Penantian Lebih 3 Tahun Raja Ilya Berbaloi “Hamil 5 Bulan, Susah Rupanya Hendak Jadi Ibu”

Share

Penantian lebih 3 tahun Raja Ilya berbaloi. Tahniah diucapkan buat pelakon jelita Raja Ilya yang berkongsi berita gembira dirinya hamil lima bulan.

Pelakon itu yang kini menetap di Perth, Australia bersama suaminya seorang rakyat Australia, Trent Garret ini berasa sangat bersyukur akhirnya rezeki untuk hamil hadir.

 

Penantian Lebih 3 Tahun Raja Ilya Berbaloi

Akui bukannya satu fasa mudah untuk menunggu kehadiran cahaya mata, Raja Ilya yang belum berpeluang kembali ke Malaysia sejak penularan pandemik COVID-19 akibat sekatan perjalanan dua tahun lalu, bagaikan tidak percaya diberikan rezeki indah ini.

“Sebelum ini, saya pernah beri tempoh setahun untuk mendapatkan anak selepas berkahwin pada 23 Disember 2018. Tetapi, hasrat itu tidak datang dengan mudah. Saya kena tunggu lebih tiga tahun untuk detik ini.

“Pada fasa pandemik menuju endemik ini, akhirnya rezeki hamil datang. Macam tidak percaya nikmat itu datang akhirnya. Suami gembira bukan kepalang.

“Sebenarnya, tidak sabar berkongsi berita gembira ini. Akhirnya saya dan suami putuskan untuk beritahu semua,” ungkap Raja Ilya.

Hati Rindu Nak Balik Malaysia

Pemilik nama sebenar Raja Ramilah Begum Raja Mohammad itu juga akui  berasa sangat bersyukur dn mendoakan segalanya berjalan lancar

“Syukur Alhamdulillah, Yes betul , Ilya mengandung.

“Syukur Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar seperti ditentukan Oleh Yang Maha Esa.

“Kami happy sangat dekat sini , walaupun hati tu rindu nak balik MALAYSIA, balik Ipoh jumpa keluarga.

“Rindu nak shooting jumpa kawan kawan, Honestly rasa kebunan rindu tu lebih dari kebunan nak makan time mengandung ni.

Bakal Bersalin Di Australia, Minta Kongsi Tip

“Memandangkan Ilya akan bersalin dekat Australia, Ilya harap ramai Boleh share tips dekat ilya ok.

“One thing Ilya experience dalam 5 bulan ni “it’s Hard” bukan mudah rupanya nak jadi seorang ibu. Phewww.

“Tapi in the same time, rasa excited and bersyukur.

“Thank you for all the well-wishes, love & support dari korang semua selama ini,” luah Raja Ilya.

Rakan Selebriti Tumpang Gembira

Gelagat Raja Ilya dan Suami Sering Menarik Perhatin Netizen

 

Menarik Lagi  :  Sebulan Berkahwin Isteri Fizo Hamil “Alhamdulillah Syukur, Cik Yam Nak Dapat Adik Dah!”

Shima Anuar Hamil Anak Ketiga “Doakan Saya, Bayi Supaya Sihat dan Selamat”

MINGGUAN WANITA : Semoga segalanya dipermudahkan buat Raja Ilya.

Sumber Foto : Instagram Raja Ilya

ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!

Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar.  Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.   

Klik link ini untuk daftar penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura  

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Published by
Norhayati Suboh