Tahniah diucapkan buat Danny-Factor dan isteri Zaidatul Norfazlin Zakaria atau Lyn yang telah dikurniakan cahaya mata pertama pagi tadi. Lyn selamat bersalin anak pertamanya di Hospital Putrajaya. Mingguan Wanita sempat mengucapkan tahniah buat pasangan ini.
“Walaikumsalam, terima kasih atas ucapan dari Mingguan Wanita. Saya berasa sangat gembira pada hari ini ungkapan ini sukar diucapkan. Ya lah penantian selepas tujuh tahun akhirnya rezeki kurniaan dari Allah SWT.
“Syukur berkat kesabaran dan hadapi dengan tenang rezeki akan datang jua. Saya juga nak ucapkan terima kasih kepada semua kenalan yang tak putus mendoakan buat kami sekeluarga,” ungkap Danny ketika dihubungi.
Beberapa minit kemudian Danny memuat naik statusnya dan berkongsi gambar puteranya dengan kata-kata;
“Buat tatapan teman2 semua .. inilah Putera kami yg Pertama selepas penantian selama 7Tahun.. Terima kasih jugak to my Wife @lynkhardanie yg bersusah payah selama 38week 2hari #EbRaHIMDhAnIe #itsaboy Thank you semua yg doa dan wish tahniahh Syukur Alhamdulillah ..”
Sebelum dihubungi Danny telah memuat naik status di FB akaun miliknya yang menggunakan nama Danie Anwar dan berkongsi perasaan syukurnya;
“Alhamdulilah Syukur Diatas kurniaanmu Ya Allah SWT… terima kasih kepada yang mendoakan keatas isteri dan ank lelaki pertama kami Tepat Jam 1115am .. 28022019 Khamis .. lahirnya Putera kami . yeayy Now my new tittle Papa Dada ayah daddy pokmu .. Terima kasih .. Atuknya Tengah Azan .. #1stbaby #itsaboy #khamis #28022019 #myhero”