Kemeriahan malam kemuncak NONA SUPERHERO AWARD 2023 yang berlangsung beberapa hari lalu masih hangat diperkatakan dengan kemunculan khas Dato Seri Vida yang menggayakan busana khas rekaan pereka fesyen duo, Razman Razmi.

Penampilan “Sup Bunjut” Atas Kepala Dato Seri Vida Jadi Bualan Netizen! Komen di Instagram MW Meriah Dengan Kisah Lucu!

Bertemakan “Maleficient Dalam Laut Yang Menakutkan”, busana serba hitam Dato Seri Vida mencuri perhatian apabila dipadankan dengan barangan kemas yang mencecah puluhan ribu ringgit serta hiasan crown yang diberi ‘nafas’ baharu dalam bentuk bunjutan di atas kepala.

“Saya rasa penggayaan kali ini memberi kelainan kerana crown (mahkota) diberi nafas baharu dalam bentuk bunjut sekaligus memberi implikasi out of the box. Sebab dalam apa jua yang kita lakukan, kita tak mahu ikut orang, produk ke lagu ke kena lain daripada yang lain, ujar Dato Seri Vida memberi komen mengenai busana yang digayakan di majlis NONA SUPERHERO AWARD baru-baru ini.

Ads

Turut Baca: https://www.mingguanwanita.my/18-penerima-nona-superhero-award-dirai-bertemakan-james-bond-007/

Penampilan “Sup Bunjut” Atas Kepala Dato Seri Vida Jadi Bualan Netizen! Komen di Instagram MW Meriah Dengan Kisah Lucu!

Tak sah jika penampilan DSV ini mendapat perhatian para netizen yang menyamakan penampilannya dengan pelbagai benda antaranya termasuklah sup bunjut, batu tungku dan sebagainya. Namun bagi Dato Seri Vida, kecaman netizen di laman sosial tidak pernah sesekali menjatuhkan keyakinan dirinya malah berbangga dengan hasil rekaan pereka fesyen tempatan yang mampu menghasilkan sesuatu yang di luar kotak.

Ads

“Ehh..ni ada pitih emas( sambil merujuk bahagian atas kepalanya). Kita nak satu fesyen yang iconic dan barulah sesuai dengan DSV”, ujar Dato Seri Vida yang turut mengenakan aksesori bernilai ribuan ringgit.

Penampilan “Sup Bunjut” Atas Kepala Dato Seri Vida Jadi Bualan Netizen! Komen di Instagram MW Meriah Dengan Kisah Lucu!Penampilan “Sup Bunjut” Atas Kepala Dato Seri Vida Jadi Bualan Netizen! Komen di Instagram MW Meriah Dengan Kisah Lucu!

 

Ads

Menjengah ke laman Instagram Mingguan Wanita, rata-rata netizen menyamakan fesyen ‘crown bunjut’ DSV dengan pelbagai gelaran antaranya termasuklah telletubbies, tungku bayi dan sup bunjut. Pelbagai komen lucu ditinggalkan di laman Instagram Mingguan Wanita yang menganggap fesyen tersebut kelihatan pelik meskipun busana yang digayakan olehnya sudah kelihatan cantik dan mewah.

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI