribu tapi dalam beribu hanya berapa saja yang mampu susah senang bersama. Hargailah kawan dan sahabat yang dapat tegur dan bimbing diri kita.
Kediaman harus dijaga rapi. Setiap insan sememangnya mahukan keselesaan kedaman. Apatah lagi buat mereka yang sudahpun mendirikan rumahtangga. Begitu juga dengan pendirian Siti Aisya Kamaruddin, 28, dalam menguruskan rumah tangganya dengan baik, bukan sahaja suami dan anak yang perlu dijaga, bahkan kediaman juga harus dijaga rapi.
Bak kata pepatah ‘Rumahku Syurgaku’, maka tidak hairanlah Siti Aisya dan suaminya, Mohamad Fahmi Misroh, 28 ini sanggup berhabis untuk rumahnya bagi mendapatkan keselesaan dan ketenangan.
Kediaman Harus Dijaga Rapi
“Alhamdulillah, rumah kediaman kami ini mencukupi untuk kami sekeluarga berehat. Malah saya juga bersyukur akhirnya saya dapat memiliki rumah pertama dan baru saja berpindah beberapa bulan yang lalu,” ujar Siti Aisya memulakan perbualan.
Ketika melangkah masuk ke kediaman ini sememangnya, penulis berasa agak kagum, walaupun ruang rumah sederhana namun susun atur cukup moden dan menarik.
“Kami meminati konsep ringkas, minimalis dan moden. Tidak terlalu feminin ataupun maskulin. Kami memberi kebebasan kepada syarikat pereka dalaman yang dilantik iaitu ADCS (AD Creative Studio) untuk menghasilkan rekaan yang sesuai untuk kami berdasarkan konsep yang dipilih,” ungkap ibu kepada seorang cahaya mata perempuan ini.
Sanggup Berhabis Demi Keselesaan Kediaman
Mengeluarkan kos sebanyak RM60,000 untuk pengubahsuaian Siti Aisya mula minat melakukan dekorasi rumah dari rancangan TV, Casa Impian. Sejak daripada itu, dia juga telah berhasrat untuk mendapatkan rumah idaman apabila sudah memiliki rumah sendiri.
“Sumber inspirasi banyak datang dari media sosial seperti Instagram, Facebook dan Pinterest. Alhamdulillah, bajet kami cukup untuk menghasilkan sentuhan sebegini buat kediaman kami.Tidak salah untuk berbelanja sedikit demi kediaman idaman. Kami juga tidak perlu meluangkan masa yang banyak untuk membersihkan dan mengemas rumah,” sambung Siti Aisya.
Ditanya tentang ruang kesayangannya, Siti Aisya menerangkan ruang vanity di bilik tidur utama menjadi kegemarannya. Manakala suami pula gemarkan panel helmet di ruangan makan.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...