Penangan Isnin Tak Dapat Cuti Pilihanraya, Kebas Kaki Pesta Brek Di Karak Highway Malam Tadi

Share

Penangan isnin tak dapat cuti pilihanraya, kebas kaki pesta brek di Karak highway malam tadi. Semalam pasti ramai yang berkira-kira nak balik semula ke KL atau masih teruskan cuti di kampung.

Ini kerana janji cuti tambahan pada hari Isnin antara manifesto yang dibuat oleh Perikatan Nasional jika mereka berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke -15 (PRU 15). Disebabkan PN memenangi 73 kerusi dan persetujuan gabungan melibatkan parti-parti lain memberi laluan kepada Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri ke -10, ramai yang tertunggu-tunggu akan berita baik ini.

Disebabkan itu ramai mak-mak yang tertanya-tanya nak hantar anak ke tidak ke asrama kerana takut nanti terpaksa berpatah balik kalau sekolah masih cuti. Bahkan bagi yang bekerja, ramai menantikan hal ini.

Namun sehingga semalam, siapa Perdana Menteri masih tiada kata putus sehinggalah pihak Istana Negara mengeluarkan satu peristiharan bahawa calon Perdana Menteri harus dibuat sebelum jam 2 petang hari ini.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI : 8 Anak 5 Menantu ‘Tong Tong’ Belikan Kereta Baru Untuk Ayah, Hadiah Pilihanraya Ikhlas Dari Jiwa

Memandangkan tiada kata putus lagi, maka mereka yang balik mengundi di sebelah Pantai Timur sudah memulakan perjalanan pulang ke ibu kota. Dan disebabkan ini, Lebuhraya Karak mengalami kesesakan luar biasa kerana kebanyakannya bergerak secara serentak selepas tiada kata putus cuti atau tidak hari ini.

Dalam satu catatan, seorang pengguna mengakui mengambil masa 11 jam bermula dari Gua Musang di mana ianya sudah meriah dengan pesta lampu brek. Bahkan katanya di Lebuhraya Karak jem melekat memaksa mereka mengambil jalan kampung yang gelap untuk pulang ke Rawang di mana waktu yang ada betul-betul sampai kurang sejam untuk kembali mengajar ke sekolah pagi ini.

Bahkan ramai pengguna mengakui sampai ke rumah sekitar jam 3 pagi selepas menempuh perjalanan yang panjang.

Hal yang sama dikongsikan oleh pendakwah, Ustazah Asma Harun yang balik mengundi di Terengganu juga melalui pengalaman ini.

Dalam catatannya, Ustazah Asma memaklumkan, mereka memilih jalan melalui Muadzam selepas lebuhraya Karak sesak.

Sungguh terharu dan kagum dengan pengorbanan rakyat, tak kira penyokong mana semua hebat.

Perjalanan kami merentas LPT dan sekarang memilih laluan Muazzam Shah menuju ke Negeri Sembilan, kami pulang dengan 7 anak. Kenderaan atas jalan padat, banyak kali jem yang amat, lebih 4 kemalangan, ramai kepenatan, kebanyakan perantau musafir selang sehari, perjalanan pergi dan pulang lebih 20 jam. Katanya tol Karak trafik sangat perlahan, bergilir dengan tak bergerak langsung. Bahkan perjalanan mereka juga hampir mencecah 10 jam untuk sampai ke rumah di mana dirinya sampai pada jam 1.30 pagi.

Semoga semua usaha kita keluar mengundi berbaloi untuk negara.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
almaswa Haji Che Ros