Penangan Nostalgia Gambar Lama 8 Beradik Lelaki, Rupanya ‘Emak Bersalin 14 Kali'

Gambar lama 8 adik-beradik lelaki ini viral di media sosial. Seronok tengok, bersusun 8 beradik dari besar ke kecil. Bila dah dewasa, mereka rakam semula gambar ikut susunan yang sama. Daripada 8 beradik lelaki ini, ada lagi 6 beradik perempuan satu ayah, satu emak.

Pemilik gambar nostalgia, Salman Sulong akhirnya membuka cerita. Kata Salman, gambar yang menular itu dikongsikan di media sosial sekitar tahun 2019. Masuk dalam Grup Dulu Dulu dan Malaysia Dulu Dulu.

Memandangkan, gambar itu kembali tular, Salman buat keputusan kongsikan semula gambar nostalgia itu dalam Grup Malaysiaku Dulu Dulu Official.

Memandangkan ini grup yang bawa trend ‘Dulu Dulu’ yang official saya masuk, saya rasa berhak juga jika gambar ini disampaikan di Group Official ini yang saya masuk ketika jumlah member masih lagi bawah 1k.”

Ok. Let’s start.

Apa kaitannya gambar ini dengan Malaysiaku Dulu Dulu Official? Haaa.. Nak cakap macam mana?

Dulu, besi dulu sangat tahan. Tahun 1998 ketika kami bergambar depan garaj kereta ni, besi itu masih baru. Pada 2019, ketika ‘remake’ gambar ini, besi itu masih utuh lagi dan memberikan fungsinya. Amat berbeza dengan besi zaman sekarang, cepat sangat berkarat dan berlubang. Mungkin sebab sudah ‘recycle’.

Ye, ini kami 8 beradik lelaki satu emak satu ayah. Tapi, jangan komen dulu, sebenarnya ada lagi 6 beradik lagi yang perempuan, tapi tak masuk dalam gambar. Benar, emak pernah merasa pengalaman bersalin sebanyak 14 kali termasuk sekali yang terpaksa disambut oleh ayah sendiri. Hebat kan emak zaman dulu dulu.

Remake Gambar Lama 8 Beradik Sebab Nak Gembirakan Hati Emak

Idea bermula untuk remake gambar ini ialah untuk menggembirakan emak pada musim raya tahun 2019. Semua adik beradik balik beraya di kampung dan kami teringat dulu emak suka sangat minta kami adik beradik ni bergambar susun macam tangga. Lalu terhasil lah gambar ini; 1998 vs 2019.

Alhamdulillah semua masih bernyawa ke saat tulisan ini. ‘Alive n kicking’ kata orang putih.

IKLAN

Kenangan Merasa Kasut Multi Purpose

Dahulu, kasut raya kami pastinya kasut yang multi purpose. Selalunya yang boleh dipakai untuk acara sukan di sekolah. Tak perlu keluar bajet lain untuk beli kasut. Alhamdulillah merasa juga pakai kasut raya walau adik beradik ramai. Bajet mestilah besar, syukur ayah kami mampu. Selain itu kasut raya turut kami pakai kalau kami sekeluarga ‘travel’ akhir tahun naik van/4×4 pusing negeri lain melawat saudara mara. Bergaya la sikit.

Dulu Rambut Adik Beradik Semua Sepesen

Apa lagi nak cerita kalau bab dahulu ni? Haa.. Satu perkara yang sekarang ni saya rasa orang sekarang sudah jarang buat. Cuba lihat gambar 1998. Rambut yang kecil-kecil tu sepesen je. Memang dari dulu, ayah kami akan guna skil tangan dia sejak dia bujang untuk potong rambut kami semua.

Pakai mesin gerit yang macam playar tu. Bukan mesin bermotor macam sekarang. Memang kami akan kena tadah kepala bila ‘panggilan potong rambut’ sudah berbunyi.

Waktu tu, memang ada juga masa yang rasa tak suka atau tak puas hati dengan fesyen yang tak up to date, tapi bila dewasa ni, baru tahu sebenarnya bukan fesyen sangat yang ayah titik beratkan, tapi BONDING FATHER N SON yang ayah cuba buat.

Dalam kesibukan kerja beliau dan keseronokan kami bermain dan bersekolah, masih juga beliau cuba luangkan masa bersama untuk beliau turunkan beberapa sentuhan bekalan pesanan masa depan buat anak-anak tersayang. Merasa juga la perit kalau mesin tu terlekat atau kurang minyak.

Baju Raya Sepeses Dari Sekayu Kain

Emak? Emak seboleh-bolehnya nak kami adik beradik pakai baju yang sama atau sepesen. Jenuh juga la nak mencari. Alhamdulillah sampai sekarang Baju Melayu Raya kami akan satu warna. Bahkan selalunya dari kayu kain yang sama. Memang untunglah tokei kedai kalau emak pergi kedai kain, tak payah promote banyak tapi satu atau dua kayu kain baju raya akan terjual. Tapi sebelum dia tersenyum, dia kena mengadap skil tawar menawar dari emak dulu Hahaha.

IKLAN

‘Mengaji, makan, berjalan, tengok TV pun berjemaah’ Rahsia harmoni 10 beradik.

Penangan Nostalgia Gambar Lama 8 Beradik Lelaki, Rupanya ‘Emak Bersalin 14 Kali’
Meriah! Salman dan isteri dikelilingi 10 orang anak-anaknya.

Kesemua Anak Berjaya Dalam Bidang Masing-masing

Itu je lah sebahagian ceritanya tentang gambar ini. Alhamdulillah adik beradik membesar sihat dan berjaya dalam pelajaran semua. Dari 8 jejaka ni, dua belum kahwin dan yang bongsu je yang kerja part time sementara result U keluar. Syukur juga, pendidikan sampai untuk kami semua dan semua sudah diizinkan Allah jejak kaki ke Tanah Suci.

Ini Keberkatan Didikan Mak Ayah

Bergaduh? Biasalah tu. Masa kecil, gaduh gaya kecil. Masa besar, gaya besar. Memang ada la terkucil sana sini, tapi orang kata carik carik bulu ayam kan? Bila kenangkan betapa susahnya ayah dan emak membesarkan kami 8 Plus 6 ni, rasa tak patut amat kalau bila dah besar ni, kami nak bergaduh lagi. Apatah lagi kalau disebabkan perkara kecil je pun. Mohon Allah satukan hati kami semua adik beradik, sayang menyayangi dan ambil berat sesama sendiri, hasil KEBERKATAN ayah dan emak yang bersusah payah membesarkan kami.

Ada Abang-abang, Takde Siapa Berani Ganggu Adik

Ada satu cerita tambah. Satu waktu tu, adik yang bawah tu kena buli oleh sekumpulan pelajar di sekolahnya. Lebih tepat lagi, di asrama. ( tak boleh sebut secara tepat yang mana satu, akta kerahsiaan Hahaha)

Dijadikan cerita, bila berita buli tu emak sampaikan pada kami, abang-abang yang atas ni, pada waktu malam tu juga, kami terjah ke asrama tu untuk tahu cerita sebenar. Bukan nak bela adik semata, tapi kalau dia yang salah, biarlah dia merasa. Warden kebetulan malam tu tak ada, jadi terus kami masuk bilik dan cari hamba-hamba Allah yang dikatakan buli adik tu. Sungguh dramatik, bertempiaran melarikan diri dan bersembunyi katanya ‘saspek-saspek’ tu.

Alhamdulillah tiada pertumpahan darah atau sentuhan fizikal. Tak tahu la mereka yang terlibat tu masih ingat atau tidak hahaha. Kenang balik, gaya kami masuk ke asrama tu dah sebijik macam geng Young and Dangerous filem Hong Kong tu. Cuma tak bawa pedang, kayu atau pisau dapur.

IKLAN

Cerita Anak Ramai..

Okay lah, panjang sangat dah ni. Insya Allah bersua lagi cerita lain (kalau rajin, sebab saya tak pandai nak tulis). Cerita anak ramai ini pasti berulang lagi dalam generasi kami dan seterusnya InsyaAllah.

Terima kasih sebab membaca. Harap menjawab banyak persoalan tentang gambar ini ye. Kalau orang tanya kenapa yang tengah tu terbantut (kurang asam punya statement), tak pandai la kami nak jawab.

Tapi, kalau tanya kenapa hensem-hensem, jawapannya senang je. Sebab ayah dan emak kami pun hensem dan jelita.

Sekian.
BangLong.

Nak tengok video kami beraya, boleh tengok di channel YouTube adik. Please subscribe, dia perlukan support untuk terus hasilkan content.
https://youtu.be/06_ayJ0ORl4

Yang ni pulak, keluarga sekunder yang tengah ikut jejak sama insya Allah.
https://www.youtube.com/channel/UCplNw8hfrvvNBJfHqRFj6mQ

MW : Dah tau kan kisah gambar lama 8 beradik lelaki ini. Bagus untuk dijadikan sumber inspirasi. Sejuk perut ibu mengandung dan melahirkan.

Sumber/Foto : Salman Sulong

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI