Penat Puasa Macam Mana Pun, Isteri Tetap Masak! Suami, Kenalah Ringan Tulang

Share

Bila masuk bulan Ramadan nie, mak-mak mesti fikir nak masak apa untuk berbuka. Belum lagi berbuka terus fikir lauk untuk sahur. Macam itulah mak-mak, ada sahaja yang difikirkan untuk kesenangan keluarga. Baginya, melihat suami dan anak-anak kenyang sudah beri kepuasan untuknya.

Sampai rumah, isteri singsing lengan, baju pejabat masih bersarung , kini ‘berperang’ lak di dapur. Suami pula, jangan pula hanya bersenang lenang menonton televisyen. Sedangkan isteri berpeluh-peluh di dapur.

Tetapi, untungnya isteri apabila suami anda seorang yang cukup ringan tulang. Apa sahaja kerja rumah tangga dilakukan oleh suami yang kadang-kadang tidak terbuat oleh isteri. Mungkin bab memasak diserahkan pada isteri, selebihnya suami yang tolongkan.

Hakikatnya, tidak semua suami akan membantu apabila dilihat isterinya sedang sibuk. Membantu isteri di dalam kerja rumah datangnya dengan sendiri. Sekiranya dia lihat isterinya berhempas pulas memasak suami akan datang dan membantunya dengan rela hati. Ada juga suami yang tidak kisah tentang kerja-kerja isteri di rumah disebabkan egonya yang tebal di mana suami berfahaman bahawa kerja rumah adalah tugas isteri sepenuhnya. Ikuti kupasan lanjut tentang topik ini bersama Dr Ben Fadzil Mohd Salleh, Business Forencic Psychologist Grand Master Hypnotherapist dari Practice Training & Consultancy di Asia Barat.


Rajin Bukan Suami Dayus

Dengan melakukan kerja rumah bukanlah dayus sebaliknya, ia akan seperti dayus apabila dilihat oleh kawan-kawannya dan menegur tentang apa yang dilakukannya seperti di kawal atau mengikut arahan isteri.

Sepatutnya, kerja-kerja seperti membasuh pakaian, menyidai dan mengangkat baju adalah dilakukan oleh seorang isteri. Setiap suami juga tidak suka diberi arahan tetapi tidak kisah sekiranya membantu isteri.

Pembahagian Kerja Rumah

Apa yang boleh dilakukan suami isteri dalam pembahagian kerja rumah adalah semua kerja membasuh hendaklah dilakukan oleh isteri dan suami pula menyidaikan di ampaian, seterusnya di bawa masuk sesudah kering dan dilipat bersama dan isteri menyimpan baju yang sudah dilipat di tempat yang bersesuaian. Ini adalah kerja bersama. Begitu juga dengan memasak, isteri memasak dan suami membasuh dan membersihkan peralatan masak serta mengemas dapur.

Di dalam tugas harian, suami hendaklah mengosok bajunya sendiri dan baju anak anak sekolah serta tugas isteri juga sama iaitu menggosok baju sendiri. Isteri jangan sesekali menyuruh suami mengosok bajunya atau tudung isteri. Walau bagaimanapun senang kerjanya atau macam mana suami itu rajin sekali pun, tugas isteri adalah tetap tugas isteri.

Sekadar Meringankan Kerja Isteri

Setiap kerja yang berkenaan dengan dapur hendaklah dilakukan oleh isteri dan tugas suami hanyalah membantu di dapur sahaja. Ini termasuk memasak, membasuh pinggan, menghidang makanan, membuat air minum. Suami bolehlah mengambil alih tugas mengemas rumah, luar dan dalam serta menjaga anak kecil jika ada.

Tip Kasih Sayang

* Setiap Isteri perlu tahu bahawa tiada suami yang suka di perintah atau di suruh membuat kerja rumah kerana ia akan dilakukan oleh suami dengan hati yang terbuka.
* Apabila suami membantu isteri, ia menunjukkan kasih sayang suami pada isteri dan bukan untuk dapat pelepasan seorang suami keluar malam bersama kawan-kawan.
* Setiap suami membuat kerja rumah disebabkan membantu isteri secara sukarela dan atas dasar sayang dan bukan disebabkan kata-kata orang luar seperti “kalau sayang isteri suami kena buat sesuatu kerja untuk meringankan kerja isteri”.
* Kepada isteri mintalah suami membantu untuk mengemas dan bukan menyuruh secara paksa atau ugutan.
* Sekiranya suami membuat silap dalam sesuatu hal, janganlah dimarah malah tunjuklah cara dengan manja.
* Kepada suami pula, isteri akan lebih sayang sekiranya mereka dibantu membuat kerja rumah serta menjaga anak oleh suami mereka sendiri. Buatlah kerja secara ikhlas dan bukan dengan merungut atau bermuka masam.

Published by
Nora