Penantian 5 Tahun Ameer Sofazr, “Terharu Apabila Ada Waris atau Zuriat Kita Sendiri”

Share

Penyanyi Ameer Sofazr berongsi berita gembira kini bergelar bapa apabila isterinya, Saidatul Nazriah Abdul Latif selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka, Selasa lalu.

 

Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Ameer atau nama sebenarnya Amir Mahiyiddin, 34, meluahkan rasa syukur atas kelahiran bayi perempuan seberat 3.1 kilogram itu yang bakal menjadi pelengkap rumah tangganya bersama isteri selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.

artikel berkaitan: Syukurlah PKP Eratkan Hubungan Suami Isteri, Jika Tidak Perhalusi Mana Salahnya

30 Hari Ramadan, Inilah Masa Terbaik Ajar Anak Buat Baik

Lahirnya Puteri Sulung Ameer Sofazr

“Alhamdulillah syukur, isteri saya sudah selamat melahirkan puteri sulong kami, pada jam 7.40 malam, 27 Oktober lalu.

“Terima kasih pada seluruh keluarga, saudara, sahabat, kawan-kawan, peminat-peminat dan semua yang mengenali kami kerana mendoakan isteri dan anak kami.

“Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan dan rahmat-NYA. Amin,” ujarnya.

Terima Kasih Semua

Ameer dalam perkongsian sama turut berjanji akan menjaga amanah yang diberikan kepadanya dengan sebaik mungkin.

“Insya-ALLAH dengan rezeki dan amanah yang diberikan oleh-NYA, akan saya jaga sepenuh hayat. Terima kasih semua,” ucapnya.

Cukup bersyukur dan rakamkan momen indah sewaktu isteri hamil.
Tahniah Ameer dan isteri.

Dibenarkan Iqamat Tanpa Pegang Baby

Berkongsi lanjut tentang pengalamannya menimang cahaya mata sulung ini, Ameer akui sangat bersyukur walaupun berdepan detik sukar sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Buat masa sekarang saya hanya dibenarkan iqamat tanpa pegang baby. Tapi dapatlah sentuh baby sikit saja. Memang terharu sangat-sangat apabila kita ada waris atau zuriat dari darah daging kita sendiri.

“Bagi yang belum dikurniakan zuriat lagi janganlah berputus asa atau patah semangat kerana perancangan Tuhan adalah sebaik-baik perancang. Biarkan apa orang nak cakap, yang penting kita sebagai suami isteri kena sabar dan saling memahami,” katanya seperti mana dipetik menerusi Astro Gempak.

Antara ucapan tahniah dari warganet.

Sumber/Sumber Foto: Instagram Ameer Sofazr
Sumber: Astro Gempak https://gempak.com/
Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/

Published by
Norhayati Binti Suboh