Pencinta ayam goreng. Jangan terkejut, hanya kerana seketul ayam goreng, dia sanggup jelajah seluruh negara untuk merasa sendiri keunikan KFC di sesebuah negara.
Ingatkan setiap negara mempunyai rasa yang sama, maklum sajalah KFC kan ada di seluruh dunia dan sudah tentu resipi yang digunakan adalah sama. Namun, bagi pencinta ayam goreng, ia boleh merasai sendiri kelainan pada setiap ayam goreng di seluruh negara.
Inilah yang dilalui oleh seorang pencita ayam goreng. Sanggup menghabiskan masa selama 18 tahun dengan 24 negara untuk mencuba dan rasai sendiri ayam KFC terbaik dunia.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Petua Ayam Goreng Ranggup Guna 2 Bahan Perapan, Campur Gandum Barulah Tak MUAK
Resipi Ayam Goreng Crispy Ala-Ala KFC, Salut Dengan Tepung Protein Tinggi!
Selama 18 tahun, pencinta ayam goreng ini telah makan KFC di 24 negara. Dalam banyaknegara itu, salah satunya adalah ayam goreng KFC terbaik iaiatu Mongolia.
Jacky Tan, seorang perunding pemasaran berusia 41 tahun dari Singapura, mendapati rasa ayam goreng asli KFC di setiap negara berbeza dan mengambil keputusan untuk memulakan pencariannya ‘KFC terbaik di dunia’ dengan menjelajah ke seluruh dunia bermula pada tahun 2005.
Jacky dan pasangannya, Michelle berbulan madu di Sepanyol, dan beliau sempat makan ayam goreng itu di Barcelona, tetapi berkata KFC di Sepanyol adalah yang paling teruk pernah dirasainya, diikuti oleh Hong Kong dan Australia.
“KFC Sepanyol sangat kering dan hambar, ia seperti makan getah. Perkara terbaik hanya minum saja,” katanya.
Terus terang Jacky mengakui telah memakan lebih 1,000 ketul ayam goreng KFC semasa proses “penyelidikan” itu, dan beliau percaya ayam goreng yang dibelinya selepas beratur selama sejam di Ulaanbaatar, ibu negara Mongolia, adalah ayam goreng KFC terbaik pernah dirasainya.
Selepas Mongolia, kegemaran Jackie ialah KFC di terminal berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Cape Town di Afrika Selatan.
Turut dalam senarai 10 ayam goreng KFC terbaiknya ialah Sri Lanka, Indonesia, Malaysia, Thailand, Singapura, Chile, Filipina dan Korea Selatan.
Apabila Jackie dalam perjalanan perniagaan, beliau akan merasai KFC tempatan bersama Michelle. Kedua-duanya melawat KFC di pelbagai negara untuk memesan ayam goreng asli dan menilai setiap KFC berdasarkan piawaian “TaF-CA” mereka sendiri (singkatan untuk Rasa, Kesegaran, Kerangupan dan Aroma).
“Jika ayam goreng tidak memenuhi kriteria ‘rasa’ pertama, contohnya kerana ia terlalu masin atau terlalu hambar – maka saya tidak mahu terus makan baki ayam goreng itu,” katanya.
Simpan Duit Beli KFC Masa Kecil
Jacky berkata, keluarganya tidak kaya, jadi KFC adalah makanan “mewah” baginya, dan beliau mesti menyimpan wang yang cukup jika mahu makan KFC ketika kecil.
Walaupun beliau sudah pasti merasai lebih banyak KFC daripada orang kebanyakan, dengan lebih daripada 25,000 lokasi KFC di 145 negara, masih terdapat banyak tempat untuk beliau mencuba ayam goreng.
Jacky juga menyedari tidak semua orang akan bersetuju dengan ‘ranking dunia’ ayam goreng KFCnya, dan berkata terdapat banyak faktor lain yang perlu dipertimbangkan.
“Ranking pertama adalah berdasarkan pendapat peribadi pada masa saya merasa makanan, kedudukan terendah mungkin tidak mewakili standard negara itu atau hanya kerana restoran makanan segera itu sendiri,” jelasnya.
Mingguan Wanita : Demi seketul ayam goreng terbaik dunia. Mungkin ada ‘secret recipe’ di setiap negara itulah menjadi penyedapnya. Selera masing-masing.
Sumber: Jacky Tan
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita