Penamat K-Drama Dr Cha Buat Ramai Terinspirasi, Bahagialah IKUT CARA KITA. Ia Tidak Ditentukan Orang Lain

Share

Penamat K-Drama Dr Cha buat ramai terinspirasi, bahagialah ikut cara kita. Ia tidak ditentukan orang lain. Sabtu lepas berakhirlah k-drama Dr Cha yang memulakan tayangan di Netflix bermula pertengahan April lalu sebanyak 16 episod.

Menampilkan Uhm Jung Hwa yang merupakan salah seorang artis paling berpengaruh dalam industri hiburan di Korea Selatan, drama ini turut dibintangi oleh Kim Byung Jul (menjadi suami Dr Cha), Myung Se Bin (lakonan sebagai Choi Seung Hi) dan Min Woo Hyuk (Profesor Roy Kim).

Penamat K-Drama Dr Cha Buat Ramai Terinspirasi

Drama ini mengisahkan Dr Cha yang memilih menjadi suri rumah walau berkelayakan sebagai doktor. Kerjanya menguruskan rumah tangga dan dua orang serta melayan karenah mentua yang duduk serumah.

Di saat dia mempercayai dan hanya mencintai suaminya, suaminya Prof Seo In Ho berlaku curang dengan rakan sekerja hingga mempunyai seorang anak lain (mereka merupakan pasangan bercinta ketika di universiti. Cinta pandang pertama).

Dr Cha kemudian jatuh sakit dan perlu melakukan transplan hati. Malang suaminya teragak-agak untuk menderma hati kerana campur tangan mak mentua yang tidak mengizinkan. Ramai juga mentua begini di Malaysiakan. Namun dia bernasib baik kerana ada penderma lain dan dibedah oleh Prof Roy Kim.

Pulih dari sakit, Dr Cha nekad untuk menjadi doktor semula. Maka dari bermulalah “drama” termasuk dia perlu berhadapan dengan karenah suami yang suka menipu kerana ada skandal, menghadapi skandal suaminya, Prof Choi Seung Hi, cubaan disukai oleh Prof Roy Kim yang menyukai wanita matang sepertinya serta lain-lain.

Dan Sabtu lalu, ia sudah pun habis. Tapi ternyata kisahnya menjadi inspirasi kepada orang yang menontonnya. Ia dikongsikan oleh  Dr Tazli di twitternya di mana katanya, dia menyukai penamat k-drama Dr Cha ini di mana  menurutnya rasa suka dan bahagia tak semestinya memiliki. Hidup cara sendiri. Optimise and fulfil the life potential.

Ini bebenang dikongsikannya:-

I like how Dr Cha ends. Rasa suka dan bahagia tak semestinya memiliki. Hidup cara sendiri. Optimise and fulfil the life potential.

Bila dah dapat ‘escape’ death (dengan izin Allah jua), Dr Cha memilih untuk buat sesuatu yang yang lain yang sebelum ini dia tak mampu lakukan kerana risau suami, risau anak, risau status diri – dan mengabdikan kehidupannya hanya di rumah dan mostly di dapur, under appreciated.

Bahagialah IKUT CARA KITA. Ia Tidak Ditentukan Orang Lain

Tapi beliau buat sesuatu yang lain yang hidupnya pada masa yang lalu pasti rasa tak terjangkau – memilih untuk bercerai, menolak cinta lelaki lain, buat perniagaan sendiri dan terlibat aktif dalam community service.

Saya kira-kira dalam hati beliau fikir, “Sedangkan aku boleh survive dua kali daripada kematian, apalah sangat untuk buat sesuatu yang lain di luar kebiasaan?”

Saya juga suka transformasi yang berlaku kepada keluarga Dr Cha terutama bekas suaminya, In-Ho. Saya kira-kira beliau juga belajar memperbaiki diri dan becoming a better dad and  family man, walaupun saya kira Dr Cha takkan kembali pun pada beliau.

Bab ni sebenarnya dekat dengan saya. Ada orang kira perceraian itu memburukkan, tetapi ada ketika perceraian itu sebenarnya peluang untuk menjadi seseorang yang baharu dan lebih baik daripada sebelum ini.

Saya juga kira alasan untuk Dr Cha tolak secara rasmi lamaran Prof Roy yang jauh lebih muda daripada dia, walaupun ada acik-acik lain mengharapkan Dr Cha kahwin dengan Prof Roy, sangat-sangat making sense. Dr Cha kata, kahwinlah dengan yang lebih muda, dapatkan zuriat seorang dua & enjoy the life.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- KAYA Belum Tentu Bahagia, Tak Perlu Bandingkan Dengan Orang Lain, Carilah Bahagia Cara Kita

“Masa Kecil Ingat Tak Kahwin Sebab Tak Sempurna”, Pensyarah Kongsi Momen Bahagia Bergelar Seorang Isteri

Banggalah Jadi JANDA BAHAGIA Daripada Ada Laki Tapi Tak Layak Bergelar Suami

Benda ni pun relatable dengan saya, sebagai seorang duda anak empat, walaupun belum beristeri kembali, dan masih belum bercadang beristeri, saya nikmati bahagia cara saya dan tidak pernah menyesal berkahwin dan memperoleh zuriat.

Saya juga rasa bahagia melihat karakter Dr Cha dan ibunya. Seorang ibu yang tidak pernah berhenti memberi sokongan kepada anak atas apa juga pilihan anaknya. Teringat saya kepada ayah mama di kampung, terima kasih abeoji dan eomeoni kerana sampai sekarang tetap kuat sokong saya.

Cerita ini juga seolah memberikan inspirasi kepada saya untuk memulakan hijrah baharu ini. Sejak tragedi tidak disambung kontrak 2021, saya rasa seperti hidup semula and being destined to do something new.

Doing serious business was never in my dictionary before.

Next, I will be on another journey.

Brunei, kau tunggu aku datang..

Haha mula-mula tu saya terfikir, biar betul kau ni, kerja jadi doktor ended up bukak kedai jual salad je. Takpelah, bahagia masing-masing. Rupanya kat bawah kedai salad, atas klinik.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Tip Cantik Isteri, Ibu & Selebriti Datin Elvina
Datin Elvina pesan jangan bangun tengahari ya, awal pagi buatlah senaman! Patutlah Datin nampak cantik, badan pun slim rupanya rajin bersenam.
Published by
Almaswa Haji Che Ros