Bukan apa.. tak bagus bila mak paksa diri buat semua kerja tanpa rehat. Bila penat sangat, rehat. Iya.. berehatlah mak-mak. Jangan paksa diri. Bimbang bila badan dah beri amaran ‘tak larat’ tapi mak tetap paksa diri, akhirnya mak tumbang.
Seharusnya mak kena tahu macam mana nak reward diri sendiri yang penat itu. Tak perlu nak keluar modal atau sampai lupa tanggungjawab pun. Simple saja panduan yang dikongsikan Rosmarlina Binti Abd Ghani ini.
Hadamkan kemas-kemas ya!
Pernah dengar tak ayat kat bawah ni bila naik flight.
“Put your oxygen mask on first before helping others or your children.”
So maknanya pentingkanlah kebajikan diri sendiri dahulu supaya dapat jaga insan tersayang di bawah jagaan kita.
Tugas dan kerja jaga hal ehwal dalam rumah, jaga makan minum suami serta anak-anak adalah tugas yang berterusan tanpa cuti dan perlu ada pengurusan masa yg betul supaya tidak berada dalam sebarang tekanan.
Ambil masa sedikit untuk diri sendiri, contohnya bila anak-anak dah pergi ke sekolah dan suami telah ke pejabat duduk rehat sekejap atas sofa sambil layan rancangan kegemaran, ambil aiskrim ke coklat ke Kek ke, dan makanlah dengan tenang.
Masa ni jangan fikir orang lain dah, hadiahkan diri sendiri dengan makan makanan kegemaran kita sebagai rewards dah bertungkus lumus bangun pagi siapkan semua untuk anak-anak.
Kemudian plan pergi makan makanan kegemaran di luar, biar hepi dan sebagai rewards juga untuk diri sendiri, buat sebagai satu refreshment supaya lebih bersemangat lepas tu.
Selain tu sayangilah kesihatan diri sendiri, lakukan senaman ringan supaya kekal sihat yang ni sangat penting sebab sebagai mak kita walaupun sakit kena juga gagah uruskan keluarga.
Kalau mak yg ada anak kecik tu, kalau anak tidur tu, ikut tidur kejap, tak perlu lama, 10 minit ke 15 minit pun takpa, janji rehat kejap.
Sesekali keluarlah bersama kawan-kawan supaya ada juga komunikasi dengan orang luar.
Buat lah aktiviti kegemaran juga contoh berkebun atau memasak, membaca novel atau keluar bersiar-siar menghirup udara luar.
PENAT tu pasti ada, namun kena fikirkan diri sendiri, janji pada diri supaya kena ada juga masa rehat, takut nnt badan hantar signal (jatuh sakit) sebab dah sampai limit.
Sekadar coretan dari mak anak 5
MW : Ingat ya mak-mak, kena pandai cari masa untuk reward diri.. agar lebih kuat untuk jaga anak-anak dan keluarga.
Sumber/Foto : Rosmarlina Binti Abd Ghani, Osaka