Teruja tengok buah limau kasturinya. Lebat sungguh buahnya. Kata Azuan Abdullah, itulah hasil selepas pokoknya disembur dengan MOL Pisang yang dibuat sendiri.
Kebaikannya ianya bagus digunakan pada tanaman yang baru nak berbuang atau berbuah. Jadi dapat merangsang pengeluaran bunga yang lebih banyak. Dalam masa yang sama dapat meningkatkan kualiti buah.
Antara syarat kemenjadian MOL Pisang ini, ia perlu buat menggunakan pisang yang dah masak. Lagi ranum lagi bagus. Macam mana nak buat, kenalah baca satu persatu panduan yang dikongsikan ini.
Cara Buat MOL Pisang Sendiri
Untuk buat MOL pisang, kita perlukan pisang yang dah masak. Lagi masak ranum, lagi baik. Nak guna kulit pisang sahaja pun boleh. Lepas ni, boleh la pi minta dengan Cik Kiah yang jual pisang goreng tu ya.
MOL pisang ni antara MOL buah yang paling tinggi kandungan Potassium Oxide (K2O) iaitu 1.2%.
Bahan dan cara membuat MOL buah pisang ini pun cukup mudah.
1. Pisang masak / kulit pisang : 1 bahagian
2. Gula merah / molases : 1 bahagian
3. Bekas plastik : 1 unit (pastikan bekas yang sesuai. Bila semua bahan dimasukkan kedalam bekas tersebut, ruang kosong dibahagian atas sekurang-kurangnya 1/3 daripada tinggi bekas tersebut).
4. Kain bersih / kertas tanpa karbon
5. Tali / getah
Pilih buah pisang yang dah masak dan timbang beratnya. Beratnya adalah 630 gram.
Timbang gula merah. Beratnya mesti sama dengan berat pisang (630 gram). Jika lebih sedikit tu, tak ada masalah.
Ads
Potong kecil-kecil pisang tadi. Tak perlu buang kulit ya. Potong je terus lebih kurang 2-3 cm.
Masukkan gula merah ke dalam bekas hingga dasar bekas tersebut ditutupi dengan gula merah.
Letakkan pisang yang dah dipotong tadi di atas lapisan gula merah. Tinggi lapisan pisang ini adalah antara 3-5 cm.
Letakkan gula merah hingga menutupi semua pisang tadi.
Masukkan lagi potongan pisang ke atas lapisan gula merah. Proses ini berulang hingga pisang kita habis.
Ads
Last sekali, letakkan semua baki gula merah dibahagian atas.
Ini keadan susunan pisang dan gula merah. Perlu diingat, lapisan paling bawah dan lapisan paling atas adalah gula merah. Pastikan ruang kosong dibahagian atas bekas sekurang-kurangnya 1/3 daripada tingginya. Ini penting supaya proses fermentasi berlaku dengan sempurna. Jika ruang kosong kurang 1/3, perlu tukar kepada bekas yang sesuai.
Tutup dengan kain bersih. Nak guna kain tudung macam saya pun boleh, dengan syarat mesti dapat kelulusan daripada orang rumah ya. Lepas tu ikat bagi ketat.
Simpan ditempat redup dan bebas daripada cahaya matahari selama 7-10 hari.
Ini keadaan selepas 10 hari diperam.
Ads
Asingkan cecair mol dengan sisa pisang guna penapis.
Masukkan mol pisang yang dah siap ditapis ke dalam botol. Untuk simpanan bagi tempoh yang lama, pastikan lubang dibuat pada penutup botol dan ada ruang kosong 1/3 daripada tinggi botol tersebut. Simpan ditempat yang gelap.
Nutrien Yang Ada Dalam MOL Pisang
Terdapat 10 jenis nutrien yang ada dalam MOL pisang.
Nak siram pun boleh, nak sembur pun boleh. Saya buat 2-2 sebab cara ia bertindak berbeza.
Penangan MOL pisang bersama MOL lain pada pokok limau kasturi.
P/S : Step ini boleh digunakan untuk buat MOL buah yang lain juga.
Seronok bila buat roti ‘menjadi’.Hilang rasa penat uli adunan roti. Comel-comel sungguh roti burger mini yang dibuat oleh Puan Saya Lieynda. Nampak gebu dan lembut, elok menjadi naik rotinya!
Mak-mak yang suka buat roti tu, boleh cuba adunan resipi dan cara yang diajarkan ini. Menurut wanita ini, adunan tersebut boleh dapat 8 hingga 10 biji roti,bergantung besar kecil doh yang dibuat. Malah doh roti jika mahu tekstur yang lembut sampai ke petang, lagi lama uli lagi bagus.
Bahan-Bahan Roti:
250 gram tepung high protein / tepung roti
50 gram tepung gandum
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 besar tepung susu
1 ½ sudu teh yis Kering
1 biji telur (kecil) –(simpan sikit telur untuk buat gliss pada roti nanti)
2 sdb marjerin
100 ml susu segar
60 ml air suam
Baki telur tadi + 1 sudu kecil susu segar + beberapa titik madu
Cara Membuat:
1.Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan uli sehingga menjadi doh.
2.Kemudian masukkan mentega dan uli lagi sehingga doh menjadi licin dan lembut. Biarkan doh selama 1 jam.
3.Selepas doh diperap, uli roti sekali lagi dan bahagikan doh (Bulat-Bulatkan) mengikut besar yang anda suka.
4.Atur roti yang telah disediakan kedalam acuan bulat yang dah disapu minyak. Perap sehingga roti naik dua kali ganda.
5.Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah. Sapukan roti dengan bancuhan telur dan tabur bijan di atas doh roti burger .
6.Akhir sekali bakar selama 18 ke 20 minit atau sehingga kekuningan. Bila roti telah masak keluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega cair.
Daging:
Saya guna daging kisar ramly.Gaulkan daging bersama lada sulah,gula dan garam sedikit.
Saya bulat-bulat dan leperkan daging, bakar atas pan nonstick..letak majerin dulu sedikit sebelum bakar.
Sayur sayur lain sukahati nak letak apa.Akak tak de tomato,salad..letak kubis bawang besar & daun pak choy ja.
Siap!
Buat mak-mak yang nak buat roti burger sendiri bolehlah cuba resipi yang dikongsikan ni. Pasti puas hati dan berbaloi bila buat sendiri. Malah lebih terjamin tahap kebersihannya serta bebas bahan pengawet.
Bagi mak-mak yang selalu buat kek, kuih atau pencuci mulut yang menggunakan Whipping Cream, ada cara yang betul supaya ia kental bertanduk dan kembang cantik. Bukan apa jika salah pukul whipping cream ini iya jadi cair dan tak kental.
Ikut teknik yang dikongsikan oleh Muhammad Aliini sebagai rujukan.
Harini saya nak share tips beat whipping cream dengan kental & tips ganache set elok dan berkilat.
Tips ringkas by Mr.Ali
Whipping cream pastikan dipukul kental, jadi macam mana nam dapat dairy wc yang kental elok, kembang & fluffy. Ada cara dia
1. Pastikan Whipping cream digoncang sebelum guna.
2. Pakai bowl besi
3. Beat Whipping cream pada kelajuan rendah, beberapa saat baru pakai maximum speed .
4. Bila Whipping cream yang diputar dah capai tahap soft peak (cream makin pekat atau makin kembang) berhenti sekejap dalam 2-3 saat.Kemudian sambung beat balik. Ini akan buat cream jadi lebih cepat kembang.
5. Cream yang kembang bermaksud : Bila kita angkat cream dengan attachmenet ia tak jatuh, dan bila kita kaup, cream selebihnya tak jatuh..boleh rujuk gambar.
6. Paling penting, cream bertanduk kecil dan tanduk nya tak bergoyang.
7. Pastikan jangan beat di tempat yang berhaba & panas, jika masih tak kembang boleh timbang siap-siap Whipping cream, sejukkan dalam peti selama 30 minit, keluarkan, letakkan bowl ais dibawah dan beat cream tadi. InsyaAllah kembang dengan cantik!
Saya harap perkongsian saya memberi manfaat kepada anda semua. Diharap membantu serba sedikit ya.
Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kulit telur memang banyak khasiatnya terutamanya untuk tanaman. Jika selalu mengalami, bunga atau buah kerap gugur sebelum waktunya, kita boleh cuba semburan kulit telur dan cuka ini untuk mengatasinya. Memang mudah, jimat kos dan paling penting sangat semulajadi untuk pertumbuhan pokok dan tanaman.
Baca perkongsian daripada Ardi Taniini sebagai rujukan;
Kulit telur mengandung sekitar 95% kalsium karbonat dengan berat 5.5gram. Selain itu kulit telur juga mengandungi fosfor, magnesium, natrium,kalium,seng,mangan,besi dan tembaga.
Kandungan kalsium yang cukup besse sangat bagus sebagai Baja organik bagi tanaman.
Menggunakan baja kulit telur dapat merangsang pembentukan bulu akar,mengeraskan batang tanaman dan merangsang pembentukan biji.
Sebelum menggunakan kita mesti keringkan terlebih dahulu kulit telur tersebut.Kemudian boleh la tumbuk bagi hancur dan boleh la ditabur ke tanah.
Jika bunga atau buah selalu gugur sebelum masanya Kita juga boleh gunakan kulit telur untuk atasinya.Caranya seperti berikut.
1. Ketuk atau ramas kulit telur bagi jadi sepihan kecil.
2. Sangai(goreng tanpa minyak) kulit telur tadi sehingga berwarna hitam di dalam kuali.Boleh juga keringkan dalam oven.
3. Masukkan hasil sangai tadi ke dalam bekas dan tuang cuka ke dalam bekas.
4. Buih-buih akan muncul, biarkan sehingga buih tu hilang.
5. Tutup bekas dan peram 20 ke 30 hari.
6. Tapis cecair tu dan simpan.
Cara Menggunakannya:
3ml cecair tadi campur 1 liter air.Sembur pada daun, batang dan pangkal pokok.Nak siram terus pun boleh jika malas.
Kulit telur dapat mengurangan keasidan tanah. Juga bertindak sebagai kawalan serangga terumatanya untuk siput, semut.
Macam-macam cara yang boleh dibuat dengan kulit telur ini untuk dijadikan baja. Selamat membuat Baja kulit telur untuk jimat perbelanjaan berkebun kita.
Mingguan Wanita: Jadi jika nak ‘kuatkan’ pokok dan nak atasi masalah bunga serta buah kerap gugur sebelum masanya boleh cuba campuran kulit telur dan cuka ini. Memang berkesan, jimat kos dan paling penting, semula jadi.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...