Keadaan sekarang yang sangat mencabar membuatkan setiap ahli keluarga bekerja keras dalam mencari rezeki dalam meneruskan kehidupan. Kadang-kadang diri sendiri penat kerja terutamanya isteri yang turut membantu meringankan beban suami.

Penat kerja bukan hanya di pejabat dengan bebanan yang bertimbun-timbun. Tapi ada juga yang ‘gila kerja’ sehinggakan kesihatan diri sendiri pun tidak terjaga.

Mohd Shariman Che Deris turut berkongsi tentang apa yang dikatakan ‘gila kerja’ yang boleh mendatangkan sakit pada diri sendiri. Berpada-padalah bila penat kerja tu. Ambil masa untuk berehat.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Isteri Duduk Di Rumah Lagi Penat Kerjanya. Suami Jangan Nak Berkira Ye!

Ketenangan & Kebahagiaan Dapat Dirasai Apabila Ikhlas, PENAT Berkhidmat Pada Orang Kita Sayang!

Info Lebih Menarik DI SINI

Penat Kerja Sampai Kesihatan Terabai

Kita pernah dengar atau mungkin juga terbaca tentang risiko sakit akibat bekerja. Betul? Dua kondisi sakit akibat bekerja ini datangnya samada akibat keadaan, lokasi dan mungkin juga bentuk kita bekerja atau mungkin juga akibat kegilaan kita bekerja.

Benar, ramai yang tidak sedar kegilaan dalam bekerja atau kita lazim sebut sebagai ‘workholic’ juga boleh mendatangkan sakit tanpa disedari, malah boleh juga menjadi pembunuh dalam diam, ‘silent killer’. Serius? Iye benar, mungkin ramai yang masih lagi ragu-ragu namun inilah kenyataannya, kita pernah dengar cerita rakan yang meninggal secara tiba-tiba, sudden death atau rakan yang kita tahu sihat namun tiba-tiba masuk wad malah pernah juga kita dengar cerita ada rakan yang pengsan di tempat kerja, betul? Inilah kenyataannya.

Bagaimana mungkin seorang yang sihat tiba-tiba boleh jatuh sakit tanpa ada simptomnya? Kita terlepas pandang simptom yang dilihat sebagai pencapaian bukan sebagai ancaman kesihatan.

Gila bekerja tentu sekali berbeza dengan gigih bekerja, namun kedua-duanya ada risiko tersendiri sekiranya tidak dikendalikan dengan baik. Kita perlu fahami dulu bagaimana tabiat orang yang gila bekerja, ianya satu keadaan apabila kita ketagih dalam bekerja sehingga menimbulkan ketakutan yang teramat sangat sekiranya kita tidak bekerja.

Ads

Apatah lagi dalam keadaan pandemic COVID-19 sekarang ini, bekerja di rumah bukan satu pilihan malah satu tekanan buat diri mereka yang gila bekerja. Diane M. Fassel, penulis ‘Working Ourselves To Death’ menulis “Gila kerja adalah satu ketagihan berakitiviti secara berterusan. Tingkahlaku ini berlaku walaupun dalam keadaan mereka sedar ianya berbahaya dan boleh merosakkan diri sendiri dan juga kualiti kerja mereka”

Apakah yang menjadi dorongan buat mereka ini? Lihat sahaja di pejabat, kenapa mereka ini berterusan dengan sikap gila kerja ini? Pujian? Sungguh, mereka ini akan dipuji kerana sikap kegilaan dalam bekerja, apatah lagi mereka dilihat sebagai outstanding mengatasi batas-batas normal gaya kerja petugas lainnya, masa kerja yang panjang, jenis kerja yang tidak berkira malah sering kali juga mereka ini akan teruja untuk melaksanakan kerja orang lain. Mereka akan tenggelam dalam pujian demi pujian dan menjadi satu perisai diri untuk terus gila dalam bekerja dan menolak teguran lainnya.

Jadi apa masalahnya? Tentu saja untuk sebuah organisasi sikap begini sangat diperlukan, produktiviti akan meningkat malah ianya bukanlah satu perkara yang negatif, betul?

Gayle Porter, Associate Professor di Rutgers School of Business di Camden, New Jersey menyebut “Gila kerja adalah satu tindakan yang berisiko dan berbahaya untuk manusia” Apa sebenarnya yang diabaikan oleh orang yang gila dalam bekerja ini?

1. Masa untuknya adalah bekerja “Aku tiada masa nak layan hal-hal lain ni, kau mana tahu, aku kena bekerja untuk nafkah keluarga”

Realitinya mereka yang gila bekerja ini seringkali mengabaikan hak masa untuk keluarga, rakan-rakan dan juga sosial kehidupan lainnya. Mereka ini diistilahkan sebagai ‘tiada kehidupan’ sehingga akhirnya menjadi beban kepada diri sendiri apabila mula kehilangan keluarga, rakan-rakan dan status sosial di mata masyarakat.

Ads

2. Kesihatan sering diabaikan, makan minum yang tidak mengikut ketetapan waktu dan menu yang baik. Masa makan untuk diri mereka ini tidak penting, kerja adalah satu keutamaan. Kita akan nampak kesannya kepada mata yang cengkung dan berat badan yang menurun. Mereka lebih suka memilih makanan yang segera dan mudah habis berbanding menu berat yang perlu lama dihadamkan. Soal zat makanan bukan keutamaan buat mereka.

Pengabaian kepada diri ini akan menyebabkan mereka ini sakit sama ada secara fizikal, mental dan spiritual juga emosi. Ada lapan jenis penyakit yang berkemungkinan boleh terjadi kepada mereka ini.

1. Jantung
Tekanan kepada sasaran kerja dan keinginan mencapai produktiviti tinggi dalam menyiapkan kerja akan menimbulkan tekanan kepada emosi dan spiritual, mereka kerap menyalahkan diri apabila gagal mencapai standard menganggu aliran darah dengan baik apatah lagi dengan rehat yang kurang.

2. Hipertensi
Tekanan yang dirasakan ketika menyiapkan kerja sering menimbulkan rasa tidak puas hati dengan dirinya, jug majikan serta rakan sekerja. Dia mula memaksa dirinya dalam keadaan ketidakmampuan dan ini akan menjejaskan kualiti kerja sehingga menambahkan lagi tekanan emosi untuk dirinya. Malah tidak mustahil akan menyebabkannya kemurungan kerana ‘self blaming’ yang tinggi.

3. Insomnia
Adakah kita ini jenis yang masih bertahan di depan komputer biarpun telah melepasi lewat malam dan menjengah ke pagi, sehingga menyebabkan sukarnya untuk kita tidur kerana memikirkan soal kerja seolah tiada lagi hari esok. Hati-hati ye, inilah antara punca insomnia.

4. Lelah
Kesihatan diri yang tidak dijaga dan rehat yang kurang menyebabkan berlakunya kepenatan dalam bekerja. Mereka ini sering dilihat, mengosok-gosok belakang leher, menyapu wajah dan mengeluh bukan kerana kerja tetapi kerana mereka mengejar kerja sehingga menimbulkan rasa penat yang kronik, fatique.

Ads

5. Lemah badan
Jika disebut tentang ‘mati pucuk’ untuk lelaki, tentu sahaja ramai yang berkerut mendoakan agar tidak terjadi. Maaf ye, kegilaan dalam bekerja akan menyebabkan kita lemash badan akibat rehat yang kurang, pemakanan yang tidak baik dan pemikiran yang tidak tenang. Ketahanan badan yang kurang, tidakkah ini akan menganggu prestasi kerja mereka kelak? Inilah antara perkara yang mereka perlu fikirkan sedalamnya.

6. Kegagalan ginjal
Waktu duduk yang terlalu lama, tekanan yang terpaksa diampu oleh lower body, minum yang kurang dan sering kali mereka akan menahan diri daripada buang air kerana fokus melampau kepada kerja. Ini adalah tabiat di luar normal yang menjadi punca masalah kepada ginjal malah mungkin sehingga terjadinya batu karang.

7. Sembelit
Ini juga berpunca daripada kurang minum air dan pemakanan yang salah, apatah lagi jika mereka menahan untuk buang air. Tidak mustahil mereka akan mengalami sembelit yang kronik sehingga menyebabkan berlakunya pendarahan dalaman.

8. Buasir
Penyakit yang disebabkan oleh sembelit sehingga terpaksa meneran paksa dan berkemungkinan menyebabkan berlakunya bengkak dan terkeluar malah pendarahan. Ramai yang terlupa akan perkara ini.

Apakah kita sudah bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan ini dengan masih mengekalkan tabiat gila bekerja sehingga memungkinkan mengalami sakit mental, kemurungan, malah pembentukan bipolar diri sehingga boleh mencederakan diri sendiri.

Begitu? Atau kita sudah bersedia untuk menukar gaya bekerja kepada gigih bekerja.
Gigih bekerja untuk nafkah keluarga dan pengiktirafan kepuasan diri tanpa mengabaikan soal kesihatan dan masa serta hak sosial diri.
Menjalani kehidupan yang normal, tenang dan menbahagiakan adalah tentu lebih baik. Ini adalah cara kita bekerja, tidak hanya menjadi petugas cemerlang malah lebih penting insan yang juga cemerlang, bakal ahli syurga-Nya.

MW: Jangan terlalu taksub dalam memikirkan tentang kerja yang perlu dilakukan. Kita tidak tahu, inilah yang boleh membuatkan kita menghidap pelbagai penyakit. Berpada-padalah.

Sumber: Mohd Shariman Che Deris

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI