Ada kala suami balik dari kerja memang penat yang amat sampai kadang nak makan masakan si isteri pun tak sempat. Ini yang buat kaum isteri sentap! Dia ingat, suami tak sudi makan.
Haaa… jes ini ramai yang tak sedar dan kebanyakan lebih suka biar dan pendam. Bila sampai kemuncak, akhirnya MELETUP dan perang dingin. Ya, hanya disebabkan hal makan, suami isteri boleh gaduh!
Tapi kenapa, ya? Haaa… mungkin ini silapnya, cuba semak perkongsian oleh Pak Utih. Siapa tahu anda sendiri juga pernah buat silap macam ini…
Suami yang bekerja di pejabat, dapat menikmati makan tengahari di restoran yang banyak jenis lauk-pauk yang disukai. Dapat kita memilih mengikut selera kita. Malah boleh juga mendapat layanan yang “special” dari pelayan-pelayan restorean pilihan kita itu. Biasanya kita makan bersama-sama dengan rakan sepejabat. Ada juga yang mengajak bersama rakan sepejabat wanita beramai-ramai untuk majlis-majlis tertentu. Maka penuhlah di atas meja makan kita itu dengan lauk-pauk pilihan kita. Kadang-kadang kalau ramai yang datang, kita akan satukan dua-tiga meja sekali. Kita dapat merasakan keseronokan itu.
INI REALITI MAK-MAK YANG TUNGGU SUAMI BALIK KERJA
Pernah tak kita bayangkan pula bagaimana isteri kita yang full-time house wife tu makan tengahari di rumah. Dia memiliki amat terbatas pilihan untuk tempat makannya dan pilihan lauk-pauknya pula juga amat bergantung pada apa yang dia sendiri masak. Jemu-jemu makan di dapur, dia akan makan mengadap TV dan tak mungkin dia makan di atas katil kita. Maka sendirianlah dia dengan melongokkan nasi dan lauk-pauk ke dalam satu pinggan. Sungguh menjemukan dia. Namun, dia tetap juga masak lauk-pauk untuk kita pada malam nanti.
Kita pun balik ke rumah dengan sifat kita yang sentiasa sibuk dengan urusan rekreasi, jamaah dan persatuan. Kita tidak sempat menjenguk ke dapur untuk melihat apa yang dimasak oleh isteri kita pada hari itu. Malah selepas maghrib, sebaik saja isteri telah menghidangkan makan malam, kita pula bergegas keluar tak sempat nak bersama dengan mereka kerana ada urusan jamaah, persatuan dan masyarakat yang “penting” atau kawan-kawan “calling” ajak mengeteh di luar. Balik tengah malam, kita pun terus masuk tidur dan bangun pagi dengan semangat baru dengan penghidupan baru.
Kita tidak sentuh pun nasi dan lauk yang isteri kita simpan untuk kita semalam. Yang mana semalamnya, isteri kita melarang anak-anak kita menyentuh lauk kegemaran kita itu kerana bimbang kita balik nanti, tak ada lauk pula. Bila bangun pagi isteri kita lihat, nasi dan lauk langsung tidak berusik. KECIL HATI DIA!
Apa silap suami?
Makan bersama di satu meja lelaki dan wanita adalah satu perhormatan sosial yang menggambarkan pasangan yang sedang makan itu sedang menjalin hubungan kasih sayang antara mereka. Malah yang lebih nak menunjuk-nunjuk tu, dengan menyedut straw serentak dalam satu gelas yang sama. Ini menunjukkan mereka sedang berkomunikasi pada umum yang mereka adalah pasangan “ideal” yang sedang bercinta. Dan dengan lain perkataan, wanita ini jangan kacau… aku yang punya.
Begitu juga isteri kita. Makan bersama itu adalah satu penghormatan suami terhadap isteri atas sumbangannya dalam rumah tangganya itu. Seolah-olah kasihnya berbalas. Malah lebih menyeronokkan isteri ialah dia dengar perbualan telefon kita dengan rakan menolak ajakan makan di luar disertai dengan nada megah memberi tahu rakan-rakan kita yang malam itu isteri dah masak untuknya. Malah lebih sangat seronok lagi, bila suami membawa bekal nasi dan lauk ke pejabat yang disediakan oleh isteri pagi-pagi lagi.
PETUA UNTUK PASANGAN YANG BEKERJA TEMPAT SAMA
Bagi isteri yang kerja pejabat satu bangunan dengan suami, elok dijadikan budaya makan bersama dengannya di kantin pejabat tu. Ada peristewa seorang suami berbangga kerana tak pernah dalam sejarahnya makan semeja dengan isterinya. Dan malah berbangga kerana ketua jabatannya masih tak kenal siapa isterinya itu rupa-rupanya mereka menghadapi masalah komunikasi rumahtangga.
Jadi, berilah penghormatan sosial kepada isteri kita itu. Beritahulah pada umum yang isteri kita itu adalah pasangan ideal kita di dunia dan juga akhirat. Jika hubungan kita dengan isteri tidak seideal yang kita harapkan, maka hisablah diri kita akan tingkahlaku kita. Berapa kali kita makan bersama dengannya, berapa kali kita memuji keenakan masakannya, berapa kali kita pernah berdoa waktu makan bersama-sama dengannya. Berapa kali kita menyebut:
“Ya Allah ya Tuhan kami, berkatilah rezeki yang telah Engkau berikan kepada kami dan jauhilah kami dari azab neraka yang panas”
Masa ini tolong bersama-sama mengangkat tangan dengan isteri dan anak-anak kita.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Waktu hamil ibu bukan saja perlu jaga makan. Emosi dan kerohanian juga perlu dipertingkatkan agar bayi yang dikandungkan boleh membesar dalam perut dengan tenang dan sihat emosinya. Pesanan yang dikongsikan oleh Puan Tohirah Sufi, Pengasas Rumah Anak Yatim & Miskin Dynasti ini boleh dijadikan panduan buat ibu yang sedang hamil.
Ada jiran datang nak hantar anak tuisyen di rumah saya. Dan dia tanya, waktu mengajar baby tak meragam ke. Saya kata kalau meragam-ragam kecil tu biasalah nak susu. Tapi Alhamdulillah tak terganggu saya nak mengajar. Jiran tanya, saya amalkan apa semasa mengandung.
6 Tip Yang Diamalkan Ketika Mengandung/Selepas Melahirkan/Sepanjang Membesarkan Anak
1. Amal Bacaan Ruqyah
Dari sebelum mengandung amalkan bacaan Ruqyah (semasa mengandung lagi perlu baca, moga Allah lindungi kandungan)
2. Zikir Nama Allah
Ya Badi’ Ya Jamil (Semoga Allah anugerahkan kecantikan dan keindahan anak).
Ya Latiff Ya Nur Ya Hadi (Semoga Allah memberi cahaya keimanan, petunjukNya dan kelembutan).
Ya Kholiq Ya Bari’ Ya Musowwir (Allah Yang Maha Pencipta dan membentuk rupa)
Ya Halim Ya Hamid (Semoga Allah menjadikn anak seorang yang penyantun dan memiliki sifat baik dan terpuji)
Ya Hafiz Ya Muhaimin Ya Salam (Moga Allah jaga, amankan dan sejahterakan anak)
3.Selepas Dilahirkan
Dalam masa yang sama, anak yang dah lahir, setiap kali kita mandikan, pakaikan pakaian, susukan, bacalah:
Bismillahirrahmanirrahim
Allahumma faqqiha fid din, wa’alimha fit takwil (untuk anak perempuan).
Maknanya: Ya Allah, jadikanlah anakku seorang yang faqih dalam agama dan seorang yang bijak dalam ilmu takwil. Aameen..
4. Sambil Usap Rambut Dan Kepala, Bacalah
Sambil-sambil usap rambut dan kepala anak, baca juga surah Al Fatihah, surah Toha, Al Insyirah untuk anak lembut hatinya.
5. Bacakan Doa Ketenangan
Bacakan juga surah Yassin untuk ketenangannya, surah al Nahl (anak yang berdisiplin), At Taubah, Yusof, Al Luqman. Moga jiwa anak terpelihara, cantik akhlak dan mendengar kata.
6. Meriahkan Susu Ibu Dengan Surah Al Hujurat
InshaAllah, meriahkan susu ibu dengan amalan surah al Hujurat.
Sedikit perkongsian dari hamba Allah yang kerdil. Semoga dimanfaatkan bersama.
Sumber/Foto: Tohirah Sufi via Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kita tak pernah jemput orang lain dalam rumah tangga, tetapi kalau Allah nak bagi ujian tetap kena hadap dan bersabar. Nak-nak pula kalau ‘orang lain’ yang muncul itu memang golongan tersayang dalam keluarga.
Allah… bukan senang nak jaga hubungan suami isteri. Dan lagi berbisa andai orang asing itu adalah PENGACAU RUMAH TANGGA. Jangan cepat melatah, perkongsian saudara Firdaus Shakirin kali ini boleh membuka mata orang-orang yang se
‘Orang lain’ Dalam Kehidupan Suami Isteri
Kadang-kadang tu, kita dengan pasangan ok je. Tak ada masalah tapi masalah tu akan datang atau timbul bila ada “orang lain” antara kita berdua.
Siapa yang boleh dikategorikan sebagai “orang lain” dalam kehidupan kita sebagai suami isteri ni?
Mentua
“Orang lain” yang ada di tangga pertama, yang betul-betul powerful sehingga dia dpt menentukan/mencorakkan rumahtangga kita the way he or she wanted to. Anak dia nak buat apa-apa keputusan pun susah disebabkan perlu melalui dirinya dulu. Hatta apa yang berlaku dalam rumahtangga anaknya pun dia nak tahu dan dia yang masuk campur. Ini menyebabkan menantu kurang gemar / suka kerana campur tangannya seringkali membawa kepada pergaduhan, persengketaan antara menantunya dan anaknya.
Adik beradik
Adik beradik yang follow up closely tentang rumahtangga adiknya, kakaknya atau abgnya dan mencari point atau ruang untuk campur tangan, mengapi-apikan atau memperburukkan satu-satu pihak atas sebab dia tidak suka pasangan adiknya / kakaknya atau abangnya itu, dia rasa dengki, iri hati dengan apa yang pasangan adik-beradiknya ada. Lalu dia “mengacau” rumahtangga mereka sehingga menyebabkan pasangan kepada adik-beradiknya tertekan. Adik beradik yang masuk campur dalam urusan rumah tangga adik beradiknya yang lain layak digelar pathetic disebabkan dirinya sendiri tak dapat apa yang dicari dan dia tak nak orang lain dapat atau ada apa yang dia tiada.
Orang Luar (KETIGA)
Ketiga dan yang terakhir adalah “orang lain” yang paling berbahaya sekali iala orang luar yang cuba menagih kasih, memadu asmara dan bercinta dengan pasangan kita.
Orang yang membuatkan pasangan kita semakin jauh dengan kita dan semakin lupa akan tanggungjawabnya. Ada pasangan yang mampu berhadapan dengan “orang lain” ini sehingga berjaya menyelamatkan rumah tangganya dan ada juga yang tidak. Tahun ini ialah tahun khinzir…hmmm, tiberrr…( u know what i mean? )
3 jenis orang lain dalam rumahtangga kita suami isteri yang perlu kita elak, perlu kita hadapi dengan penuh hemah serta kebijaksanaan. Hal dalam rumah, setel dalam rumah tanpa perlu menceritakan kepada ketiga-tiga individu yang dinyatakan. Jika tidak, kita akan membuka ruang untuk mereka masuk dan meretakkan rumah tangga kita.
Dan akhirnya apa yang jadi dalam rumah tangga kita?
MW: Apa pun, bila diuji dalam rumah tangga, baik suami atau isteri kena banyak bersabar. Jangan dicanang pada orang luar sebab kita pun tak tahu baik buruk hati orang. Paling mudah, luah pada pasangan dan berbincang. Kalau perlu jauh, elok jarakkan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tahu tak waktu tidur anak yang paling bagus? Ok, biasanya anak-anak anda tidur jam berapa? Jangan kata anda dah biasa bagi anak tidur lewat sampai awal pagi, itu tak bagus untuk perkembangan anak-anak.
Seperti yang anda tahu, bayi yang baru lahir hingga kanak-kanak memiliki waktu tidur lebih panjang dibanding orang dewasa. Namun berapakah waktu tidur yang tepat?
Tidur Ikut Umur
American Academy of Sleep Medicine (AASM) menyatakan waktu tidur anak menjadi dua kelompok, iaitu anak-anak (bayi hingga usia 12 tahun) dan remaja (usia 13-18 tahun).
Berdasarkan penelitian menerusi artikel ilmiah tentang tidur, anak-anak yang tidur dalam waktu yang disarankan memiliki perilaku yang lebih baik, dan tidak banyak masalah belajar. Bukan hanya itu, cukup tidur boleh mengurangkan risiko usaha menyakiti diri sendiri seperti bunuh diri dan mengalami penyakit mental lain.
Penelitian terbaru yang diterbitkan dalam Journal of Clinical Sleep Medicine mengungkapkan bahawa waktu optimal yang disarankan bagi anak-anak untuk tidur adalah seperti berikut:
Ini Waktu Tidurkan Anak Ikut Umur
1. Bayi berusia 4-12 bulan: 12-16 jam per 24 jam (termasuk tidur siang)
2. Kanak-kanak berusia 1-2 tahun: 11-14 jam per 24 jam (termasuk tidur siang)
3. Anak-anak berusia 3-5 tahun: 10-13 jam per 24 jam (termasuk tidur siang)
4. Anak-anak berusia 6-12 tahun: 9-12 jam per 24 jam
5. Remaja berusia 13-18 tahun: 8-10 jam per 24 jam
Jadi, ini adalah satu ilmu untuk mak-mak praktikkan kepada anak-anak dari peringkat awal untuk mendapat waktu tidur yang cukup dan ideal bagi anak-anak.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI